Tourism Selangor baru-baru ini melancarkan Tourism Selangor Global Convention 2021 (TSGC2021), Persidangan hibrid berlangsung selama dua hari sebagai salah satu usaha pemulihan industri pelancongan di skala global.
Pertama kali diadakan acara ini akan membentangkan pelbagai topik daripada penceramah jemputan dari pelbagai sektor bertujuan untuk membaik-pulih industri pelancongan.
Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor telah merasmikan TSGC 2021 di hadapan 2,000 tetamu fizikal dan maya pagi ini. Acara ini dianjurkan secara fizikal di New World PJ Hotel dan telah dihadiri oleh 300 tetamu.
Bilangan peserta yang dibenarkan hadir di dewan acara ini adalah terhad, dan mereka hanya hadir melalui jemputan sahaja. Acara berprestij ini dilancarkan oleh Tourism Selangor untuk mendorong perubahan dan pemulihan dalam industri pelancongan dan menjamin kejayaan misi industri ini.
Industri pelancongan adalah sektor yang paling terkesan akibat penularan Covid-19 dan ia merupakan pandemik global yang pertama menjejaskan sektor tersebut sehingga hampir lumpuh. “Usaha untuk menggiatkan semula pelancongan dalam keadaan pasca-pandemik adalah sukar namun usaha tetap perlu diambil. Tourism Selangor telah menyahut cabaran dan dengan syabasnya memikul dan melaksanakan tangungjawab ini,” kata Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
“Kami teruja untuk meneroka langkah dan alternatif dalam pembinaan semula sektor pelancongan ke arah yang lebih baik dan terjamin khususnya dalam pra-endemik yang mencabar ini,” kata Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor. “Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada TSGC2021, kami optimis Negeri Selangor akan kembali menerima pengunjung seramai 30 juta orang seperti pada tahun 2019.”
Pelancaran pagi ini diikuti dengan Persidangan TSGC2021 – ‘Pelancongan Digital 4.0 dan Industri E-Dagang’ serta ‘Inovasi dan Kepelbagaian dalam Kelangsungan Perniagaan Pelancongan Semasa Pandemik’. Persidangan ini akan diteruskan pada esoknya dengan topik ‘Pengaruh untuk Destinasi Pelancongan’, ‘Pelancongan Sukan’, ‘Pelancongan Kreatif dan Industri Filem’ dan ‘Dialog Pelancongan Tahap Eksekutif’.
TSGC2021 berbesar hati dengan kehadiran YBhg. Che Puan Juliana Evans, Duta Kempen Pusing Selangor Dulu, sebagai moderator untuk topik ‘Influencer dalam Destinasi Pelancongan’ dan Cik Ahirine Ahirudin, seorang wartawan dan peminat sukan, sebagai moderator untuk ‘Pelancongan Sukan’.
Penceramah-penceramah untuk topik ini termasuk Encik Rhys William dari Mat Salleh Cari Makan; Chef Selebriti Malaysia – Chef Zam; Encik Mark Joseph O’Dea, Pencipta Kandungan & Penghibur; Encik Jazeman Jaafar – Pemandu Lumba Antarabangsa Malaysia, dan Cik Karen Loh, pengasas Malaysia Women Marathon.
Topik Persidangan lain menampilkan penceramah terkemuka dan berpengaruh seperti YBhg. Tan Sri Teo Chiang Kok, YBhg. Puan Sri Tiara Jacquelina, YBrs. Tuan Yong Kai Ping, serta wakil-wakil dari syarikat korporat seperti Malaysian Airlines Berhad (MAB); Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC); ShopeePay Malaysia; Sunway Group; Animonsta Sdn Bhd; Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian (MOTAC); Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB).
Walaupun tetamu fizikal terhad, acara ini boleh disertai secara maya dari 9pagi hingga 5petang pada 10 -11 Disember 2021 melalui www.tsglobalconvention.com. Pendaftaran adalah PERCUMA dan ramai telahpun berdaftar dan mengikuti Persidangan ini secara maya.