Negeri Terengganu juga salah satu destinasi menarik untung dikunjungi. Selain menawarkan pelbagai tempat makan yang best, pengunjung yang datang ke sini juga boleh melakukan aktiviti menarik ditawarkan.
Misalnya menaiki bot tour dan dengan perjalanan lebih kurang satu jam setengah,anda akan dibawa meninjau ke beberapa lokasi menarik.
Perkongsian dari dari Aziera Dianza grup Backpacker Buddies Malaysia ini memberikan itinerary bagi yang mahu ke ke sini untuk percutian 4 hari tiga malam.
Itinerary Kuala Lumpur – Kuala Terengganu – Tasik Kenyir – Pantai Cherating
(4D3N Vacation 20 Aug – 23 Aug 2020 PKPP)
Terengganu Negeri Cantik, Budaya Menarik
Setiap tempat saya sertakan link location untuk memudahkan anda search..
Day 1
Sampai je Kuala Terengganu lepas subuh terus beratur di Nasi Dagang Atas Tol.
Sarapan pagi di Nasi Dagang Atas Tol
Ada 3 Cawangan
1. Atas Tol
2. Padang Negara
3. Losong
Dibuka seawal 6.30 am-12 tengahari. Makanan murah dan sedap
Maps Lokasi Nasi Dagang Atas Tol
https://maps.app.goo.gl/aekEseeQSavDTwoi6
Checkin Baiduri Homestay Kuala Berang – RM200
– 5 Bilik Tido (1 Bilik Aircond)
– 3 Bilik Mandi (Ade water heater)
Homestay yang sangat lengkap dan selesa
Air Terjun Sekayu (Sekayu Waterfall)
– Tiket masuk RM2
– Kena jalan sejauh 800m untuk naik keatas.. Nak mandi kat bawah pun boleh.. Tapi view atas lagi menarik..
Maps Lokasi Sekayu Waterfall
https://maps.app.goo.gl/cgorgeJSDpi6kz7b9
Pasar Payang
– Port untuk membeli keropok, batik Terengganu.. Mcm-macam ada disini.. Tapi terasa rindu suasana pasar payang yang dulu
– Pasar Payang
https://maps.app.goo.gl/BCyMyi5zMZY6cwMj7
Drawbridge Kuala Terengganu
– Boleh bergambar di situ dengan view jambatan yang menarik.. Boleh jugak membeli makanan di Terengganu Food Trucks, Dataran Drawbridge.
– Jambatan Angkat Kuala Terengganu
https://maps.app.goo.gl/jBmvgxBZ7TfjXsNQA
Sekati Emas Boat Tour
– Dewasa : RM30
– 5-12 Tahun : RM15
– 4 Tahun Kebawah : FREE
Route : Pulau Sekati – Taman Tamadun Islam – Masjid Kristal – Pulau Duyong – Kg Cina – Pasar Kedai Payang – Drawbridge KTganu
Tempoh tour :
– 1 jam – 1 jam setengah
Schedule :
– Pagi – 6.45 am (sunrise), 8.30 am,10.15 & 11.30 am
– Petang – 2 pm,3.30 pm,5 pm, dan last trip 6.30 pm (sunset)
Kami menaiki boat dari Jeti Bot Penambang Pasar Kedai Payang
https://maps.app.goo.gl/TkcyKvf7KQ9Q59BE7
Medan Ikan Bakar Kuala Ibai
– Better booking dulu kalau nak makan kat sini..
Day 2
– Breakfast di Kedai Makan Seri Lawit Corner
– Harga sangat murah. Pelbagai pilihan nasi minyak nasi kerabu nasi dagang nasi lemak. Roti canai kuih muih pun ada.
Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) Tasik Kenyir
– Menempatkan sebanyak 18 ekor gajah yang mempunyai penjaga dikenali sebagai Mahut. – Aktiviti menarik memberi gajah makan, memberi gajah susu & melihat gajah mandi.
KECV mempunyai pelbagai fasiliti asas seperti Surau, Tandas, Bilik Persalinan, Ruang Rehat, Mini Kafeteria dan Kiosk Jalan. Tarikan yang menarik di situ ialah Jambatan Gantung (Canopy Walkway) sepanjang 600 meter dengan 5 Menara Tinjau dan 6 Platform.
Harga Tiket Promosi
– Warganegara (MyKad)
– 11 bulan ke bawah : Percuma
– 1 hingga 6 Tahun : RM 5.00
– 7 hingga 12 Tahun : RM 15.00
– 13 Tahun Ke atas (Dewasa) : RM 25.00
Makanan Gajah :
– RM5/bakul
Susukan Gajah :
– 500ml – RM5
– 1liter – RM10
Waktu operasi jam 9.00 pagi – 5.30 ptg
– Kenyir Elephant Conservation Village (KECV), Kuala Berang
https://maps.app.goo.gl/CFWCgGHsiZKGfMgM6
Lunch di Restoran Lembah Warisan
– Bagi peminat masakan ikan air tawar boleh cuba masakan di restoran ini.. Ikan kelah dan ikan patin pun ada.. Sedap..
– Pilihan lain boleh cuba makanan di Warung Mr. Baung. 500m dri Lembah Warisan.
Jeti Pengkalan Gawi
– Tiket parking kereta RM5
– Jeti Pengkalan Gawi
– Tasik Kenyir
https://maps.app.goo.gl/arjYjYhRjg7uk3n29
Kenyir Eco Resort
– Di Tasik Kenyir kami menginap di Kenyir Eco Resort. Milik bumiputra.. Resort atas air di Kenyir.. Sangat selesa.. Makanan sedap.. Facilities lengkap.. Setiap bilik ade aircond.. Harga mampu milik..
Aktiviti disediakan di Resort
– Berkayak n Jetski
– Banana Boat
– Berenang kt tasik
– Karaoke + bbq
– Fishing
Day 3
– Menaiki boat ke Kelah Santuary.
– Kena berjalan sejauh 1600m utk ke Lubuk Kelah. Standby air minum. Kat atas ade gerai kecik utk bli jajan n makanan ikan.
– Mandi manda n lunch di Air Terjun Lasir
– Wajib pakai safety jacket ketika mandi
Aktiviti-aktiviti Menarik Di Tasik Kenyir
– Kelah Santuary
– Air Terjun Lasir / Saok
– Taman Orked
– Taman Herba
– Hiking di Gunung Gagau
– Melawat Gua Bewah n Gua Taat
– Gua Taat terletak bersebelahan Gua Bewah.. Semasa air tinggi, pintu masuk gua tenggelam di dasar dan pengunjung kena menyelam untuk masuk.
Day 4
– Mandi manda di Pantai Cherating n balik ke KL
– Pantai Cherating
https://maps.app.goo.gl/pa8tU29zd4yM9qJ68
Tamatlah sudah percutian 4d3n kami.. So kalau ada sebarang soalan n pertanyaan boley tanye hakak ye..
Teruskan Support Industri Pelancongan Kita.. Jom Cuti2 Malaysia
Artikel Berkaitan:
Menginap Di Rumah Hipster Tarikan Terbaru, Jika Korang Layan Staycation Port Dickson
Bermula Julai, Thailand Buka Pintu Sempadan Ke Phuket Untuk Pelancong Yang Dah Terima Vaksin
Lokasi Bersejarah Menarik Di Selangor Yang Harus Dilawati
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI