Ada berita baik buat anda yang sering tersangkut dalam ‘Q’ yang panjang di Plaza Tol seluruh Malaysia, kini anda boleh gunakan kemudahan laluan RFID bagi mereka yang telah mendaftar dengar Touch ‘n Go.
Bagi yang belum berkesempatan, sepanjang bulan April 2019 ini, Touch ‘n Go sedang mengedarkan pelekat RFID secara percuma, untuk jenis kenderaan terpilih yang berada di seluruh Lembah Klang.
Untuk anda yang masih mengetahui tentang RFID Touch ‘n Go, ia adalah pelekat khas yang dilekatkan di bahagian depan kereta. Dengannya, anda boleh melalui plaza tol terpilih seperti anda gunakan SmartTag. Bezanya dengan SmartTag adalah, baki akan ditolak daripada akaun eWallet anda ataupun kad fizikal Touch ‘n Go anda.
Ketika musim cuti persekolah, hari perayaan atau waktu puncak, dengan menggunakan laluan RFID akan melancarkan perjalanan anda ke mana sahaja lokasi percutian yang anda tuju.
Ini adalah lokasi yang boeh anda pergi untuk mendapatkan pelekat RFID percuma di lokasi terpilih antara jam 10 pagi hingga 10 malam:
Anda hanya perlu sediakan dokumen seperti berikut:
- Kad pengenalan asal beserta salinan fizikalnya (passport jika anda bukan warganegara Malaysia)
- Geran kereta ATAU nota perlindungan insurans
- Surat kuasa sekiranya pemilik eWallet tidak sama dengan pemilik kereta
Senarai lebuh raya yang menyokong RFID
Sumber: soyacincau
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI