Tokyo Disneyland, tarikan utama pelancong ke Jepun akan mula ditutup pada 29 Februari lalu sehingga 15 Mac 2020 ini akibat penularan jangkitan koronavirus (COVID-19) di Jepun.
Penutupan Tokyo Disneyland akan menangguhkan atau membatalkan semua acara besar-besaran dua minggu ke hadapan berikutan arahan kerajaan. Presiden Jepun, Abe Shinzo turut memerintahkan semua sekolah di serata negara ditutup selama sebulan.
Universal Studios Japan di Osaka, yang juga dikendalikan operator yang sama juga bakal ditutup pada tarikh yang sama. Kebimbangan tentang penularan wabak itu juga mempengaruhi operasi Tokyo DisneySea. Tarikan yang dibina pada 2001 itu juga dilaporkan akan ditutup sementara. Operator di Oriental Land menyatakan mereka berharap akan membuka semula taman tema itu pada 16 Mac jika keadaan mengizinkan.
Dalam pada itu, walaupun desas-desus mengatakan Sukan Olimpik Tokyo yang akan dijalankan 24 Julai ini berkemungkinan besar dibatalkan susulan wabak koronavirus, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafikan hal itu.
Jelas Dr. Mike Ryan, Ketua Program Kecemasan Kesihatan WHO, keputusan pembatalan belum dilakukan memperlihatkan komitmen penganjur Olimpik Tokyo untuk tetap meneruskan acara seperti dirancang. Walau bagaimanapun, Dick Pound, ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) mengatakan keputusan pembatalan mungkin akan dibuat jika penularan wabak virus itu semakin serius.
Sumber Foto: Japan Times | Disneyland Japan Sumber: astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI