Titisan Air Membentuk Buaya Di Gua Harimau! Tarikan Baru Di Gunung Pulai, Baling

Share

Bila sebut tentang Gunung Pulai, bagi kaki hiking pasti mengetahui lokasi gunung ini. Berketinggian 609 meter dari aras laut, gunung yang terletak di Baling, Kedah ini satu tarikan utama bagi mereka yang ingin meneroka alam semulajadi.

Apa yang menariknya, gunung ini pernah menjadi isu di kalangan pendaki dan kerajaan negeri Kedah yang ingin “membom” lokasi gunung ini atas alasan kuari hingga ia mencetuskan perdebatan mulut dan kempen menyelamatkan gunung ini dijalankan.

Di sebalik isu ini, ternyata gunung ini menyimpan seribu sejarah di mana hasil penerokaan kaki hikers menemui bahan-bahan sejarah termasuk pelbagai jenis tulang dan gigi yang masih dalam peringkat kajian.















Menurut Malim Gunung Pulai iaitu Mohd Nazri, gua ini sangat indah di mana titisan air dari dinding gua menghasilkan pelbagai bentuk binatang termasuk kelihatan seperti buaya, gigi dinasour, bunga, burung lilin dan sebagainya. Dengan kelebaran sehingga 10-15 kaki dan disetengah kawasan mencecah lebih 20 kaki, bagi kaki hikers tidak perlukan pendakian beriya-iya kerana ia hanyalah bukit sahaja.

Dahulu, gua ini dikenali sebagai Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Harimau kala ini. Bagi yang berminat untuk menerokanya kenalah menghubungi Malim Gunung agar tidak tersesat.

Oleh
almaswa Haji Che Ros