Rakyat Malaysia memang suka membeli-belah dan laporan daripada Harian Metro, berbillion ringgit perbelanjaan oleh pelancong telah dicatatkan hanya untuk membeli-belah dan 50% peratus daripadanya adalah pembelian berupa pakaian yang terkait rapat dengan industri fesyen.
Tapi dalam ralit kita melancong dan shopping, tahukah kita ada beberapa perkara asas yang perlu diketahui dalam ‘seni’ shopping tu sendiri? Perkara asas tu bukanlah wajib, tapi kalau kita tahu tentang tu, ianya boleh membantu serba sedikit dalam urusan jual beli dan memberikan kepuasan berganda terhadap diri sendiri.
Okay, jadi apa perkara-perkara tersebut?
Kalau anda rasa nak sangat beli sesuatu benda tu, anda beli. Jangan teragak-agak sebab tak ada jaminan anda akan datang lagi ke situ, atau barang tu akan ada lagi semasa kunjungan anda yang akan datang. Selepas dipertimbangkan baik dan mudarat, keperluan dan kehendaknya, kalau rasa betul sangat nak beli, beli. Tak payah tunggu lama-lama.
Sewaktu anda singgah ke sesuatu kedai, jangan sentuh apa-apa barang yang ada di situ! Tengok sahaja sebab sekali anda dah pegang barang tu, penjaga kedai tu selagi boleh akan suruh anda beli – yup, memang ada kedai yang berperangai macam tu. Jadi jangan pegang apa-apa melainkan anda memang nak beli, dan biarkan proses tawar-menawar berlaku antara anda dan si penjaga kedai. Cuba dapatkan harga yang terbaik. Kalau boleh, beli souvenirs dekat satu kedai je, tak perlu banyak-banyak kedai. Boleh tawar harga murah sikit.
Dah nama pun dia orang lokal di situ, mestilah dia lagi arif daripada anda. Jadi tanya orang lokal di tempat anda melancong tu, di mana kedai shopping yang paling berbaloi untuk dilawati. Kalau dia mesra terlebih, anda ajak la dia sekali teman anda shopping. Ajak buat kawan, nanti belanja lah teh o ais. Selalunya orang lokal ni boleh dapat harga lagi murah daripada pelancong. Memang kebiasaannya macam tu pun, peniaga ketuk pelancong asing.
Pastikan ruang bagasi anda ada ruang yang cukup untuk beli souvenirs. Jangan nanti beli-beli, sekali beg tak cukup ruang, masak.. Barang dah beli dah. Lagi satu, timbang beg, jangan sampai lebih muatan. Periksa berapa berat bagasi yang anda dibenarkan bawa menaiki kapal terbang. Jangan nanti terlebih, dah membazir wang dekat bayaran lebihan bagasi pula. Kan dah rugi.
Yang ini paling Libur tekankan. Tolonglah jaga barangan penting anda. Pastikan duit dan passport tidak diletakkan di dalam beg yang mudah dicapai oleh orang lain. Anda tak tahu lagi kes-kes penyeluk saku professional ni macam mana. Dia buat kerja clean, sampai anda tak sedar pun dah kehilangan itu ini. Jangan tunjuk duit berkepok depan orang. Tarik kawan anda untuk bantu anda perhatikan sekeliling. Sekiranya anda melancong dan shopping dekat tempat yang maju, boleh guna cashless, cuma pastikan kad kredit anda boleh digunakan di luar negara.
Okay? Itu sahaja tip untuk kali ini. Akan datang nanti Libur kongsikan lagi tip-tip yang lain. Oh ya, kalau anda ada tip untuk shopping, kongsikan bersama pembaca Libur di ruangan komen ya.