Travel menggunakan beg belakang atau backpack menjadi pilihan ramai dek kerana memudahkan si pemikul untuk bergerak ke hulur dan ke hilir sambil memikul sendiri barang-barang peribadi. Jika menggunakan beg beroda atau beg jinjit, pergerakkan anda pasti sedikit terbatas.

Tip Susun Barang Dalam ‘Backpack’. Please Jangan Main Sumbat Je!

Namun begitu, menggunakan backpack tidak lah semudah yang disangka, kerana anda masih perlu memikul berat yang ditanggung di belakang. Oleh itu, seseorang itu perlu bijak menyusun barang semasa proses ‘packing’ apa yang perlu dibawa untuk bercuti atau untuk tujuan mendaki. Ini penting bagi menghadkan jumlah barang yang perlu dibawa, capaian barang-barang kegunaan dan juga keseimbangan anda.

Ads

Oleh itu kalian semua harus pandai membuat padanan yang sesuai juga menyusun barang mengikut beberapa tip ini.

Ads

Tip Susun Barang Dalam ‘Backpack’. Please Jangan Main Sumbat Je! Tip Susun Barang Dalam ‘Backpack’. Please Jangan Main Sumbat Je!

Ads
  • Barang-barang kurang ‘penting’ atau akan digunakan pada tempoh lewat hari dicadangkan untuk diletakkan pada bahagian paling bawah sekali. Antaranya seperti tuala mandi, baju tidur atau toileteries.
  • Barang-barang yang agak berat dicadangkan untuk diletakkan di bahagaian tengah beg agar memberi keselesaan kepada belakang badan anda juga keseimbangan tubuh ketika memikul beg.
  • Untuk bahagian paling atas, barang yang kerap digunakan sangat dicadangkan agar mudah untuk diambil. Antaranya seperti pewangi ketiak, ubat, kamera dan sebagainya.
  • Untuk bahagian luar anda boleh selitkan dengan botol air, selipar, topi atau peta.

Contoh cara susunan:

Tip Susun Barang Dalam ‘Backpack’. Please Jangan Main Sumbat Je! Tip Susun Barang Dalam ‘Backpack’. Please Jangan Main Sumbat Je! Tip Susun Barang Dalam ‘Backpack’. Please Jangan Main Sumbat Je! Tip Susun Barang Dalam ‘Backpack’. Please Jangan Main Sumbat Je!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI