Tahun baru menjelma lagi. Selalunya awal tahun, semangat dan azam kita lain macam dan berkobar-kobar. Menyimpan duit tepi adalah perkara ideal khasnya untuk anda yang kaki travel. Hujung tahun pasti anda dapat hasil daripada amalan tersebut.
Perkongsian daripada Safura Planner boleh juga kita praktikkan untuk mendapatkan wang dalam tangan berjumlah RM3,300 pada hujung tahun nanti. Tip ini diharap memberi inspirasi kepada masyarakat khususnya mereka yang berazam untuk menyimpan wang supaya lebih berdisiplin agar apa yang diimpikan boleh terlaksana.
Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Cara-cara simpan duit secara sempoi
Tahun depan dah boleh start buat. WAJIB!
RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun genapkan RM400
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM1000
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600
TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Dah boleh plan nak bercuti kat mana kan.
Sumber FB: Safura Planner
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semporna Banyak Pulau Menarik, Datang Sekali Seumur Hidup Pun Berbaloi
Merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Semporna ada banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja termasuklah pulau Bum-bum, Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.
Semporna Banyak Pulau Menarik, Datang Sekali Seumur Hidup Pun Berbaloi
Patutlah ‘kaki travel’ seperti Nazrin Rahman menyifatkan Semporna sebagai destinasi wajib dicuba walau sekali dalam seumur hidup.
“Tempat yang korang kena cuba sekali dalam seumur hidup. Jangan rasa takut sebab apabila korang dah datang, susah gila nak move on bila balik.
“Sebab apa aku cakap susah nak move on? Laut, pemandangan, makanan dan pengalaman yang diperoleh di situ memang tidak akan dirasai di tempat lain,” ciapnya ringkas.
1. View matahari terbit, terbenam
Lokasi penginapan mempunyai banyak spot untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam mahupun terbit.
2. Penginapan
Berkonsepkan penginapan atas air, pastinya pemandangan yang disajikan tersangat cantik.
Terutama sekali bilik yang menghadap Bohey, air lautnya memang jernih sehingga nampak ke dasar.
Paling best, bila-bila masa sahaja boleh terjun ke laut dari bilik yang disewa.
3. Makanan
Sabah juga terkenal dengan makanan laut yang murah dan segar. Kalau lobster, memang akan rasa kesegaran dan kemanisan isinya.
Anda boleh makan sebanyak mana yang mampu kerana pelbagai jenis makanan laut tersedia. Tak perlu ‘catu’ dan yang penting tidak membazir.
4. Aktiviti
Kalau ke Semporna, aktiviti yang ‘wajib’ dilakukan adalah snokerling.
Mana tidaknya, karang yang terdapat di sini semuanya cantik serta pelbagai bentuk dan warna sehingga dapat jolokan ‘One of the best coral in the world’.
Jangan khuatir kalau tak reti berenang ya, sebab pemandu pelancong akan beri tunjuk ajar kepada anda.
Lokasi snorkeling adalah Pompom, Timba Timba, Mataking, Sibuan dan Matabuan.
5. Bohey Dulang
Anda dapat melihat pemandangan yang cantik dari bahagian atasnya. Kira-kira 700 meter untuk mendaki.
Bagi kaki Instagram, setiap sudut ingin diabadikan.
6. Star gazing
Bimbang alami waktu malam yang membosankan? Jangan risau sebab anda akan terpukau apabila melihat ke langit. Ribuan bintang menanti tatapan anda.
Kalau bernasib baik, tahi bintang akan kelihatan. Bolehlah feeling seperti cerita Meteor Garden tu.
7. OOTD
Mereka yang gemar OOTD (outfit of the day) boleh singgah di Water Bungalow Resort. Bentuk binaan chalet di sini mengagumkan dan kelihatan mewah.
Pastikan bawa baju vogue yang mencukupi ya!
Tak perlu ‘keberanian’ kalau pergi secara solo sebab Semporna pastinya destinasi pelancongan yang selamat.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apple Pilih Foto Rakyat Malaysia Lagi! Bukti Destinasi Pelancongan Negara Kita Sangat Menarik
Hari tu gambar di Perlis dan Terengganu, kali ni gambar destinasi di Selangor pula jadi pilihan Apple. Pemilik foto tersebut dikenali sebagai Muhammad Faris Danial Mohd Faizal
Foto pemandangan sawah padi yang dimuat naik hanya sekadar suka-suka ini berjaya mencuri tumpuan syarikat teknologi Apple sehingga ia dipilih untuk ditampilkan di laman Instagram rasmi syarikat itu. Lebih membanggakan, foto tersebut juga mendapat lebih 200,000 tanda suka dan turut menerima ribuan komen daripada pengikut Instagram syarikat gergasi itu.
Menerusi sumber astroawani, ini merupakan kedua gambar kedua remaja berusia 19 tahun itu ditampilkan dalam akaun rasmi Apple. Terdahulu, gambarnya ada ditampilkan secara kompilasi bersama jurufoto lain. Pada 15 September 2020 lalu, Apple sekali lagi menghantar satu email kepada dia untuk meminta kebenaran bagi menampilkan gambar tersebut.
Gambar tersebut diambil semasa dia dan keluarganya sedang bercuti di Sabak Bernam, Selangor pada 17 Julai 2020 lalu. Gambar itu diambil menggunakan iPhone XR ketika itu matahari mula terbenam dan dia rasa ia adalah waktu yang cantik untuk mengambil gambar.
Cayalah!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Pilih Sunblock Sesuai Untuk Kulit, Terutamanya Bila Bercuti Di Pulau Peranginan
Dengan kebenaran rentas negeri yang telah berkuatkuasa, LIBUR yakin ramai di antara anda akan ambil peluang hujung minggu ini untuk bercuti dan berehat di kawasan pantai dan pulau peranginan.
Salah satu perkara penting bila ke lokasi percutian seperti ini ialah pendedahan terhadap cahaya matahari terik dalam masa yang lama. Oleh itu sangat penting anda menggunakan sunblock untuk melindungi kulit.
Rata-rata daripada kita lebih suka memilih sunblock dengan SPf yang tinggi kononnya lagi tinggi SPF, lagi melindungi kulit daripada pancaran matahari. Apatah lagi di pasaran banyak sangat jenis sunblock yang dijual sehinggakan anda keliru nak pilih SPF 15, SPF 30 atau SPF 50.
Apakah SPF?
SPF adalah singkatan untuk sun protection factor.
Kita wajib pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.
Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari?
Kerana kulit akan semakin menipis dan ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat, kulit menipis) dan kanser kulit.
Kalau kita tengok di produk2 sunblock ada tulis SPF 15, SPF 30, SPF 50. So yang mana yang sesuai dengan kita?
Jom, belajar dahulu apa itu SPF.
SPF ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.
Contoh pengiraannya adalah:
1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita
Kita ambil contoh SPF 15.
Kita perlu tolak satu dari nilai SPF itu.
Misalnya, SPF 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.
So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv.
Jika SPF30, 96%.
2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv.
Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit
Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit
Kulit sawo matang, 20 minit
Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.
Contoh kiraan:
Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan SPF 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10 = 150 minit untuk bertahan.
Untuk kulit sawo matang, 15×20 = 300 minit.
Ok, boleh faham ke setakat ni?
Selain dari nilai SPF, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV (ultraviolet) A & B.
UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.
UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar (sunburn).
Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB juga.
Bagaimana pula jika ia tertulis PA+++ sahaja?
PA itu adalah kiraan untuk UVA. +++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock. Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.
Jadi, sekarang anda sudah faham bagaimana mahu memilih sun block yang sesuai dengan anda?
Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari 4 jam), SPF 15 sudah mencukupi.
Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, SPF 30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukam SPF 50.
Beza pada SPF cuma jangkamasa sahaja. Kekuatan masing2 adalah lebih kurang sama.
Jadi, tak perlu SPF yang tinggi. Jangan rosakkan kulit dengan SPF yang tinggi jika tidak perlu.
Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air. Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria ‘water-proof’.
Ok, tips untuk memakai sunblock saya senaraikan di dalam gambar?
Kesimpulan kata, yang terpenting untuk memilih sunlock adalah:
1. SPF yang sesuai dengan jenis kulit & aktiviti kita
2. Mempunyai UVA & UVB
3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita (spray/ gel/ krim)
Dan, minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.
Nota Kaki : Lindungi kulitmu dari sinaran berbahaya, pelihara akhlak dan dirimu dari dunia fana & syaitan durjana?
Kredit: Dr. Erna Nadia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI