pakistsn

Pakistan merupakan sebuah negara yang terletak Asia Selatan berjiran dengan negara Afghanistan, Iran, India dan China. Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni.

Apa yang best jika bercuti di Pakistan?’ dan pertanyaan biasa ‘selamatkah jika bercuti di sana? Baca perkongsian daripada saudari Sakinah Omar yang juga merupakan founder Jeju Muslim Travel ketika bercuti ke Pakistan baru baru ini.

Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan

Alhamdulillah Kina baru sahaja pulang dari trip Pakistan selama 9 hari. Antara benda pertama orang tanya kina bila diorang tahu kina nak ke Pakistan ialah “Selamat ke pakistan? Ada apa di Pakistan?” Sebenarnya Pakistan adalah sebuah negara yang sangat selamat, dalam banyak2 negara yang kina pernah travel, boleh kata Pakistan adalah antara yang paling selamat untuk dilawati. Cuma media sahaja yang suka memburukkan imej negara Islam supaya dunia nampak negara mereka merbahaya dan ganas.

Selain dari orang nya yang baik-baik, negara mereka juga penuh dengan keindahan alam semulajadi, boleh tengok gambar-gambar yang kina share. Sepanjang di sana memang mulut tak berhenti ucapkan SubhanAllah, view dia boleh buat kita menangis.  Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke PakistanTip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan

Kina mulakan perjalanan dari Lahore kemudian bergerak ke utara – Besham, Gilgit, Hunza, Khunjerab Pass, Islamabad dan balik dari Lahore semula. Di sini ada beberapa tips untuk mereka yang ingin travel ke Pakistan:

Musim:
Waktu terbaik untuk melawat Pakistan ialah pada Musim Bunga, Luruh & Panas.

Ads

Makanan:
Tak perlu bawa bekal makanan banyak2 dari Malaysia sebab Pakistan negara Islam, Makanan Halal ada di mana2. Kina bawa meggi cup tak sentuh langsung pun.

Tiket Flight:
Boleh check Malindo Air / Thai Airways / PIA .
Tiket flight yang kina beli harganya RM2500 KUL-Lahore direct dengan Malindo Air.

Internet / wifi:
Di sana internet susah sikit nak dapat. Kalau sewa pocket wifi / roamingman pun tak guna sebab line takda. Jadi anda perlu simkad di sana seperti telenor / scom.

5 Sebab Anda Patut Ke Pakistan Sekurang-Kurangnya Sekali Seumur Hidup

Ads

1) KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI
Pakistan digelar sebagai Swiss Asia kerana keindahan alam semulajadi yang setanding Swiss. Gunung Ganang tumbuh tumbuhan,bentuk muka bumi,laut dan tasik pastinya mengagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya secara “Live” didepan mata.Melalui Utara Pakistan pastinya akan mengujakan kerana dapat menyaksikan dan menikmati perjalanan yang meliputi Pergunungan Himalaya.

2) KARAKORAM LEBUHRAYA TERTINGGI DI DUNIA DAN DIGELAR KEAJAIBAN DUNIA KE LAPAN
Pengalaman melalui lebuhraya tertinggi didunia dan merasai sendiri melalui kawasan pergunungan setinggi 15,397 kaki dari aras laut adalah sesuatu yang menakjubkan sesiapa sahaja yang melaluinya.Bukan itu sahaja,sepanjang perjalanan mata akan disajikan dengan panorama yang tak tergambar dek akal dan hanya akan dapat dikecapi di Pakistan.Pastinya sepanjang perjalanan rasa syukur akan diucapkan kerana melihat keindahan alam semulajadi yang Allah SWT ciptakan dan masih terpelihara indah dibumi Pakistan.

3) MAKANAN TRADISIONAL
Pakistan merupakan Negara yang kaya dengan pelbagai makanan tradisi.Kebanyakan juadah makanan adalah turun temurun dari generasi lama ke generasi masa kini.Ditambah pula dengan kepelbagaian rempah ratus khas dalam setiap hidangan yang dihidangkan aromanya pasti memikat siapa sahaja.Pastinya para food hunting akan teruja dengan kepelbagaian juadah makanan di Pakistan.Tambahan pula Makanan tradisi Pakistan bukan sahaja terkenal di Pakistan tapi di seluruh dunia seperti Nasi Baryani Pakistan,Kebab,Halwa Puri dan banyak lagi.Pastinya syurga makanan bagi food hunting.

Ads

4) HUSSAINI SUSPENSION BRIDGE: JAMBATAN GANTUNG PALING MENAKUTKAN DI DUNIA!

Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan
Kalau anda merupakan seseorang yang sukakan cabaran.Merentasi Jambatan Gantung Husaini mungkin bakal membangunkan adrelin anda.Kenapa ianya digelar jambatan gantung paling merbahaya dan menakutkan ddunia ? Sebabnya jarak diantara papan ke satu papan jauh dan sangat menguji ketahanan diri untuk melangkah dari satu papan ke papan lain.Tambahan jarak jambatan dengan sungai hunza agak tinggi pastinya rasa gayat akan dirasai,tambahan kalau jambatan bergoyang pastinya rasa SERIAUU.Kalau anda BERANI inilah Masanya.

5) PERTEMPUNGAN 3 BANJARAN; BANJARAN HIMALAYA – BANJARAN HINDUKUSH – BANJARAN KARAKORAM
Di Gilgit Baltistan, 3 banjaran besar bertemu dalam satu tanah, maka tidak pelik jika tanah Pakistan ini dilitupi oleh gunung-ganang hampir sebanyak 70%. Jika berada di Gilgit Baltistan,permandangan gunung-ganang pasti tidak akan terlepas dari pandangan mata anda kerana bentuk dan keindahannya sangat mengagumkan.

Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan

Semoga dengan Info ini kalian akan menjadikan PAKISTAN sebagai salah satu destinasi PILIHAN PERCUTIAN pada tahun 2020 ini. Siapa peminat nature & history, memang digalakkan sangat untuk ke Pakistan.

Foto: Insta @kina.omar @jejumuslimtravel

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI