Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media.
Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Ini panduan untuk anda yang bercadang ke Air Terjun Pelangi bersama keluarga dan anak kecil dikongsi oleh Azizi Aziz
Ads
Pernah tak tengok pelangi depan-depan? Kami pun tak pernah terbayang selama ni pelangi ni sebenarnya boleh nampak terang dan jelas di satu tempat yang kami kunjungi baru-baru ini Sg. Lembing, Pahang.
Jika anda dari KL, anda perlu pandu menghala ke Kuantan. Tapi takde la sampai ke ke bandar. Ada sebuah pekan yang dinamakan Sg. Lembing.
Kami bermalam di The Backpacker’s Village. Tempat penginapan ini adalah hostel yang menyediakan bilik air berkongsi dan dapur untuk memasak. Cuma bawa sendiri dapur stove. Taknak masak pun takpe. Kedai makan ada banyak.
Ads
Kami menginap 5 orang sekeluarga. 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Jadi, pihak hostel berikan satu bilik mempunyai satu katil queen dan 2 katil double decker. Kebetulan pergi bukan waktu peek hour. Jadi, kami tidak perlu berkongsi bilik air dengan penginap lain.
Kami upah guide untuk masuk dengan bayaran RM70. Harga tu termasuk mohon permit, naik 4 wheel dan makan minum (meggi & air milo) Kalau nak masuk sendiri, takde masalah. Cuma kena mohon juga permit di food court pukul 6.30 pagi hari berkenaan.
Bagi yang pergi dengan guide, anda perlu bergerak seawal 6.15 pagi lagi. Kemudian guide akan bawa anda untuk sarapan sekejap di area food court. Sebagaimana saya nyatakan tadi, di situ jugalah tempat mohon permit.
Kami tidak makan di situ kerana telah sediakan makan sendiri di hostel.
Selesai peserta lain makan pagi dan permohonan telah dibuat, kami dibawa ke tempat sunrise. Jalan ke sana tidak bertar. Jadi, bersiap sedia untuk rasa bergegar sepanjang perjalanan.
Ads
Nasib kami tidak baik kerana awan banyak pagi tu. Jadi, tak dapat la tengok sunrise. Malam semalam hujan. Itu yang berawan banyak. Tanpa berlengah, perjalanan diteruskan lagi selama 40 minit menuju ke Lubuk Beruk.
Sampai ke Lubuk Beruk, anda diberi masa untuk ke tandas, beli air atau sewa kasut. Kalau rasa kasut tu tidak jenis tak grid, boleh sewa RM3 sepasang.
Perjalanan menuju ke Air Terjun Pelangi mengambil masa selama 30 minit. Lebih kurang 1 kilometer jauhnya. Trek tidak la terlalu sukar. Cuma agak licin di kawasan berbatu yang menghampiri air terjun. Sila berhati-hati. Ramai yang terjatuh termasuk isteri saya. Tapi, alhamdulillah semua yang jatuh tu takde apa-apa.
Pandangan saya, jika dah rasa kasut tidak bersesuaian, elok sewa kasut dengan uncle di Lubuk Beruk tu tadi. Kasut saya nasib baik bersesuaian. Takde pun tergelincir semasa melalui batu.
Pelangi yang cantik akan muncul pukul 9 pagi. Jadi, anda perlu bergegas mengikut masa yang ditetapkan. Kami tiba pukul 8.55 pagi di kawasan air terjun. Besar pelangi muncul ketika itu. Jika cahaya matahari kurang, maka pelangi kelihatan kabur.
Nasib kami baik kerana matahari terang benderang sehingga menampakkan pelangi yang sangat cantik. Kejap je. Pukul 10 dah hilang. Sebab matahari dah meninggi dan menghala ke belakang air terjun.
Aktiviti di Air Terjun Pelangi ni tak lain tak bukan ambil gambar jela. Mandi tu dah jatuh aktiviti tempat kedua. Guide akan menghidangkan meggi dan air panas kepada peserta.
Itu sahaja perkongsian saya. Elakkan pergi hari hujan. Bawa beg kalis air. Sebab memang akan basah disebabkan biasan air terjun. Kalau nak pergi, pastikan kasut bersesuaian. Nak bawa anak boleh. Pakaian dan kelengkapan perlu juga bersesuaian. Setakat tengok, budak-budak takde jatuh pun. Semuanya bapak dan mak budak je yang tergolek.
Satu lagi, hujung minggu memang ramai. Sekian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mungkin ramai yang rasa takut untuk mengembara sendirian atau secara solo terutamanya ke luar negara. Tapi kalau tak cuba pasti tak tahu macam mana kan? Kalau ada yang teringin nak bercuti dan buat trip secara solo khususnya wanita, Atika Ramlan menyarankan untuk mulakan dahulu pengembaraan secara solo dalam negara Malaysia seperti Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur.
Berkesempatan berkunjung ke Bangkok secara solo wanita ini juga turut berkongsi beberapa tip buat solo traveler yang ingin ke Bangkok sepertinya. Masih lagi berada di negara Gajah Putih, wanita ini dalam perjalanan untuk bertemu teman-temannya di Nakhon. Dia sempat singgah ke Hua Hin untuk merasai sendiri pengalaman berada di tempat yang terkenal di sana iaitu Santorini Park.
Ikuti tip yang dikongsikan oleh wanita ini dan semoga ia dapat memberi manfaat untuk anda yang ingin travel solo seperti Atika Ramlan.
Tak Susah Nak Travel Solo, Ini Tip Untuk 1st Timer!
Lately terbaca banyak post pasal travel solo dan Bangkok. Kebetulan saya ada di Bangkok dan solo, so nak share sikit la cara saya travel pada yang suka membaca
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗧𝗿𝗮𝘃𝗲𝗹 𝗦𝗼𝗹𝗼
Boleh mulakan di Malaysia dulu. Saya selalu cadangkan Penang dan KL. Sebab public transport senang, mudah, murah dan boleh cover banyak tempat walking distance.
Belajar guna Google Maps. Berguna untuk tahu jalan, terutama bila berjalan kaki atau nak tukar-tukar public transport.
Solo traveler tak kisah ada itinerary atau tidak. Tapi kalau first time nak berjinak-jinak, pastikan ada rough itinerary la. Boleh rajin-rajin baca dalam group, blog dan plan sikit-sikit. Jangan la sewenang-wenangnya post “boleh cadangkan ke mana saya boleh pergi 3d2n di XXXXX?” Contohnya kat Bangkok, ada banyak sangat aktiviti. Pening wooo kalau nak dengar cadangan orang.
Install Grab/Gojek/Bolt or apa-apa ehailing apps yang ada kat tempat tu.
Safety first. Cari tmpt tinggal yang selamat, roger-roger family/friends selalu. Saya selalu update kat FB je Kadang-kadang ada geng travel tempat sama rupanyaa..
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗸𝗼𝗸
Kalau banyak nak guna BTS, beli Day Pass kat kaunter. 150 baht je untuk unlimited rides.
Boleh guna Klook untuk beli tiket-tiket attractions. Lebih murah daripada beli walk-in.Guna kad yang paling rendah ratenya (kalau tau la).
Kalau sekejap sangat di Bangkok atau trip malas-malas, boleh beli tiket hop-on hop-off river cruise atau bas. Kali ni rasa bahang, panas dan sesak sangat – so layan river cruise memang santaiiii.
IconSiam dan Asiatique cantik pergi waktu malam.
Boleh juga study train route untuk tengok tempat mana boleh buat daytrip. Saya pernah pergi ke Ayuthayya naik ketapi kelas tiga.
Masyarakat di sini sangat bertuahnya dapat berpuasa dan beraya di Malaysia, malangnya saban tahun kegembiraan tersebut sering kali diragut oleh tragedi kemalangan jalan raya. Satu perangai mengenai rakyat Malaysia akan tersedar mengenai kepentingan keselamatan apabila kejadian itu berlaku terhadap diri kita. Selagi kemalangan tersebut tidak melibatkan ahli keluarga dan orang tersayang, kita seakan-akan lalai untuk menghargai nyawa.
Setiap pemandu dan pengguna jalan raya sepatutnya sentiasa membuat persediaan dan merancang perjalanan sama ada jauh dan dekat agar kemalangan dapat dielakkan. Jika melibatkan perjalanan jauh menggunakan lebuh raya umpamanya, pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terlebih dahulu.
Ini kerana banyak kes kehilangan nyawa akibat lemas dalam kenderaan dilaporkan berpunca tidur dalam kereta kerana terlalu letih. Selain itu mengantuk dan terlelap ketika memandu juga merupakan punca kemalangan maut sering berlaku. Sehubungan itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat sekaligus mengurangkan kemalangan jalanraya terutamanya kepada pemandu kenderaan berat.
Cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan. Kapsul tidur yang juga dipanggil ‘time capsule’ ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil ‘quick nap’ pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan.
Sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan. Untuk pengetahuan, dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian.
Ramai netizen yang menyambut baik cadangan pembinaan kapsul rehat ini. Namun pihak PLUS perlu mengkaji banyak aspek agar kemudahan yang tersedia tidak disalah gunakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Obor-obor beracun atau ‘Portugese Man O War’ ini biasanya mendiami lautan Pasifik namun pernah ditemui di perairan pantai negeri Terengganu sebelum ini.
Obor-obor jenis ini disifatkan antara spesies berbahaya kerana sengatannya boleh menyebabkan kulit melecur, melumpuhkan mangsa dan membawa maut.
Fizikal obor-obor itu yang cantik, kecil seakan plastik dikhuatiri akan menarik minat sesiapa sahaja untuk menyentuhnya. Bagaimana pula jika terkena sengatan obor-obor ini? Apakah yang perlu dilakukan?
Ini ada info pertolongan cemas jika terkena sengatan obor-obor beracun perkongsian daripada saudara Altok Yusri Yusud
Catatan berkenaan dengan “Portugese man o war”/ “Blue Bottle”/ Obor2 karipap biru (budak lab bagi nama) Apa yang ambe tau setakat ini, ambe bukan expert dalam bab ni, tapi tak de pon org yang betul-betul kaji spesis ni di Malaysia (as with lots of other species).
Spesis: Physalia physalis
Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan ada 2 spesis; Physalia physalis bertaburan di kawasan Lautan Atlantik sana, dan Physalia utriculus, bertaburan di kawasan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
Kajian genetic menunjukkan P. physalis dari Lautan Atlantik memang berbeza dari spesis di Lautan Pasifik dan di Lautan Pasifik sendiri, terdapat lebih dari satu spesis sebenarnya (Pontin & Cruickshank, 2012)
Kesan sengatan:
Walaupun terdapat kematian yang disebabkan oleh spesis ini, tetapi kebanyakan kematian adalah dilaporkan di kawasan Lautan Atlantik.
Di kawasan Lautan Pasifik, berdasarkan laporan Australian Museum, tidak ada kematian dilaporkan di Southern Hemisphere, walaupan bilangan sengatan yang dilaporkan adalah agak tinggi, terutamanya di Australia (10-50ribu setahun)
Pertolongan cemas sekiranya terkena sengatan:
Basuh kawasan berkenaan dengan air laut.
Basuh juga kawasan berkenaan dengan cuka.
Rendam atau alirkan air panas (>45C) di kawasan berkenaan selama 45 minit.
(Cuka dan air panas ini akan menyahaktifkan dan membasuh jarum-jarum halus cnidae/ nematosis yang dilepaskan oleh organisma ini dan akan menyahaktifkan racun yang dikeluarkan.) Sumber: https://www.smithsonianmag.com/…/urine-luck-vinegar-best-t…/)
Di Australia, mereka menggunakan ais sebagai rawatan pertolongan cemas, menggantikan cuka.
Seterusnya silalah mendapatkan rawatan dari kelinik atau hospital yang berhampiran.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...