Namun lakukanlah dengan persediaan yang baik serta mengikuti tip yang lebih selamat. Ikuti beberapa tip dari LIBUR kali ini.
1. Cari lokasi sebelum gelap
Perkara pertama sekali adalah sentiasa mencari lokasi sebelum malam. Anda perlu menentukan perkhemahan jenis apa yang sesuai dengan anda sama ada sebuah khemah, kenderaan rekreasi atau sebuah kabin.
Jika anda seorang pengembara yang primitif, tidur berlangitkan bintang mungkin pilihan anda. Jika anda mahu tidak mahu terlalu terdedah, sebuah khemah pilihan terbaik saat mengembara di luar.
Sebelum mahu membeli khemah, minta pendapat penjual khemah mana yang sesuai dengan pengembaraan anda dari segi harga, keselamatan dan keselesaan. Terdapat banyak pilihan khemah yang boleh anda perolehi dari segi penggunaan tirai mahupun tingkap dan pintu yang berzip.
2. Pilih beg tidur yang sesuai
Jika anda merancang berkhemah secara solo, pilih beg tidur yang sesuai mengikut cuaca. Beg tidur membantu menutup keseluruhan badan anda sehingga ke kaki, menghangatkan badan pada waktu malam dan mudah untuk dilipat.
Dari segi material, kebanyakan beg tidur terdiri daripada fiber sintetik di mana ia cepat kering malah anti alahan. Membawa beg tidur lebih mudah kerana ringan.
3. Bawa bekalan makanan berbungkus
Senarai persiapan untuk berkhemah tidak akan lengkap tanpa menyenaraikan makanan dan minuman, bukan? Tidak kira sama ada anda mengembara solo, beramai-ramai, mendaki, berkhemah dengan kenderaan reakreasi mahupun kabin, makanan memang diperlukan.
Ads
Peraturan berkhemah adalah mengikut keperluan supaya tidak menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda bersama kumpulan yang kecil, memadai membawa dua cawan oatmasak segera berbanding membawa satu balang untuk 48 hidangan. Guna beg plastik yang berzip utnuk elak makanan bercampur.
Setiap kali anda selesai berkhemah, pastikan anda tidak meninggalkan kesan negatif seperti merosakkan lokasi atau apa saja kerana ia membantu anda melindungi alam sekitar untuk generasi lain yang mahu berkhemah akan datang.
Jangan lupa bersihkan lokasi perkhemahan seperi membuang sampah di tempat sepatutnya. Pastikan anda meletakkan khemah anda di tapak perkhemahan yang disediakan.
Adalah lebih baik anda menanam bahan buangan sedalam 15 hingga 20 sentimeter jika tidak terdapat tong sampah, cuci pinggan 200 kaki jauh dari sungai dan tasik, jangan ambil benda semula jadi, simpan unggun-unggun api kecil di tempat selamat dan jauh dari hidupan serta jangan beri makan kepada haiwan.
5. Pilih pakaian yang bersesuaian
Ads
Biarpun anda bukan seorang ‘fashionable’ tetapi adalah penting menitikberatkan pakaian yang sesuai ketika berkhemah. Pilih pakaian yang selesa dan sesuai dengan cuaca serta aktiviti yang ingin anda lakukan.
Semestinya pada waktu malam, anda memerlukan sarung tangan dan sarung kaki untuk elak digigit serangga dan elak rasa sejuk. Pada waktu siang, pakaian nipis dan menyerap peluh adalah penting supaya anda tidak merasa panas dan mudah melakukan aktiviti. Jangan lupa pilih kasut bertutup dan selesa untuk elak kaki melecet dan tidak sakit.
6. Elak hidupan liar dan tumbuhan beracun
Sebelum mendirikan khemah, waspada dengan kawasan sekeliling. Jika lokasi terdiri dari banyak tumbuhan, lebih baik pakai pakaian lengan panjang dan seluar panjang. Jangan lupa sapukan losen pelindung serangga sekali.
Jika anda tidak arif mengenali tumbuhan yang beracun atau sebaliknya, lebih baik jauhkan daripada terus memerhati kerana ada sesetengah pokok dan tumbuhan boleh menyebabkan anda alah. Ia idea yang baik jika anda ada membawa losen calamine yang sering digunakan untuk merawat kulit gatal.
7. Elak sesat
Ads
Pastikan salah seorang dari kumpulan anda pakar dalam menggunakan kompas, peta atau kemudahan GPS. Sebelum merancang untuk berkhemah, minta pendapat rakan-rakan yang telah berkhemah di lokasi yang sama. Ia satu bonus jika anda mendapat tip-tip berguna daripada mereka.
8. Bawa kit kelengkapan
Sebut saja perkhemahan, slogan bersedia memang relevan untuk anda. Mengapa anda perlu membawa kit kelengkapan? Kit kelengkapan biasanya terdiri daripada pil bersih air, penapis air dan satu bekas logam.
Pisau kecil juga diperlukan untuk memburu dan melindungi diri. Mancis kalis air, ubat-ubatan, sarung tangan, pembalut serta lampu suluh adalah penting untuk isyarat kepada bantuan.
9. Kekalkan kebersihan diri
Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana untuk mengekalkan kebersihan dalam keadaan yang tidak lengkap. Pastikan anda membawa sebotol gel pembersih tangan dalam poket anda dan sentiasa bersihakan tangan sebelum menyentuh makanan atau wajah. Rendam kapas dan lap pada wajah dan kawasan anggota badan yang kotor.
Ambil kain kering dan lap kawasan lembap supaya ia tidak melekit. Rendam kaki di dalam air berdekatan untuk beberapa minit. Jauhi kolon dan losen wangi kerana akan menarik minat serangga datang ke arah anda.
10. Lebih penjagaan jika berkhemah bersama kanak-kanak
Berkhemah bersama kanak-kanak memerlukan banyak tugas namun ia memudahkan anda jika anda memberi mereka kelengkapan untuk dipakai. Pastikan mereka mengenakan pakaian lengan panjang untuk kesesuaian dan keselesaan suhu siang dan malam. Sediakan lampu suluh atau alat bercahaya (glowstick) pada setiap kanak-kanak dan berikan beberapa peraturan kepada mereka.
Dengan adanya tip-tip berkhemah ini, kami yakin anda lebih menikmati aktiviti ini tanpa sebarang masalah. Boleh jadi, anda akan menjadikan aktiviti ini sebagai percutian perkhemahan wajib lakukan setiap bulan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau kita mudahkan kerja orang, pastinya Tuhan akan mudahkan juga urusan kita di dunia.
Daripada perkongsian di laman facebook saudara M Redzuan A Rahman, admin tabik dengan cara beliau untuk memudahkan urusan kakitangan yang memeriksa dokumen sebelum menaiki penerbangan.
Mana tidaknya, cuba anda banyangkan setiap hari, staf yang bertugas perlu memeriksa beratus atau mungkin beribu dokumen setiap penumpang dengan teliti. Pelbagai masalah dan situasi perlu mereka tangani dan selesaikan. Jika ada ramai individu yang membantu memudahkan urusan semakan dokumen seperti keluarga ini, pasti sedikit sebanyak mengurangkan beban kakitangan yang bertugas.
Ini cara yang dilakukan:
Teknik ini saya gunakan semasa penerbangan ke Pulau Pinang hujung bulan Ogos lepas. Alhamdulillah kali ini saya gunakan sekali lagi dengan penambahbaikan daripada penggunaan Ogos lepas dan kali ini jauh lebih lancar dan pantas. Teknik ini sesuai digunakan apabila travel bersama anak-anak kecil.
Untuk penerbangan minggu lepas saya susun kad pengenalan dalam 'holder' ini mengikut turutan berikut – saya, isteri, Hannah (daftar masuk di bawah nama isteri) dan Qaid. Pas masuk penerbangan juga saya susun dalam turutan yang sama. Untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, staf yang memeriksa dokumen penumpang sebelum menaiki penerbangan siap puji lagi "Wahhh Encik dan susun kad pengenalan seperti turutan pas masuk penerbangan". Besar hati saya dapat mudahkan urusan beliau.
Setiap keping plastik dalam 'holder' ini terdapat 2 ruang menyimpan kad – bahagian depan dan bahagian belakang. Untuk memudahkan urusan staf menyemak dokumen, saya letakkan kad pengenalan dan MyKid hanya pada bahagian hadapan ruang menyimpan kad. Jadi 4 keping plastik dalam holder ini digunakan.
Walaubagaimanapun, apabila sampai di Imigresen Kota Kinabalu – setiap kad Pengenalan dan MyKid saya keluarkan siap-siap untuk memudahkan pemeriksaan oleh pegawai imigresen kerana setiap kad akan dibaca oleh alat membaca kad pengenalan diri.
Semoga tips mudah ini dapat juga membantu anda apabila travel bersama anak-anak kecil. Insyallah kita mudahkan urusan orang lain, urusan kita akan dipermudahkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Aktiviti membeli-belah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila kita mempunyai wang yang banyak yang membolehkan kita membeli apa-apa sahaja barangan atau produk yang disukai. Malah ada orang yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti mesti dilakukan jika melancong ke luar negara.
Kadangkala kita rasa semua tempat yang kita tuju sudah menawarkan harga yang murah, tiba-tiba apabila ke lokasi lain atau balik ke negara sendiri harga barang yang dibeli sebenarnya jauh lebih murah. Pasti rasa menyesal tidak sudah!
Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut, kerana kemungkinan besar harga barang yang dijual berdekatan rumah anda akan menjadi lebih murah berbanding di lokasi jualan murah tersebut dek faktor kos sampingan yang diperlukan.
Bandingkan harga
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah. Lebih baik jika anda mengambil gambar produk yang mendapat potongan harga kemudian tunjukkan kepada juruwang ketika proses pembayaran. Ini bagi mengelakkan harga promosi dan harga ketika produk dibayar berbeza.
Kalau anda memilih percutian bersama agensi pelancongan, selalunya jadual perjalanan telah ditentukan oleh mereka. Percutian anda memang akan menjadi mudah dari a to z. Tetapi, kebanyakkan kedai-kedai yang di bawa pemandu pelancong bukanlah antara kedai terbaik untuk memberi harga yang murah. Kedai tersebut dipilih kerana mereka akan memberikan komisen yang setimpal kepada pemandu pelancong kerana membawa pelanggan. Oleh itu dapatkan info sebaik mungkin premis berbelanja mana yang menawarkan harga rendah kepada pembeli. Jika ada masa terluang atau free & easy anda boleh terus ke lokasi tersebut sendiri tanpa mengharapkan bantuan pemandu pelancong anda.
Cari maklumat
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.
Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya ‘buy one get one free’ atau ‘free gift with purchase’. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ketika ini, ramai yang mengambil peluang untuk bercuti setelah beberapa bulan disekat ‘pergerakan’ ekoran penularan pandemik COVID-19. Antara destinasi yang menjadi tumpuan orang ramai pastinya kawasan pulau atau pantai.
Jika anda berhasrat untuk menghirup udara segar di pantai dan pulau-pulau tetapi masih ragu-ragu atau tidak pasti apa yang perlu dilakukan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19, ini tujuh tip buat anda:
Bagi melakukan aktiviti di luar rumah, terdapat beberapa risiko yang perlu anda teliti. Ini termasuk membawa warga emas dan kanak-kanak bercuti. Jika anda ingin membawa golongan ini bersama ketika bercuti di pantai, pastikan kawasan tersebut mempunyai kelengkapan kesihatan yang baik. Jika berada di ceruk pulau, pastikan anda bertanya di mana terletaknya fasilit untuk perubatan seperti klinik atau farmasi terdekat.
Anda dinasihatkan untuk memilih destinasi yang sesuai dan membandingkan kawasan mana yang lebih selamat dan berisiko rendah untuk dituju. Elakkan kawasan yang padat dan mempunyai pengunjung yang terlalu ramai. Jika mempunyai anak kecil atau membawa warga emas, elak berkelah di kawasan padat atau acara berkapasiti ramai.
Adalah penting buat anda untuk melakukan perbandingan tentang pemilihan kawasan atau destinasi yang ingin dituju. Anda boleh mempertimbangkan untuk memilih destinasi yang lebih privasi atau mengehadkan jumlah pelancong. Anda boleh lakukan tinjauan tersebut melalui laman web atau boleh berhubung terus dengan pihak hotel. Pastikan juga jika anda bercadang untuk menginap, lokasi tersebut telah mengikut semua SOP yang diarahkan oleh kerajaan.
Ketika anda sedang bergembira menikmati keindahan alam semula jadi di pantai, anda diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial. Antara langkah terbaik adalah mengelakkan dari menggunakan tempat tertutup yang digunakan orang ramai seperti tandas awam. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman. Jangan lupa juga untuk menjaga jarak sosial.
Sekiranya anda berdepan dengan situasi di tempat yang sesak, anda digalakkan untuk menggunakan pelitup muka bagi mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19. Contohnya seperti ketika berada dalam bot laju atau feri.
Untuk mengelakkan makanan di dalam restoran atau kafe yang sesak, anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan sendiri ketika berkelah di tepi pantai.
Dalam sibuk menjaga diri daripada jangkitan COVID-19, jangan lupa untuk untuk menjaga keselamatan diri semasa di pantai. Ini bermakna jangan lupa untuk kekal hidrat dengan minum air yang secukupnya ketika berjemur dan menggunakan kirm pelindung matahari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...