Melakukan penerbangan jarak jauh boeh menyebabkan kita berasa jet lag. Iyalajh, zon masa berubah dan perjalanan cukup panjang pastinya memberikan kesan kepada kita. Namun ada beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk elak ia menjadi lebih teruk.
1. Laraskan tidur anda ke zon masa yang anda memasuki.
2. Apabila membuat perjalanan dengan si kecil, membawa banyak hiburan. “Apabila saya bersama anak saya, saya akan membawa buku dan permainan. Kami akan bermain sehingga dia tidur,”
3. Untuk mengelakkan jet lag, elakkan alkohol.
4. Minum banyak air untuk membantu badan anda kekal terhidrat
5. Pakai pakaian yang selesa apabila anda terbang. “Saya lebih suka T-shirt dan seluar jeans.”
6. Ambil masa untuk menikmati penerbangan anda dengan membaca buku, menonton filem, periksa e-mel dan tidur
7. Makan dengan teratur.
Mungkin anda juga boleh cuba persiapkan badan dan minda anda untuk perubahan zon masa. Apa yang boleh anda lakukan ialah anda kena tahu bila berangkat dan setiap minggu anda cuba menolak satu jam (ke belakang atau ke hadapan) bergantung pada destinasi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Bercuti Ke Jepun, Jangan Buat 5 Kesalahan Ini
Jom bercuti ke Jepun! Satu negara yang tetap menjadi destinasi percutian popular di dunia kerana iklim dan topografinya unik.
Tambahan pula masyarakat di negara matahari terbit ini kaya dengan budaya dan tradisi tersendiri di samping sajian yang istimewa.
Bercuti Ke Jepun
Meskipun peradaban dan tatasusila penduduknya hampir sama dengan masyarakat Melayu, namun ada beberapa perkara yang ditegah serta dianggap biadab jika dilakukan.
Bagi anda yang pertama kali ingin menjejakkan kaki di Jepun, pastikan lima perkara yang dikongsikan Kamal Zharif ini dipatuhi, ya.
Pesanan yang diberikan adalah berdasarkan pengalamannya bermastautin di negara Sakura itu selama 10 tahun.
1. Dilarang memberi tip
Pemberian tip sering dilakukan di negara Barat dan mula dinormalisasikan di Malaysia kerana tindakan itu seiring dengan amalan bersedekah.
Bagaimanapun, perbuatan ini bercanggah dengan penduduk Jepun dan ia dianggap sebagai satu penghinaan disebabkan masyarakat mereka sangat berintegriti.
Bagi mereka, segala khidmat yang diberikan telah dicaj dalam bil yang tertera.
Oleh itu, tidak perlulah anda membayar lebih atau sebut ‘keep the change’, bahkan baki 5 sen pun mereka akan pulangkan.
2. Kasut tidak dibenarkan dipakai di dalam bangunan
Apa sahaja jenis bangunan seperti rumah, tempat suci mahupun sekolah, penghuninya akan menyediakan selipar ganti.
Jadi, sebelum masuk ke dalam bangunan silalah buka kasut dan gantikan dengan selipar yang telah disediakan.
Tetapi jangan pakai selipar apabila masuk ke dalam bilik yang ada tikar tatami, ya.
3. Bermain-main dengan chopstick
Masyarakat Jepun mempunyai banyak pantang larang dalam penggunaan chopstik dan setiap perbuatan akan menggambarkan maksud-maksud tertentu.
Misalnya, chopstick yang dirapatkan dan dipacak secara menegak pada mangkuk nasi menggambarkan ritual kematian.
Selain itu, anda juga dilarang untuk mengambil makanan orang lain menggunakan chopstick sendiri atau memanggil orang dengan melambainya menggunakan chopstick.
4. Makan sembarangan di tempat awam
Sebagaimana di Malaysia, anda juga dilarang untuk makan di dalam kenderaan awam.
Selain akan mengganggu penumpang lain, kebarangkalian makanan atau minuman anda tertumpah dan mengotori ruang awam adalah tinggi.
Malah Islam juga menegah penganutnya untuk makan sambil berjalan sebaliknya perlu duduk dan beradab ketika menghadap makanan.
5. Potong barisan
Dalam apa juga keadaan sekalipun, orang Jepun sentiasa beratur.
Malah ketika tsunami melanda, mereka masih beratur untuk mendapatkan bantuan kecemasan daripada agensi terlibat.
Jadi kalau anda ada niat nak melancong ke Jepun, pastikan tidak buat kesalahan di atas. Jangan malukan diri dan negara jika ke tempat orang, yang penting disiplin dan kekal bawa jati diri.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Tip & Panduan Untuk Kaki Nature Yang ‘First Time’ Melawat Taman Negara Kuala Tahan
Pernah cuba percutian alam ke taman negara di Malaysia? Jika belum, anda dicadangkan untuk ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang sesuatu yang tidak mengecewakan.
Ini tip dan panduan ringkas buat anda yang bercadang ke Taman Negara Kuala Tahan:
- Jika anda menaiki kenderaan sendiri, buat pemanduan terus ke Jeti Kuala Tahan, dan letakkan kereta di kawasan parkir disediakan. Anda dicadangkan untuk parkin di kawasan lebih tinggi dan bukan berhampiran sungai.
- Kemudian naik bot untuk menyeberangi sungai dengan bayaran RM1 membabitkan perjalanan selama dua minit.
- Setibanya di sana anda akan diberi penerangan dan diminta memilih jenis penginapan yang diinginkan. Untuk lebih menghayati alam, dicadangkan untuk memilih penginapan membina khemah di kawasan yang disukai.
- Jika memilih membina khemah diingatkan tidak meletakkan barang di luar khemah kerana terdapat banyak haiwan liar berkeliaran di kawasan itu terutama pada sebelah malam. Tapak perkhemahan turut dilengkapi kemudahan asas seperti bilik air, dapur untuk memasak dan kawasannya diterangi dengan lampu malap.
- Namun, jika membawa anak kecil atau mementingkan keselesaan, anda boleh memilih untuk menginap di Mutiara Resort. Terdapat puluhan resort atau chalet yang menarik hati untuk dihuni.
- Ambil masa mengunjungi Lata Simpon untuk mandi-manda. Jangan risau meredah denai di sini kerana hutan dijaga dengan baik dan setiap denai disediakan pelantar pejalan kaki.
- Jangan lupa juga singgah di titian kanopi terpanjang di dunia iaitu sepanjang 550 meter pada ketinggian 45 meter dari tanah. Hanya seorang dibenarkan menaiki titian kanopi ini pada satu-satu masa untuk menghayati flora dan fauna yang berusia ratusan tahun.
- Waktu malam, ambil peluang untuk ke 'Bumbun' iaitu sebuah rumah kayu ala menara tinjau untuk menjenguk perilaku haiwan liar seperti rusa, tapir, landak menjilat garam galian di jenut. Di Taman Negara ini terdapat beberapa bumbun antaranya Bumbun Tahan, Bumbun Tabing, Bumbun Cagar Anjing, Bumbun Blau, Bumbun Yong dan Bumbun Kumbang.
- Luangkan masa ke Lata Berkoh dengan menaiki bot panjang. Pengunjung akan dibawa singgah ke santuari kelah di Lubuk Tenor untuk memberi ikan makan selain melihat pokok tualang terbesar yang direkodkan di Taman Negara.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beg Lebih Muatan Dan Menyusahkan? Buat Pilihan Beg Yang Betul Sebelum Travel
Beg adalah peneman dan pembantu paling setia sewaktu kita keluar travel yang akan bawa apa saja kelengkapan dan keperluan ke mana saja kita pergi.
Tak kisah apa jenis travel trip yang kita buat seperti business trip, backpack trip, leisure trip, hiking atau trip ke pulau, pemilihan beg perlu disesuaikan mengikut keadaan kerana setiap rekabentuk dan saiz mempunyai kelebihan serta kekurangan mengikut keadaan.
Ada empat perkara yang kita perlu tahu sebelum pemilihan beg untuk travel:
1. Jangka masa percutian
Adakah kita akan bercuti untuk jangka masa yang lama atau trip percutian kita hanya memakan masa selama sehari?
2. Pengangkutan apa yang digunakan
Menaiki kapal terbang? feri? kereta api? berbasikal? menaiki kereta? jenis beg biar bersesuaian dengan kenderaan yang kita naiki.
3. Tahap kesukaran percutian
Adakah percutian kita akan statik di satu tempat atau kita akan hopping ke tempat-tempat yang lain.
4. Aktiviti apa yang dilakukan
Adakah sesuai membawa luggage empat segi beroda mendaki gunung?
Di sini ada beberapa contoh beg dan kesesuaian untuk digunakan:
Rolling Luggage
Sesuai untuk: Travel jangka masa lama
Siapa yang rasa nak ‘lari’ dari rumah, wheeled suitcase macam ni sesuai sebab boleh bawa perkakas rumah bersama. Ciri-ciri beroda, mempunyai pemegang dan permukaan luaran yang keras menjadikan ianya versatile dan mudah untuk di bawa ke mana-mana.
Backpack / Beg Sandang
Sesuai untuk: trip adventure
Backpack sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup travel yang aktif. Selalunya backpack dicipta dengan bahan yang tahan lasak dan pemakaiannya cepat selain mudah dipikul dan dibawa ke mana-mana. Sesuai untuk pelancong yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Beg Duffel
Sesuai untuk: Trip santai
Duffel bag sesuai untuk orang yang suka bersukan atau mempunyai hobi sewaktu travel trip mereka. Walaupun ia tidak fleksibel seperti wheeled suitcase atau dibuat untuk trip lasak seperti backpack, beg duffel ini sesuai untuk perjalanan kasual di luar bandar atau pulau. Reka bentuk silinder yang ringkas dan saiz yang pelbagai menjadikan beg ini boleh dijadikan beg sampingan bagi pakaian dan item yang lebih kecil jika beg utama anda penuh.
Beg Day-Pack
Sesuai untuk: Kawasan urban dan mahukan beg yang kecil
Beg kecil ini mempunyai ruang yang selamat untuk melindungi komputer riba anda sekiranya dibawa sewaktu travel, ditambah dengan poket yang banyak untuk menyimpan kabel, peralatan, botol air, snacks dan kerja kertas. Selain daripada itu, anda boleh gunakan untuk trip yang tidak lebih daripada sehari. Malah, beg ini kecil dan boleh dibawa masuk ke tempat duduk dalam penerbangan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI