Pilih ke Genting Skyworld Thema Park untuk bahagiakan anak-anak, ini pun salah satu tempat menarik untuk bercuti melapangkan minda setelah sibuk mencari rezeki.
Namun sebelum gerak ke sana, cuba ikut tip yang dikongsi oleh Puan Chenta Yana ini, barulah mudah nak bergerak dan tak pening kepala.
Vacation trip outdoor theme park Genting Highland bersama anak. Alang-alang papa off day 10 hari, kita bawa anak-anak jalan. Jadi, malam tu bincang nak bawa pergi theme park Genting Highland.
Mula-mula, mesti lah kena beli tiket dulu. Ini harga tiket:
Dewasa: RM151
Warga emas & kanak-kanak (90cm-110cm) : RM121
Kalau naik kereta boleh pilih, nak park dekat GPO & naik cable car atau terus parking dekat atas. Kami buat keputusan nak parking dekat GPO sebab nak naik cable car
.Jadi parking whole day dalam RM18. Kalau ikut jam RM3 per hours. For cable car RM18 both way. Jumlah semua RM54 exclude farrel. Tapi kalau nak jimat, terus je parking dekat first world.
Sebelum pergi, advisable untuk beli raincoat. Bukan sebab takut hujan saja, ada ride yang basah, so prepare siap-siap rain coat. WAJIB download apps Genting Sky Worlds. Ada apa dalam apps ni?
– Ada map, jadi senang nak tahu jalan, nak cari rides semua just refer dekat apps.
– Boleh book VQ reservations. VQ ni untuk kita reserve siap siap rides yang kita nak, jadi kita tak payah beratur dah akan dapat priority lane. Tapi sorang dapat 6 rides saja untuk VQ.
– Nanti akan ada checkpoint yang pihak theme park ambil gambar kita, nanti gambar boleh ambik terus dari apps saja.
Theme Park buka dari 11 pagi sampai 6 petang. Jadi plan your journey betul-betul, pastikan sampai depan gate before 11am. Tapi kami sampai dalam 12 tengah hari sebab bertolak dari rumah pukul 8am.
Kami pergi hari selasa, jadi tak ada crowded sangat. Dekat sana, banyak je ada jual makanan semua, jadi tak payah risau. Air panas sejuk nak buat susu anak pun ada tersedia. Jika nak refill
air masak anak pun boleh just bawa botol pergi je mana-mana baby washroom ada dekat dalam tu water dispenser.Ini antara permainan yang boleh naik. Tengok je dalam apps follow map dia bagi dalam tu je. Kalau ada anak kecil sila bawa stroller.
– Blue Sky Carousel (Ni yang ada kids sesuai naik ini. Macam kuda kat funfair tapi version cantik)
– Sid’s Play House Ice Age (Yang ni show ice age, characters ice age buat stage show. Kalau bawa kids boleh lah masuk yang ni)
– Night at the museum (Ride ni macam ada storyline kemudian kita duduk dekat atas tu main tembak-tembak. Kalau bawa kids boleh naik ni)
– Samba Glidder (Boleh tengok pemandangan dari atas. Min height 95cm)
– Rio Carnaval Chaos (Yang ni satu cup dia tu boleh naik 4 orang)
– Sid’s Rock & Slide (Ini pun kids boleh naik, dia pusing pusing sikit. Satu seat boleh naik 3 orang)
– Epic Voyage to Moonhave (Yang ni la ride yang kena pakai rain coat tu)
– Boot Camp Training (Ini ada flying fox macam escape park)
– Epic Hummingbird Flyers (Rides dia naik turun macam burung terbang)
– Alpha Fighter Pilot (Dia akan pusing kita 360 degree)
– Independance Day: Defiance (Yang ni indoor, 4D lawan aliens)
– ESD GLOBAL DEFENDER (Yang ni macam bawa kapal terbang, single rider & dia spinning juga)
– River Town Roller (Dia pusing 360 degrees)
– Acorn Adventure (Ini roller coaster)
Overall meman ok dan tempat cantik nak bergambar. Sebelum balik kita akan dapat voucher 50% off untuk next visit so nanti boleh datang lagi. Moga manfaat! Selamat bercuti.
Sumber: Facebook Chenta Yana