Pilih ke Genting Skyworld Thema Park untuk bahagiakan anak-anak, ini pun salah satu tempat menarik untuk bercuti melapangkan minda setelah sibuk mencari rezeki.
Namun sebelum gerak ke sana, cuba ikut tip yang dikongsi oleh Puan Chenta Yana ini, barulah mudah nak bergerak dan tak pening kepala.
Tip Ke Genting Skyworld Dengan Anak-anak
Vacation trip outdoor theme park Genting Highland bersama anak. Alang-alang papa off day 10 hari, kita bawa anak-anak jalan. Jadi, malam tu bincang nak bawa pergi theme park Genting Highland.
Mula-mula, mesti lah kena beli tiket dulu. Ini harga tiket:
Dewasa: RM151 Warga emas & kanak-kanak (90cm-110cm) : RM121
Kalau naik kereta boleh pilih, nak park dekat GPO & naik cable car atau terus parking dekat atas. Kami buat keputusan nak parking dekat GPO sebab nak naik cable car.
Jadi parking whole day dalam RM18. Kalau ikut jam RM3 per hours. For cable car RM18 both way. Jumlah semua RM54 exclude farrel. Tapi kalau nak jimat, terus je parking dekat first world.
Sebelum pergi, advisable untuk beli raincoat. Bukan sebab takut hujan saja, ada ride yang basah, so prepare siap-siap rain coat. WAJIB download apps Genting Sky Worlds. Ada apa dalam apps ni?
– Ada map, jadi senang nak tahu jalan, nak cari rides semua just refer dekat apps.
– Boleh book VQ reservations. VQ ni untuk kita reserve siap siap rides yang kita nak, jadi kita tak payah beratur dah akan dapat priority lane. Tapi sorang dapat 6 rides saja untuk VQ.
– Nanti akan ada checkpoint yang pihak theme park ambil gambar kita, nanti gambar boleh ambik terus dari apps saja.
Ads
Theme Park buka dari 11 pagi sampai 6 petang. Jadi plan your journey betul-betul, pastikan sampai depan gate before 11am. Tapi kami sampai dalam 12 tengah hari sebab bertolak dari rumah pukul 8am.
Kami pergi hari selasa, jadi tak ada crowded sangat. Dekat sana, banyak je ada jual makanan semua, jadi tak payah risau. Air panas sejuk nak buat susu anak pun ada tersedia. Jika nak refill air masak anak pun boleh just bawa botol pergi je mana-mana baby washroom ada dekat dalam tu water dispenser.
Ini antara permainan yang boleh naik. Tengok je dalam apps follow map dia bagi dalam tu je. Kalau ada anak kecil sila bawa stroller.
Thrill Level Mild:
– Blue Sky Carousel (Ni yang ada kids sesuai naik ini. Macam kuda kat funfair tapi version cantik)
Ads
– Sid’s Play House Ice Age (Yang ni show ice age, characters ice age buat stageshow. Kalau bawa kids boleh lah masuk yang ni)
Thrill Level Medium:
– Night at the museum (Ride ni macam ada storyline kemudian kita duduk dekat atas tu main tembak-tembak. Kalau bawa kids boleh naik ni)
– Samba Glidder (Boleh tengok pemandangan dari atas. Min height 95cm)
– Rio Carnaval Chaos (Yang ni satu cup dia tu boleh naik 4 orang)
– Sid’s Rock & Slide (Ini pun kids boleh naik, dia pusing pusing sikit. Satu seat boleh naik 3 orang)
Ads
– Epic Voyage to Moonhave (Yang ni la ride yang kena pakai rain coat tu)
– Boot Camp Training (Ini ada flying fox macam escape park)
Thrill level High:
– Epic Hummingbird Flyers (Rides dia naik turun macam burung terbang)
– Alpha Fighter Pilot (Dia akan pusing kita 360 degree)
– Independance Day: Defiance (Yang ni indoor, 4D lawan aliens)
– ESD GLOBAL DEFENDER (Yang ni macam bawa kapal terbang, single rider & dia spinning juga)
– River Town Roller (Dia pusing 360 degrees)
– Acorn Adventure (Ini roller coaster)
Overall meman ok dan tempat cantik nak bergambar. Sebelum balik kita akan dapat voucher 50% off untuk next visit so nanti boleh datang lagi. Moga manfaat! Selamat bercuti.
Pembukaan semula Taman Botani Perak di Taiping kembali menjadi tumpuan pengunjung dalam kalangan mereka yang sukakan aktiviti riadah berkonsepkan alam semula jadi atau taman bunga-bungaan.
Taman tersebut yang pada awalnya dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 16 Ogos tahun lalu terpaksa dihentikan operasinya selama kira-kira empat bulan berikutan penularan Covid-19, dan dibuka semula pada 4 Ogos 2020 lalu, dengan amalan norma baharu dan Prosedur Operasi Standard SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bilangan pengunjung yang dibenarkan masuk pada satu-satu masa pula ialah seramai 500 orang maksimum. Malah pengunjung juga dikehendaki melalui saringan suhu badan serta mengisi maklumat diri sebelum masuk ke Taman Botani Taiping. Bagi memastikan pengunjung yakin dan selamat, maka kerja-kerja penyahkuman pada permukaan yang kerap disentuh akan dilakukan setiap hari oleh kakitangan TBP. Selain itu, cecair sanitasi (hand sanitizer) turut disediakan di kaunter masuk bagi kegunaan pengunjung.
Pembangunan taman tersebut dilaksanakan menerusi Program Penyelidikan dan Pemuliharaan Landskap JLN dengan persetujuan Majlis Perbandaran Taiping bagi menjadikan Taman Tasik Taiping sebagai Taman Botani Taiping dengan restu daripada Kerajaan Negeri Perak. Taman Botani Taiping adalah mewakili Zon Semenanjung Malaysia. Taman Botani Taiping berkonsepkan muzium hidup tumbuhan-tumbuhan yang ditafsirkan sebagai satu pusat mengumpul dan mempamerkan pelbagai koleksi tumbuhan yang mempunyai nilai estetik dan saintifik.
Kategori laman
Laman Endemik Zon Utara – Zon penanaman yang mewakili spesies endemik yang hanya terdapat di sekitar negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Antara tanaman ialah pokok Maingaya, mata pelanduk Langkawi dan Nyatuh Pulau Pinang
Laman Melayu Perak – Mewakili spesies yang berunsurkan nama-nama daerah dan tempat di negeri Perak seperti pokok kangsar, ipoh, kemunting, beruas dan sungkai.
Laman Palmatum- Merangkumi pelbagai spesies palma antaranya termasuklah pinang raja, Queen Sago dan Serdang.
Laman Tema – Sebagai taman terbuka yang mengenengahkan semua spesies mewakili setiap laman di Taman Botani Perak antaranya termasuklah pokok daun payung perak, kurma, beruas dan binjai.
Spesies istimewa
Johannesteijsmania perakkensis – Daun payung perak, yang merupakan satu-satunya spesies Perakensis yang ditanam di TBP.
Samanea saman Yellow Hujan-hujan permaisuri, pokok yang simbolik dengan Taman Tasik Taiping.
Pada masa ini kemasukan pengunjung ke Taman Botani Taiping masih percuma. Walau bagaimana pun, MPT sedang mempertimbangkan caj konservasi wajib bermula 1 Januari 2021 tahun depan pada harga RM2 kepada setiap pengunjung, kecuali kanak-kanak di bawah 12 tahun. Caj konservasi ini adalah salah satu usaha membantu ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna yang terdapat di TBP terutamanya spesies-spesies tumbuhan terancam yang tersenarai dalam buku Malaysia Plant Red list Peninsular Malaysia 2012 seperti pokok paku aji atau bogak yang ditanam di Laman Endemik Zon Utara dan Laman Tema.
INFO
Taman Botani Perak
Jumlah pengunjung sejak mula dibuka 16 Ogos 2019 hingga 17 Mac lalu adalah 52,579 orang.
Memiliki pelbagai koleksi tumbuhan yang mempunyai nilai estetik dan saintifik.
Projek pembangunan fasa satu melibatkan sebanyak 12,445 tumbuhan pelbagai kategori dan 122 spesies.
Dibuka pukul 8.30 pagi hingga 7 malam.
Pengunjung tidak dibenarkan masuk semasa hari hujan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Fasa Pertama Taman Botani Taiping seluas 14.38 hektar siap dibina pada 16 November 2018 dengan pembangunan fizikal membabitkan kawasan seluas 6.24 hektar, manakala kawasan selebihnya seluas 8.14 hektar dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan badan air, selain pembangunan kemudahan infrastruktur untuk keselesaan pengunjung.
image via google | sumber: utusan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah restoran kecil diberi nama Wolfgat yang terletak di perkampungan nelayan Afrika Selatan dinobatkan sebagai restoran terbaik di dunia pada Anugerah Restoran Sedunia Terbaik yang berlangsung di Paris, Perancis baru-baru ini.
Persekitaran yang sederhana dan konsep masakan kembali kepada asal yang diamalkan oleh pemiliknya juga chef di situ, Van Der Merwe berjaya menambat hati panel hakim Anugerah Restoran Sedunia.
Restoran Wolfgat ini terletak di tepi sebuah pantai menghadap Lautan Atlantik di Cape Barat dan baru dibuka dua tahun lalu. Bangunan asal restoran ini adalah sebuah kotej berusia 130 tahun dan dikendalikan Van Der Merwe sendiri serta dibantu oleh enam pekerja, yang kebanyakannya wanita.
Di restoran ini hanya mampu memuatkan 20 orang pelanggan sahaja untuk menjamu selera pada satu masa. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di bahagian dalam restoran, balkoni atau dibahagia luar menghadap pantai.
Set menu di restoran ini mengandungi hanya tujuh hidangan sahaja berharga sekitar AS$60(RM245), jauh lebih murah berbanding harga di restoran lain berhampirannya.
Antara hidangan istimewa di restoran Wolfgat termasuk rumpai laut, ikan layang-layang bersama sambal bokkom dan masala bawang putih, kupang serta kerangan lain serta sayuran laut. Van Der Merwe mencipta resipi uniknya berdasarkan masakan masyarakat Melayu Cape Town di Afrika Selatan.
Pada setiap hari, Van Der Merwe akan keluar mencari ramuan asli berhampiran restorannya sebagai bahan sampingan untuk masakannya. Antaranya bunga lavendar, rumpai laut segar dan kepah. Beliau juga dikatakan begitu mahir membuat roti yang sedap dan menteganya sendiri.
Bayangkan satu keluarga yang sedang bergelak ketawa riang, berjalan bersama dengan suhu sejuk sambil menyentuh rumput dan dedaunan, membuat BBQ, dan mengira bintang di malam hari bersama.
Semua ini bukan saja memberi kesan yang positif terhadap mental dan fizikal, tetapi lebih mendalam lagi dari segi emosional setiap ahli keluarga. Jadi, kalau anda rasa membawa keluarga pergi bercuti adalah sesuatu yang membazir, ternyata anda salah!
Bercuti bersama keluarga tidak semestinya perlu memilih lokasi yang serba mewah atau jauh nun di negara asing. Di negara kita juga banyak jenis percutian keluarga yang menarik boleh dipilih. Antaranya percutiaan ala glamping.
Tidak seperti berkhemah biasa yang memerlukan kita membina khemah sendiri, glam camping membolehkan anda terus masuk ke dalam khemah. Selain itu setiap khemah lengkap dengan pelbagai kemudahan tempat tidur selesa, makanan dan pengudaraan yang baik.
Pun begitu bukan semua kawasan perkhemahan atau glamping, mempunyai kemudahan dan kelengkapan sama. Lain tempat, lain kelebihannya dan juga segala aktiviti yang ditawarkan juga berbeza. Tetapi secara amnya, ia sangat mengujakan apa lagi jika anda dan keluarga ingin keluar dari kesibukan hiruk pikuk kota.
Ini ada cadangan lokasi glamping menarik terletak lokasi bersuhu sejuk di Genting Highlands iaitu ‘Glamz At Genting’. Jom layan foto lokasi glamping di sini.
Lokasi: 1, Jalan Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...