Melihat keindahan hidupan marin di Pulau Perhentian pasti meruntun sesiapa jua khasnya buat penyelam untuk mengintai kehidupan dasar laut yang mempesonakan. Jadi untuk anda yang ingin berkunjung ke sana, entri ini ada beberapa guide yang boleh anda ikuti apabila ke Pulau Perhentian.
- Aktiviti utama pelancong ke sini tentulah snorkeling dan selam skuba. Selebihnya menghayati pemandangan semula jadi di sekitarnya yang masih terjaga.
- Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
⭐TRIVIA Pulau Perhentian diliputi hutan hujan tropika dan mempunyai keindahan laut yang memukau |
- Perjalanan bermula di Jeti Kuala Besut, Terengganu di mana pelancong boleh menaiki bot laju menuju ke Pulau Perhentian Kecil yang terletak kira-kira 21km dari Kuala Besut, mengambil masa kira-kira 30 minit.
- Jangan lupa bawa sedikit makanan untuk anda makan dalam perjalanan ke sini terutamanya roti. Takut anda lapar sepanjang perjalanan.
- Paling penting, bawa air mineral botol besar dan bajet dalam 3 hari anda perlu minum air mineral berapa liter. Cuaca di Pulau Perhentian agak panas dan anda perlu minum air secukupnya.
⭐TRIVIA Diberi nama Pulau Perhentian kerana dahulunya pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan oleh pedagang |
⭐PRO TIP Pastikan anda menempah bilik dahulu sebelum ke Pulau Perhentian kerana khuatir bilik-bilik resort yang murah penuh |
- Kawasan penempatan hanya tertumpu di Pasir Hantu atau dipanggil Perhentian Permai terletak di Pulau Perhentian Kecil.
- Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsun yang melanda pulau setiap hujung tahun.
⭐TRIVIA Cuaca yang panas dan matahari yang terik memancar sebenarnya membuatkan laut biru di Pulau Perhentian bertambah cantik |
- Alatan untuk snorkeling dan jaket keselamatan boleh disewa.
- Jika mahu melihat ikan dan terumbu karang dengan lebih jelas, pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling pada waktu tengah hari.
⭐PRO TIP Jangan lupa menyapu losyen sun block supaya tidak rentung terbakar seperti udang bakar |
- Biasanya pengunjung akan dibawa snorkeling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Terumbu karang di laut Perhentian sememangnya cantik dan menakjubkan.
⭐TRIVIA Semasa melakukan aktiviti snorkeling, antara ikan yang dijumpai ialah ‘Ikan Nemo’ |
- Para pengunjung disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkeling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin di samping dapat menikmati keseronokan snorkeling sepuasnya.
- Antara lokasi snorkeling yang dikunjungi oleh pengunjung ialah Turtle Point, Shark Point dan Lighthouse.
⭐TRIVIA Tahukah anda? Penyu cepat menyedari kehadiran anda lalu pantas sahaja melarikan diri dan dikatakan makhluk yang sangat pemalu |
- Selain snorkeling, aktiviti selam skuba juga disediakan. Aktiviti ini juga jadi kemestian buat penyelam skuba. Pastinya akan memberikan pengalaman seumur hidup bila dapat menyaksikan sendiri tukun kapal, tukun konkrit yang terletak di dasar laut, selain daripada melihat kehidupan laut dan batu karang.
⭐PRO TIP kebanyakkan kedai di Pulau Perhentian Besar tutup pada pukul 10 malam dan pulau itu lebih sesuai untuk pengunjun yang berkeluarga |
- Salah satu tarikan pelancongan dan lokasi wajib ketika anda bercuti di Pulau Perhentian ialah Kincir Angin Perhentian.
- Kincir Angin ini terletak di Pulau Kecil dan untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu mendaki lebih kurang 20-30 minit bergantung kepada kelajuan pergerakan anda.
- Naik ke kincir angin dalam pukul 17:00 – 17:30 kerana pemandangannya lebih cantik dan tidak panas.
⭐TRIVIA Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja sebaik melihat pemandangan yang begitu indah pada ketinggian 150 meter daripada paras laut |
- Long Beach panoramanya seumpama berada di pantai luar negara. Ramai pelancong asing tertumpu di sini.
- Waktu malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Long beach.
⭐TRIVIA Terdapat pelbagai hiburan muzik dan persembahan api yang di adakan di Long Beach. |
https://www.instagram.com/p/BskP6GZF1IB/