Melihat keindahan hidupan marin di Pulau Perhentian pasti meruntun sesiapa jua khasnya buat penyelam untuk mengintai kehidupan dasar laut yang mempesonakan. Jadi untuk anda yang ingin berkunjung ke sana, entri ini ada beberapa guide yang boleh anda ikuti apabila ke Pulau Perhentian.

Ads
Ads
Ads
  1. Aktiviti utama pelancong ke sini tentulah snorkeling dan selam skuba. Selebihnya menghayati pemandangan semula jadi di sekitarnya yang masih terjaga.
  2. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
    ⭐TRIVIA
    Pulau Perhentian diliputi hutan hujan tropika dan mempunyai keindahan laut yang memukau

    Tip Dan Panduan Menarik Untuk Anda Ke Pulau Perhentian

  3. Perjalanan bermula di Jeti Kuala Besut, Terengganu di mana pelancong boleh menaiki bot laju menuju ke Pulau Perhentian Kecil yang terletak kira-kira 21km dari Kuala Besut, mengambil masa kira-kira 30 minit.
  4. Jangan lupa bawa sedikit makanan untuk anda makan dalam perjalanan ke sini terutamanya roti. Takut anda lapar sepanjang perjalanan.
  5. Paling penting, bawa air mineral botol besar dan bajet dalam 3 hari anda perlu minum air mineral berapa liter. Cuaca di Pulau Perhentian agak panas dan anda perlu minum air secukupnya.
    ⭐TRIVIA
    Diberi nama Pulau Perhentian kerana dahulunya pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan oleh pedagang

    ⭐PRO TIP
    Pastikan anda menempah bilik dahulu sebelum ke Pulau Perhentian kerana khuatir bilik-bilik resort yang murah penuh
  6. Kawasan penempatan hanya tertumpu di Pasir Hantu atau dipanggil Perhentian Permai terletak di Pulau Perhentian Kecil.
  7. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsun yang melanda pulau setiap hujung tahun.

    View this post on Instagram

    MIMPI PERHENTIAN RESORT . Scroll ke kanan untuk lebih banyak photo menarik. . Memang recommended untuk korang yang nak pengalaman paling best di Perhentian. . . Lokasi resort ni tersangatlah bessss sebab terletak di Long Beach dan betul2 di tepi jeti. So lepas turun bot tak perlu dah jalan jauh2 ke resort. Admin belum ada kesempatan lagi nak stay sini. Nak try jugak ni sebab mengancam betul view dia. . Nak lebih jimat booking bilik di Booking.com / Agoda dan ambil pakej #fleximyperhentian . Anda jimat , perjalanan selamat. . Jom ke Pulau 2019 . . Klik #myperhentianrecommendation untuk tahu resort mana yang terbaik kami recommend untuk stay di Perhentian. . #myperhentian #myperhentian2019 #perhentianisland #pulauperhentian .

    A post shared by Pakej Perhentian 2019 (@myperhentian) on

    ⭐TRIVIA
    Cuaca yang panas dan matahari yang terik memancar sebenarnya membuatkan laut biru di Pulau Perhentian bertambah cantik
  8. Alatan untuk snorkeling dan jaket keselamatan boleh disewa.
  9. Jika mahu melihat ikan dan terumbu karang dengan lebih jelas, pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling pada waktu tengah hari.
    ⭐PRO TIP
    Jangan lupa menyapu losyen sun block supaya tidak rentung terbakar seperti udang bakar
  10. Biasanya pengunjung akan dibawa snorkeling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Terumbu karang di laut Perhentian sememangnya cantik dan menakjubkan.
    ⭐TRIVIA
    Semasa melakukan aktiviti snorkeling, antara ikan yang dijumpai ialah ‘Ikan Nemo’
  11. Para pengunjung disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkeling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin di samping dapat menikmati keseronokan snorkeling sepuasnya.
  12. Antara lokasi snorkeling yang dikunjungi oleh pengunjung ialah Turtle Point, Shark Point dan Lighthouse.
    ⭐TRIVIA
    Tahukah anda? Penyu cepat menyedari kehadiran anda lalu pantas sahaja melarikan diri dan dikatakan makhluk yang sangat pemalu
  13. Selain snorkeling, aktiviti selam skuba juga disediakan. Aktiviti ini juga jadi kemestian buat penyelam skuba. Pastinya akan memberikan pengalaman seumur hidup bila dapat menyaksikan sendiri tukun kapal, tukun konkrit yang terletak di dasar laut, selain daripada melihat kehidupan laut dan batu karang.
    ⭐PRO TIP
    kebanyakkan kedai di Pulau Perhentian Besar tutup pada pukul 10 malam dan pulau itu lebih sesuai untuk pengunjun yang berkeluarga
  14. Salah satu tarikan pelancongan dan lokasi wajib ketika anda bercuti di Pulau Perhentian ialah Kincir Angin Perhentian.
  15. Kincir Angin ini terletak di Pulau Kecil dan untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu mendaki lebih kurang 20-30 minit bergantung kepada kelajuan pergerakan anda.
  16. Naik ke kincir angin dalam pukul 17:00 – 17:30 kerana pemandangannya lebih cantik dan tidak panas.

    ⭐TRIVIA
    Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja sebaik melihat pemandangan yang begitu indah pada ketinggian 150 meter daripada paras laut
  17. Long Beach panoramanya seumpama berada di pantai luar negara. Ramai pelancong asing tertumpu di sini.
  18. Waktu malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Long beach.
    ⭐TRIVIA
    Terdapat pelbagai hiburan muzik dan persembahan api yang di adakan di Long Beach.

    https://www.instagram.com/p/BskP6GZF1IB/

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI