Bagi kebanyakan rakyat yang bukan beragama Islam, pemahaman mereka tentang makanan ‘halal’ mungkin tak sama dengan kita.
Banyak terjadi di mana mereka faham ‘as long as no pork’, makanan tersebut sudah halal dan boleh dihidangkan kepada pelancong Muslim. Mereka juga beranggapan hidangan vegetarian sudah bebas unsur tidak halal.
Justeru itu, pastinya terdapat sedikit perbezaan di situ. Vegetarian membolehkan penggunaan bahan-bahan yang memisahkan mereka untuk menjadi halal. Contohnya penggunaan alkohol dalam kuah, sos dan perisa vanila.
Sesetengah resepi vegetarian juga menggunakan wain sebagai ramuan. Walaupun kuantiti yang digunakan adalah sedikit, tetapi ia tetap dilarang.
Ads
Coklat dan manisan yang terdapat di pasaran luar juga kadangkala mengandungi alkohol. Selain alkohol, penggunaan gelatin yang berasaskan sumber haiwan yang diragui juga mudah dijumpai dalam kandungan pemakanan yang ditulis di luar pek.
Pendek kata, sebahagian besar produk coklat yang dijual di luar negara mengandungi gelatin babi dan tidak sesuai untuk digunakan oleh pengguna Islam.
Entri kali ini memberi tip bagaimana mahu makan halal sepanjang pengembaraan anda.
Ads
1
Cari restoran yang mempamerkan logo pensijilan Halal di premis mereka. Anda boleh mendapatkan info mudah mengenai restoran halal di internet. Pilihan kedua andai tiada restoran halal ialah mencari restoran yang menyediakan makanan berunsurkan seafood dan makanan vegetarian. Pun begitu, berhati-hati agar tiada penggunaan alkohol, wain dan minyak haiwan yang digunakan.
2
Bawa sendiri bekas makanan untuk anda nikmati di dalam hotel. Tidak salah untuk menyediakan makanan sendiri dengan hanya membeli belah di kedai-kedai tempatan untuk produk semula jadi (buah-buahan, sayur-sayuran, roti, madu dan lain-lain).
Ads
3
Pek makanan ringan yang halal dan sihat seperti oat untuk mengelakkan anda dari kelaparan. Kekacang, buah-buahan kering dan sesetengah makanan ringan mampu membantu anda untuk kekal kenyang sepanjang malam. Jika tidak, mi segera adalah pilihan yang mudah dan mengenyangkan.
4
Pelajari dan kenali istilah dan nama-nama lain bagi khinzir yang digunakan dalam menu makanan Italy, Mexico, French dan sesetengah restoran barat bagi membantu anda membuat pemilihan makanan dengan mudah.
5
Jika terpaksa makan di luar, pilih makanan vegetarian atau seafood yang dirasakan tidak mengandungi kandungan babi atau alkohol. Anda boleh bertanya kepada pelayan dengan lebih lanjut mengenai penyediaan makanan setelah mengimbas menu dan memberi sedikit ‘guide’ kepada pelayan mengenai diet halal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Di Langkawi, antara tarikan yang sudah lama di praktikan di sini adalah pengalaman merasai dan menaiki ‘Sunset Cruise'.
Anda boleh dapatkan perkhidmatan daripada pelbagai agen pelancongan berdaftar di Langkawi yang dilengkapi pakej makan malam pada waktu petang hingga ke malam. Sambil dihidangkan menu enak yang disediakan di atas kapal, mata anda pasti tidak henti menyaksikan keindahan alam dan lautan terbentang luas dari bahagian deck atas kapal.
Ternyata ia satu detik yang mengujakan dan sukar didapati di tempat lain. Anda juga boleh membawa pakaian bersesuaian sekiranya mahu merasai pengalaman jakuzi asli air laut yang disediakan di bahagian belakang bot cruise. Perjalanan lebih tiga jam mengelilingi lautan dan kemuncaknya adalah ketika menyaksikan matahari terbenam yang sangat mengasyikkan.
Ini pengalaman yang dikongsikan oleh si pengantin baru Fitry Amira
Antara aktiviti highlight trip honeymoon kami ke Pulau Langkawi kali ini ialah Sunset Dinner Cruise.
3 jam dibawa belayar merentas lautan sambil melihat pemandangan menarik sekitar Pulau Langkawi memang pengalaman yang takkan dilupakan. Really worth the money guys!
Terdapat banyak company yang menawarkan pakej sunset dinner cruise di Langkawi. Selepas survey beberapa syarikat, kami decide utk pilih Tropical Charters dan alhamdulillah sangat puas hati dgn layanan yg diberikan. Krew2x kapal sgt friendly dan happening
Harga asal lebih kurang dlm Rm350 per pax dan kami agak bertuah sebab dpt grab harga promo Rm170 sahaja per pax
Kami menaiki kapal layar dari jeti Resort World Langkawi bermula pkl 5pm – 8pm. Antara aktiviti sepanjang berlayar ialah salt jacuzzi bath (mandi air laut)dan makan malam (barbeque) sambil menikmati matahari terbenam.
Jadi, untuk anda yang mencari kelainan aktiviti di Langkawi boleh include sunset dinner cruise dalam itenari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahun baru menjelma lagi. Selalunya awal tahun, semangat dan azam kita lain macam dan berkobar-kobar. Menyimpan duit tepi adalah perkara ideal khasnya untuk anda yang kaki travel. Hujung tahun pasti anda dapat hasil daripada amalan tersebut.
Perkongsian daripada Safura Planner boleh juga kita praktikkan untuk mendapatkan wang dalam tangan berjumlah RM3,300 pada hujung tahun nanti. Tip ini diharap memberi inspirasi kepada masyarakat khususnya mereka yang berazam untuk menyimpan wang supaya lebih berdisiplin agar apa yang diimpikan boleh terlaksana.
Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Cara-cara simpan duit secara sempoi
Tahun depan dah boleh start buat. WAJIB!
RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun genapkan RM400
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM1000
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600
TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Dah boleh plan nak bercuti kat mana kan.
Hari tu gambar di Perlis dan Terengganu, kali ni gambar destinasi di Selangor pula jadi pilihan Apple. Pemilik foto tersebut dikenali sebagai Muhammad Faris Danial Mohd Faizal
Foto pemandangan sawah padi yang dimuat naik hanya sekadar suka-suka ini berjaya mencuri tumpuan syarikat teknologi Apple sehingga ia dipilih untuk ditampilkan di laman Instagram rasmi syarikat itu. Lebih membanggakan, foto tersebut juga mendapat lebih 200,000 tanda suka dan turut menerima ribuan komen daripada pengikut Instagram syarikat gergasi itu.
Menerusi sumber astroawani, ini merupakan kedua gambar kedua remaja berusia 19 tahun itu ditampilkan dalam akaun rasmi Apple. Terdahulu, gambarnya ada ditampilkan secara kompilasi bersama jurufoto lain. Pada 15 September 2020 lalu, Apple sekali lagi menghantar satu email kepada dia untuk meminta kebenaran bagi menampilkan gambar tersebut.
Gambar tersebut diambil semasa dia dan keluarganya sedang bercuti di Sabak Bernam, Selangor pada 17 Julai 2020 lalu. Gambar itu diambil menggunakan iPhone XR ketika itu matahari mula terbenam dan dia rasa ia adalah waktu yang cantik untuk mengambil gambar.
Cayalah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!