Tular sepucuk surat daripada seorang kanak-kanak meluahkan rasa ketidakpuasan dihalau dari berada di saf pertama ketika menunaikan solat di sebuah surau. Surat terbabit turut mendapat reaksi Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang memuji tindakan kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak bernama Nadzrul Zarfan Sharul Azly itu berani meluahkan isi hatinya kepada pengerusi surau dah ahli jawatankuasa (AJK), namun tidak dinyatakan lokasinya. Sementara itu, menerusi Twitter @nazira_rahim, mengesahkan surat itu adalah milik anaknya, namun ia ditulis pada 2017 dan kembali tular. Surat ini telah diserahkan kepada pihak masjid yang berkenaan pada 2017 dan selepas kejadian itu, dia tidak lagi dihalau untuk solat di saf belakang.
Seperti di surau atau masjid-masjid di dunia, ramai jemaah tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak berebut-rebut untuk mendapat tempat di saf paling hadapan ketika solat berjemaah. Oleh itu, jika hak kita untuk beribadat tidak dipedulikan ia boleh memberi tekanan kepada emosi kerana solat sepatutnya adalah hak semua manusia tanpa mengira pangkat atau usia.
Begitu juga di tempat paling suci umat Islam iaitu di Mekah, jemaah berebut-rebut untuk menunaikan solat di saf paling depan berhadapan dengan Kaabah.
Ini ada tip dan cara diberikan oleh jemaah Malaysia yang berpeluang mendapat tempat di saf paling hadapan di depan Kaabah.
Baca perkongsiaan ini:
Sempena hari jumaat yang sangat mulia ini. Saya nak kongsikan tip dan pengalaman abang long saya dapat peluang solat di Saf Pertama depan Ka'abah. Kami wanita memang tak dibenarkan solat di kawasan hadapan. Demi menjaga aurat dan pergaulan. Khalas. Bahagian wanita masih boleh nampak kaabah dengan jelas juga. Jangan risau.
Ok ini tip dari abang long :
1. Masuk masjid 1 jam sebelum waktu solat. Paling lewat 45 minit sebelum. Jika tidak kawasan dalam dah pack.
2. Sepanjang 1 jam di dalam kawasan tawaf, lakukan tawaf sunat dan doa banyak-banyak agar direzeki kan solat di saf pertama. Insha Allah. Allah maha baik.
3. Sepanjang tawaf (ini penting), sebaik saja adzan berkumandang sedikit demi sedikit kecilkan diameter tawaf dan mendekat kepada kaaabah. (Allah rindu nya saya nak sentuh kaabah).
4. Apabila telah dapat spot di depan kaabah berikan kerjasama kepada petugas/tentera di sana. Biasanya mereka tak akan pilih bangsa. Semua bangsa/warganegara berpeluang.
Alhamdulillah dengan tips ini, dekat 5 kali abang saya berpeluang solat saf pertama. Jika tak dapat saf pertama, dapat saf kedua dan ketiga. Masha Allah, cemburu sangat pada kaum adam ni kan.
Walaubagaimanapun, hati kena kental, tahan tolakan dari saudara kita yang fizikal nya lebih besar. Biasalah bila dah ramai-ramai kan. Mereka tak sengaja dan tak nampak kita yang agak kecil ni.
Last : Jangan ambil gambar atau cuba nak selfie dengan imam besar Masjidil Haram. Mereka di kawal ketat oleh tentera di sana demi keselamatan imam-imam ini. Hormati tugas mereka.
p/s: Kalian pelik tak? tengok tapak tangan haji sebelah abang long ina tu? Macam luka kan? Hurmm.
: Best solat saf pertama. Abang long pernah dapat minyak wangi, air botol zam zam design khas untuk jemaah saf pertama. Di muliakan begitu sekali. Siap ada carpet tebal wangi di hadapan sana.
Sekian, semoga perkongsian ini dapat memberikan tips kepada kalian yang akan menunaikan umrah pada masa akan datang dan teringin solat di saf pertama. Aaminn.
Sumber: FB Zalina Zainal
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI