Kalau ada masa anda boleh cuba buat carian di laman sosial mengenai Pulau Rawa. Kecantikkan dan keunikan pulau ini memang tidak boleh disangkal lagi. Macam tidak percaya lokasinya hanya di negara kita sahaja.

Pulau Rawa merupakan antara pulau yang tercantik ada di Johor. Pulau Rawa sering dihebahkan dalam laman sosial atau mulut ke mulut oleh pengunjung yang pernah menjejakkan kaki ke sini ibarat Maldives kepada Johor dek kecantikan perairannya persis di negara kepulauan itu.

Cara ke Pulau Rawa:

  • Jika anda dari Kuala Lumpur teruskan perjalanan ke Mersing menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, keluar di Plaza Tol Air Hitam. Teruskan ke Kluang dan ikut laluan ke Mersing.
  • Setiba di Mersing, terus ke Terminal Feri Mersing dan ambil perkhidmatan bot laju terus ke Pulau Rawa.

Ketika ini, hanya ada dua resort di Pulau Rawa iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Jika anda memilih untuk menginap di Alang’s Rawa, ini ada tip perkongsian daripada saudari Ayu Hasman

Pulau Rawa terletak kira-kira 16km dari jeti Mersing. Kalau naik bot, lebih kurang 20-25 minit. Di pulau ni hanya terdapat dua buah resort sahaja iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Kedua-dua resort ni terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Ads

Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara

Mana satu resort yang paling best?
Haa soalan tu sangat subjektif. Sebabnya masing-masing ada kelebihan tersendiri. Kalau korang jenis nak laidback, chill2 dan santai, korang boleh menginap di Alang’s Rawa. Tapi kalau nak lebih selesa dan datang dengan family, boleh la menginap di Rawa Island Resort. Sebab di Alang’s Rawa, dorang hanya provide basic facilities. Walaupun basic, saya okay je sebab kat sini chalet tak banyak. Ada 14 unit je. So takde la crowded. Korang boleh photoshoot puas-puas takde orang kacau. Lepas tu, lokasi dia best. Semua chalet menghadap laut. Few steps away to the beach gittew. Personally, kalau berpeluang lagi ke Rawa… Saya akan repeat untuk menginap di Alang’s Rawa. Walaupun tak ada aircond mahupun hot shower, tapi lokasi dia memang terbaik. Dekat dengan laut. Senang nak terjun mandi.

Aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang di Rawa:

Ads
  • Snorkeling
  • Kayaking
  • Island walk
  • Sunset trekking
  • Stargazing
  • Diving
  • Water sliding (untuk yang menginap di Rawa Island Resort)

Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara

Soalan famous, berapa kos untuk ke sini?
Kitorang ambil pakej 3D2N. Harga terkini boleh rujuk di website Alang’s Rawa. Kalau pergi berdua, mahal lah sikit. Kalau ramai, boleh la share the cost. Pakej termasuk:

  • Return boat
  • Meals (Exclude drinks)
  • Activities
  • Accommodation

Waktu yang sesuai untuk ke Rawa?
Tak semua bulan kecuali December dan January. Sebab time ni monsoon.

Ads

Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara

Macam mana nak book pakej?
Korang boleh hubungi resort melalui contact number / email di website. Overall, saya sangat berpuas hati dengan service yang diberikan. Penginapan bersih, toilet selesa, bilik selesa, makan sedap, bot punctual, staff friendly dan helpful. Highly recommended.

Jom masuk pulau~

Tip Bercuti Ke Alang’s Rawa, Johor. Ramai Teringin Nak Ke Sini Tapi Tak Tahu Cara

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI