Cantik sangat homestay berkonsepkan Tiny Cottage House yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan ini.
Tiny Cottage House
Rumah kecil atau tiny house kini menjadi kegilaan ramai di Malaysia dan pemiliknya telah mendapat ispirasi untuk membina tiny house ini dari Pinterest.
Ramai yang tertarik dengan warna dan dekorasi yang cukup kreatif, terasa seperti berada di negara luar bukan di Malaysia. Kalau anda sudah bosan duduk hotel, apa kata try check in sini pula.
Bagi yang suka OOTD pasti akan gemar dengan lokasi rumah ini yang terletak di Port Dickson. Melihat pada pemilihan warna yang terang seperti biru dan kuning membuatkan seperti rumah mainan.
Ruangan dalaman pun sangat selesa dan cantik tuan rumah deko, jom tengok!
Kalau anda suka konsep rumah ini, boleh ke Port Dickson untuk merasai sendiri pengalaman tinggal di dalam tiny house.
Lokasi:
Cottage Homes PD
Kredit: Yuslan Ibrahim
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Destinasi Percutian DIY Yang Best Di Negeri Pahang Darul Makmur
Negeri Pahang Darul Makmur cukup terkenal dengan kekayaan hasil buminya yang melimpah ruah, jadi di entri ini Libur nak kongsikan beberapa lokasi yang menarik untuk anda plan DIY trip ke negeri Pahang Darul Makmur.
Ada beberapa lagi lokasi yang menarik yang akan Libur kongsikan di artikel yang seterusnya. Stay tuned!
Rumah Terbalik Bantong atau Bentong Upside Down House
Bangunan rumah kedai tiga tingkat ini dibahagikan kepada tiga tema untuk setiap tingkat, iaitu tema 70’an untuk tingkat satu, tema moden untuk tingkat dua dan tema kekeluargaan di tingkat tiga.
Apa yang membuatkan rumah terbalik 3 tingkat ini begitu istimewa? Segala perabot dan kekemasan dalaman disusun 180 atau 90 darjah terbalik. Lantai rumah kampung tradisional ini diperbuat daripada kayu dan diserikan lagi bersama beberapa barangan antik untuk tatapan pengunjung yang datang.
Beberapa permainan kanak-kanak tradisional Malaysia juga dipamerkan. Apa yang lebih menarik adalah bar JG Snack yang menyajikan beberapa kegemaran snek kanak-kanak pada tahun 1980an & 1990an seperti ais kepal, aiskrim Malaysia, Milo Dinosaur, air cincau dan ABC.
Caj yang dikenakan juga berpatutan, iaitu RM20.00 bagi dewasa, RM15.00 bagi pelajar beruniform dan RM12.00 bagi kanak-kanak dan warga emas. Terdapat juga pakej keluarga yang bernilai RM53.00 bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah di beri masuk secara percuma. Manakala bagi yang datang secara berkumpulan lebih dari sepuluh orang, di beri satu tiket percuma. Waktu operasi adalah dari jam 10.00 pagi hingga jam 7.00 petang.
Cameron Highlands
Terdapat banyak perkara untuk dilihat dan boleh dilakukan di Cameron Highlands, seperti menginap di resort dataran tinggi terbesar di Malaysia, berjalan melalui kampung-kampung kecil yang indah, melawat ke taman rama-rama, kebun strawberry, ladang madu lebah dan ladang teh atau ke tempat-tempat makan yang best di di kawasan tanah tinggi di negara ini.
Itu adalah aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan santai yang boleh dialami di sini. Anda pasti teruja dengan cuaca yang ada di Cameron Highlands. Beberapa hari keluar dari kawasan panas di tanah rendah pasti mengecas semula ‘bateri’ tenaga anda.
Satu lagi aktiviti popular di Cameron Highlands yang kini menjadi tradisi, adalah menikmati hidangan teh dan juga scone. Tradisi Inggeris ini bermula pada zaman ketika pegawai kolonial Inggeris menggunakan lokasi tanah tinggi ini sebagai percutian yang sejuk. Selain daripada itu, melihat dan mengamati burung juga merupakan aktiviti yang popular di sini.
Bukit Fraser
Terletak di tengah-tengah hutan hujan negeri Pahang ini pekan kecil yang dipanggil sebagia Bukit Fraser. Di ketinggian 1,524 meter di atas paras laut, resort tanah tinggi ini adalah syurga alam semula jadi yang mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan, spesies burung dan juga haiwan.
Tempat ini popular untuk mereka yang berminat dengan aktiviti alam semulajadi seperti trekking, melihat burung, menunggang kuda, memancing dan berkhemah.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang ini merupakan peluang yang jarang dan hebat untuk anda bagi mendekati spesis gajah Malaysia yang unik.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah di Pahang akan memberi anda peluang yang jarang didapati di tempat lain untuk belajar tentang gergasi hutan ini.
Dapatkan peluang untuk berjalan bersama gajah melalui kawasan hutan dengan bantuan panduan gajah atau mahout.
Bagi yang berani dengan cabaran, ada peluang untuk mengambil gajah ke sungai dan membantu gajah-gajah ini mandi! Tidak ada peluang yang lebih baik daripada ini untuk berhubung dengan ‘abang long’ belantara melainkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini.
Dianggarkan terdapat hanya 1,200 Gajah Asia liar, yang juga dikenali sebagai Elephus Maximus, berada di Malaysia dan pusat ini adalah satu-satunya pusat pemuliharaan yang ditubuhkan untuk melindungi habitat yang terancam ini.
Gajah-gajah di sini telah diselamatkan dari seluruh Semenanjung Malaysia, dan pusat iin memberikan mereka tempat perlindungan yang selamat daripada ancaman pemburu haram.
Gua Merapoh
Negeri Pahang sememangnya terkenal dengan kekayaan alam semula jadinya. Selain mempunyai Taman Negara yang terkenal di dunia, Pahang juga terdapat pelbagai jenis gua bertaraf dunia yang boleh diterokai oleh peminat gua. Ada di antara gua-gua yang hebat ini boleh didapati di sebuah bandar kecil bernama Merapoh.
Gua Merapoh memiliki sejumlah 85 gua yang boleh diterokai dan dipercayai berusia lebih dari 130 juta tahun. Jadi, tidak hairanlah Merapoh, yang terletak di daerah Lipis, Pahang dianggap sebagai syurga bagi peneroka gua. Terdapat beberapa gua bertaraf dunia di Merapoh. Ada yang mempunyai bilik besar, dipenuhi dengan formasi yang unik atau mempunyai geologi yang menarik, dan yang lebih mengagumkan adalah ada gua yang tersembunyi kolam air jernih yang menampung pelbagai spesies fauna.
Secara umum, gua-gua di Merapoh boleh dikategorikan sebagai gua persembahan, gua pengembaraan dan gua arkeologi. Sebagai contoh, Gua Hari Malaysia mempunyai sungai sepanjang satu kilometer yang mengalir melaluinya, membentuk air terjun dan kolam renang. Ini adalah jenis gua yang baik untuk memanjat, merangkak, berenang, menyeberang, manakala Gua Seribu Cerita mempunyai banyak lukisan gua untuk diterokai dan dilihat. Gua Tahi Bintang, yang namanya berasal dari satu dinding yang penuh dengan pembentukan berbintang yang menyerupai tahi bintang, juga mempunyai beberapa lukisan gua. Lukisan-lukisan itu dipercayai ditarik dengan karangan antara 100 dan 200 tahun yang lalu.
Kaya dengan kepelbagaian biologi, pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang ditemui oleh penyelidik tempatan dan antarabangsa di beberapa gua di Merapoh, gua-gua di sini sangat sesuai untuk diterokai.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perintah Kawalan Pergerakan Selama 14 Hari Di Malaysia Sehingga 31 Mac 2020
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perdana Menteri berkata, beliau sedar rakyat di negara ini mungkin merasakan tindakan yang diambil oleh kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi:
- Pertama – Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac.
- Kedua – Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.
- Ketiga – Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
- Keempat – Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
- Kelima – Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
- Keenam – Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Panduan Untuk ‘Round’ Taman Negara Niah, Eksplorasi Tamadun Yang Diiktiraf Dunia!
Taman Negara Niah yang terletak kira-kira 105km dari Miri sememangnya mempunyai keunikan, dan salah satunya ialah Guah Niah itu sendiri.
Terletak berhampiran pekan Batu Niah dan hanya dipisahkan oleh Sungai Niah, taman negara ini sentiasa menggamit pelancong asing dan penduduk tempatan. Tarikan utamanya sudah tentu gua-gua yang pernah menjadi penempatan terawal manusia zaman Praneolitik dan Neolitik kira-kira 40,000 tahun lalu. Menurut catatan pengkaji, pelbagai artifak prasejarah telah dijumpai di dalam gua tersebut.
- Untuk datang ke sini, pengunjung perlu menggunakan bot menyeberangi Sungai Niah ke Pangkalan Lobang menggunakan perkhidmatan bot penambang.
- Pengunjung tidak dibenarkan sama sekali berenang atau menyeberangi sungai ini kerana dikhuatiri diancam sang buaya.
- Kemudian pengunjung perlu berjalan mengikut trek yang disediakan kira-kira sejauh 5km untuk sampai ke pintu gua. Perjalanan jauh menjejaki tamadun manusia di Gua Niah pasti berbaloi walaupun baju basah lencun dek peluh dan juga hujan yang kadangkala turun dipertengahan jalan.
- Oleh sebab itu, pengunjung disarankan membawa baju hujan ataupun ponco walaupun ketika itu cuaca terik. Namun jangan risau jika panas tarik, kerana bahang kepanasan itu tidak akan terasa kerana dilindungi pokok-pokok.
- Bagi yang terlupa membawa bekalan minuman, tidak perlu risau kerana sebelum sampai ke pintu gua, anda akan menemui beberapa penduduk rumah panjang berdekatan menjual minuman dan juga cenderahati.
- Keletihan meniti trek jambatan kayu pasti sedikit hilang tatkala terhidu bau najis kelawar dan burung walid, ini kerana ia menandakan pintu gua semakin hampir dengan kedudukan anda.
- Bagi yang pertama kali menjejaki gua ini, jangan keliru kerana gua pertama yang ditempuhi merupakan Gua Dagang manakala Gua Niah pula terletak hanya beberapa meter dari situ.
- Pengunjung dinasihatkan supaya membawa lampu suluh sebelum masuk ke dalam Gua Niah kerana keadaan dalam gua sangat gelap.
- Bahagian barat Gua Niah dikatakan kawasan yang paling kaya dengan kesan sejarah. Ia bukan sahaja penting kepada sejarah Borneo, tetapi juga terhadap tamadun manusia sejagat. Salah satu daripada tengkorak manusia tertua di dunia juga telah dijumpai di sini.
- Setibanya di pintu gua pengunjung dapat melihat bekas tapak penggalian arkeologi yang menandakan kewujudan manusia.
Bukti kewujudan tengkorak manusia kuno berkenaan ditemui pada 7 Februari 1958 sekali gus disebut penemuan paling penting di Asia Tenggara pada ketika itu. Penemuan itu menarik kedatangan ahli arkeologi yang membawa kepada penemuan-penemuan lain termasuk subang jed, bekas tembikar, peralatan batu, cengkerang, dan tulang.
Jauh di bahagian dalam mulut gua tersebut adalah tempat pengkebumian manusia zaman Neolitik yang menempatkan beratus tapak perkuburan. Bagi pelawat yang ingin mengetahui secara lanjutan mengenai sejarah gua ini, sebahagian artifak berkenaan terdapat di Muzium Arkeologi Niah yang terletak di Pangkalan Lobang.
Aksi Bahaya Si Pemungut Sarang Burung
Nama Gua Dagang diambil sempena aktiviti popular dilakukan di gua itu satu ketika dahulu iaitu lokasi pedagang tempatan untuk berjual-beli sarang burung walit. Pengunjung yang ke gua ini masih dapat melihat bekas tapak seperti tiang pondok pemungut dan penjual sarang burung walit yang ditinggalkan beberapa dekad lalu.
Malah jika bernasib baik, pengunjung berpeluang melihat kegiatan memungut sarang burung walit oleh pemungut tempatan yang masih diteruskan secara kecil-kecilan. Sedikit kagum pasti terdetik dalam hati menyaksikan si pemungut bertarung nyawa memanjat tiang kayu atau buluh dan digantung di siling gua yang tingginya menyamai bangunan tujuh, lapan tingkat demi mencari sarang burung walit. Ini dek kerana harga sarang burung walit yang belum diproses itu bernilai ribuan ringgit.
AMARAN! Jika berpeluang melihat aktiviti ini, pengunjung dinasihatkan tidak menyuluh cahaya ke arah mereka agar tidak menyilaukan mata para pemungut lalu boleh mengakibatkan mereka jatuh.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI