Pulau Langkawi tidak dinafikan sebuah pulau popular di Malaysia dan mempunyai panorama yang sangat indah/ Malah, pulau lagenda itu mampu untuk memikat hati sesiapa sahaja dan membuatkan mereka datang dan datang lagi ke pulau tersebut.
Ditambah pula dengan penyeri hidupan laut di Pulau Langkawi iaitu ikan lumba-lumba, sudah tentu akan membuatkan pelancong yang datang berasa teruja untuk melihat sendiri haiwan paling pintar di dunia itu dengan mata kepala mereka sendiri.
Tapi minggu lalu berlaku satu kejadian malang kepada seekor ikan lumba-lumba akibat terbeli tali yang diikat pada sebatang kayu di muara Sungai Kilim dan tindakan pantas seorang pemandu bot pelancong berjaya menyelamatkan nyawa seekor ikan lumba-lumba tersebut.
Menerusi perkongsian video oleh Afiq Ali, ketika kejadian kira-kira pukul 9.00 pagi, dia bersama seorang rakan dalam perjalanan menuju ke pantai Teluk Mempelam dan pantai Gua Cherita dari Jeti Pelancongan Sungai Kilim.
Kira-kira dua kilometer dari Jeti Pelancongan Sungai Kilim di satu lokasi dikenali sebagai Pintu Kilim, beliau melihat sebatang kayu yang biasa digunakan untuk mengikat pukat bergerak perlahan di depan bot dan pada masa yang sama, beliau nampak dua atau tiga ekor ikan lumba-lumba lain berenang-renang berhampiran kayu itu.
Melihat kepada keadaan itu, Afiq dapat merasakan ada ikan lumba-lumba yang tersangkut pada kayu yang bergerak itu. Beliau terpaksa mengemudi bot hampir 30 minit sebelum berjaya memegang kayu itu kemudian tarik ikan tersebut ke atas untuk potong tali yang terbelit pada mulut ikan lumba-lumba berkenaan.
Semasa proses memotong tali yang terbelit pada ikan lumba-lumba berkenaan, Afiq juga ternampak kesan luka pada badan ikan lumba-lumba itu dipercayai akibat terkena pukat.
Perkongsian video daripada Afiq itu turut menjelaskan bahawa pukat itu dipercayai ditinggalkan oleh nelayan dan kemungkinan tali yang digunakan untuk mengikat pukat pada kayu itu putus dan dibawa arus ke kawasan lain sebelum terbelit pada ikan lumba-lumba tersebut.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI