Tiket Keretapi Balik Kampung Sempena Aidilfitri Mula Dijual 10 April. Bahang Nak Puasa Dah Terasa

Share

Tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik ETS dan KTM Intercity sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan mula dijual pada 10 April 2019 oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menurut Unit Komunikasi Korporat KTMB, orang ramai yang mahu menaiki kereta api untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri boleh mendapatkan tiket berkenaan bermula pukul 8.30 pagi rabu depan.

Difahamkan, tiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity dijual bagi perjalanan antara tarikh 1 Mei sehingga 16 Jun tahun ini berdasarkan jadual waktu perjalanan yang disediakan.

Sebanyak 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTM Intercity disediakan bagi menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan itu. Manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral-Woodlands-JB Sentral) kekal seperti biasa

Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, Portal KTMB atau menerusi aplikasi telefon pintar KTM MobTicket serta di kaunter-kaunter tiket KTMB

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KTM Berhad www.ktmb.com.my, laman sosial KTM Berhad di Facebook (KTM Berhad), Instagram (@ktmbofficial) dan Twitter (@ktm_berhad) atau menerusi Pusat Panggilan KTM Berhad 24 jam setiap hari di talian 0322671200.

Sumber: Sinar Harian

Oleh
Husna