Tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik ETS dan KTM Intercity sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan mula dijual pada 10 April 2019 oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menurut Unit Komunikasi Korporat KTMB, orang ramai yang mahu menaiki kereta api untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri boleh mendapatkan tiket berkenaan bermula pukul 8.30 pagi rabu depan.
Difahamkan, tiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity dijual bagi perjalanan antara tarikh 1 Mei sehingga 16 Jun tahun ini berdasarkan jadual waktu perjalanan yang disediakan.
Ads
Sebanyak 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTM Intercity disediakan bagi menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan itu. Manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral-Woodlands-JB Sentral) kekal seperti biasa
Ads
Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, Portal KTMB atau menerusi aplikasi telefon pintar KTM MobTicket serta di kaunter-kaunter tiket KTMB
Ads
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KTM Berhad www.ktmb.com.my, laman sosial KTM Berhad di Facebook (KTM Berhad), Instagram (@ktmbofficial) dan Twitter (@ktm_berhad) atau menerusi Pusat Panggilan KTM Berhad 24 jam setiap hari di talian 0322671200.
Kalau singgah Pantai Tanjung Buluh Johor yang terletak di Sedili Kechil, Daerah Kota Tinggi, anda pasti tenang apabila melihat pemadangan indah air menghempas pasir. Cukup puas untuk release tension setelah lelah mencari rezeki.
Pantai Tanjung Buluh Johor
Apa yang menarik, suasana mahal di sini terutama ketika matahari terbit dan terbenam menjadikan pantai ini antara pantai awam yang kerap dikunjungi orang ramai yang ingin beriadah bersama keluarga tersayang. Tempat terjaga dan tiada sebarang bayaran kemasukan dikenakan.
Nak Berkhemah Pun Boleh
Sesuai untuk dijadikan spot bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan, di Pantai Tanjung Buluh terdapat kemudahan seperti taman permainan, buaian, banyak tempat menarik untuk bergambar, tapak perkhemahan, bilik air dan tempat bilasan, dan sesuai untuk berkelah di petang hari.
Ramai pengunjung suka singgah sini untuk ‘berootd’ dan layan teduhkan emosi yang penat dengan melihat sekitar lokasi yang tak serabut untuk dipandang.
Lokasi:
Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berikutan pandemik wabak COVID-19 yang telah mengakibatkan sekatan perjalanan oleh beberapa negara, Kumpulan AirAsia akan melaksanakan penggantungan sementara untuk hampir kesemua penerbangan dalam rangkaiannya.
Pengumuman ini dibuat untuk dan bagi pihak, dan seperti yang dipersetujui oleh syarikat-syarikat penerbangan yang dikendalikan di bawah Kumpulan AirAsia dan Kumpulan AirAsia X seperti berikut:
AirAsia (Penerbangan jarak dekat)
AirAsia Malaysia (AK): Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dan domestik dari 28 Mac hingga 21 April 2020.
AirAsia Filipina: Penggantungan sementara semua penerbangan dari 20 Mac hingga 14 April 2020 berikutan tempoh kuarantin komuniti di Luzon dan masih beroperasi kawasan lain di negara itu;
AirAsia Thailand (FD): Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dari 22 Mac 2020 hingga 25 April 2020, penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah.
AirAsia Indonesia (QZ): Mengurangkan jumlah penerbangan antarabangsa, penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah.
AirAsia India (I5): Penggantungan sementara semua penerbangan dari 25 Mac untuk tempoh 21 hari berikutan pengumuman kerajaan India untuk menggantung sementara penerbangan domestik di India.
AirAsia X (Penerbangan jarak sederhana dan jauh)
AirAsia X Malaysia (D7): Penggantungan sementara hampir semua penerbangan dari 28 Mac 2020 hingga 31 Mei 2020. (Kod penerbangan D7 hanya terbang ke laluan antarbangsa).
AirAsia X Thailand (XJ): Penggantungan sementara semua penerbangan dari 16 Mac 2020 untuk tempoh tiga bulan; penerbangan DMK-ICN digantung hingga 19 April 2020, (Kod penerbangan XJ hanya terbang ke laluan antarabangsas).
Pendaki Malaysia yang ditemui selamat selepas terkandas di Nepal, berhampiran puncak Gunung Annapurna bulan lalu, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura (NUH) semalam.
Dr Chin merupakan seorang pakar bius di Hospital Besar Ng Teng Fong di Singapura. Pada 23 April lalu dia dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Annapurna. Dr Chin terkandas berhampiran Gunung Annapurna selepas terpisah dengan kumpulan 30 pendaki lain ketika menuruni gunung itu Selasa lalu. Mangsa berjaya mendaki gunung setinggi 8,100 meter itu namun gagal kembali ke kem berhampiran yang terletak kira-kira satu kilometer dari puncak. Bagaimanapun, sebuah helikopter penyelamat mengesan Dr Chin melambai dari cerun salji sebelum diselamatkan. Selepas ditemui selamat, dia pada mulanya dirawat di sebuah hospital di Kathmandu, sebelum dibawa ke NUH.
Menurut laporan sebelum ini melaporkan doktor yang memberi rawatan awal kepadanya berkata, selain degupan jantung dan suhu badan amat rendah, Dr Chin juga mengalami hipotermia teruk dan mempunyai kesan gigitan fros di bahagian tangan dan kaki.
Posting terakhir di Facebook Dr Chin ialah pada 21 April, menceritakan mengenai pendakiannya yang kemudiannya berakhir dengan terkandas selama lebih 43 jam sebelum diselamatkan.
21 April 2019Reached camp 3 at 16:00 HR, after 9.5 hours climb.It was scary at the ice cliff, I am glad to make it up to camp 3The heavy snow had set in.
Upacara penghormatan terakhir untuk mendiang Dr Chin Wui Kin, 48 tahun, dijalankan di sebuah kuil Buddha di Bukit Merah. Isterinya Thanaporn Lorchirachoonkul enggan mengulas dan memohon privasi.
Koleksi Gambar Mendiang Dr Chin Sebelum Pendakian Gunung Annapurna
Sunday 24 March 2019 |Singapore – Finally Packed and Checked. Total weight 59Kg!
Mon 25 March 2019 |Thamel. Kathmandu. – Dinner with Nima Tshering Sherpa He has 4 summits. Everest, Lhotse, Manaslu and K2. It will be our first attempt on Annapurna and Kangchenjunga. Weather has not been good recently. Heavy snow fall on Annapurna. High avalanche risk. Fear has seeped in.
Tues 26 March 2019 |Boudhanath, Kathmandu.We came to pray for blessings and permission for our pilgrimage to Annapurna. What happens next is left to our own Karma.
Wed 27 March 2019 |Holy Himalaya Hotel, Kathmandu. Singapore celebrity. First on Manaslu in 2018.In the Straits Times few days ago! Must take a photo together to prove I’ve rubbed shoulders with him.
Wed 27 March 2019 |Hotel Annapurna, Kathmandu – This is it.Team Annapurna. Departing for Porkara.
Wednesday 27 March 2019 |Kathmandu.Annapurna Climbing Permit. Our team members.
Thursday 28 March 2019 |Tatopani, Nepal. A long day of bumpy bus ride. 12 hours journey.Tomorrow we are flying up to base camp by helicopter.
Friday 29 March 2019 |Tatopani -Team 1 flying up to base camp with equipment.
Annapurna |6 April 2019 – Puja ceremony, the weather forecast is not too favourable. Hope the weather will improve.
7 April 2019 – Reaching camp 1 after 4.5 hours. It was a technical climb.Staying at camp 1 overnight. Hopefully can make rotation to camp 2 tomorrow, camp 3 the next day and return to Base Camp on April 10. Currently the weather is bad with heavy snow.