Pengguna perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar yang merancang untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidiladha sudah boleh mendapatkan tiket perkhidmatan ini dengan segera.
Tiket Kereta Api ETS Untuk Raya Aidiladha Dah Mula Dijual. Beli Segera Untuk Dapatkan Tambang Lebih Rendah

Bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat mendadak pada waktu puncak dan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, sebanyak 40 perkhidmatan ETS akan ditawarkan sempena musim balik kampung membabitkan perjalanan antara 29 Julai hingga 3 Ogos. KTMB turut menyediakan 18 perkhidmatan KTM Antarabandar khusus bagi penumpang yang akan pulang ke kampung ke pelbagai destinasi termasuk di selatan dan Pantai Timur Semenanjung. Pembukaan jualan tiket itu telah dibuka serentak di semua stesen dan menerusi sistem dalam talian KTMB.

Ads
  • Penjualan tiket membabitkan perjalanan bagi tempoh 15 Julai hingga 30 September ini.
  • Pengguna dinasihatkan membeli tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan penjimatan berganda.
  • Pengguna yang melakukan pembelian lebih awal boleh melakukan pemilihan tempat duduk berbanding mereka yang mendapatkannya pada saat akhir.

Pembelian secara dalam talian boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi KTMB iaitu www.ktmb.com.my atau menggunakan aplikasi telefon pintar menerusi KTM MobTicket. Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Talian KTMB di talian 03-22671200 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Tiket Kereta Api ETS Untuk Raya Aidiladha Dah Mula Dijual. Beli Segera Untuk Dapatkan Tambang Lebih Rendah

Tiket Kereta Api ETS Untuk Raya Aidiladha Dah Mula Dijual. Beli Segera Untuk Dapatkan Tambang Lebih Rendah

Tiket Kereta Api ETS Untuk Raya Aidiladha Dah Mula Dijual. Beli Segera Untuk Dapatkan Tambang Lebih Rendah

Tiket Kereta Api ETS Untuk Raya Aidiladha Dah Mula Dijual. Beli Segera Untuk Dapatkan Tambang Lebih Rendah

Ads
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI