Di fasa umur remaja,
Kamu miliki masa & tenaga,
Tapi kamu tidak mempunyai harta.
Ketika fasa berkerja
Kamu miliki harta & tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.
Ketika fasa usia tua
Kamu miliki harta & masa
Tapi kamu tidak mempunyai tenaga.
Inilah kehidupan..
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu,
Diambil sesuatu yang lain dari kamu.
Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita,
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka.
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah:
Merasa cukup dan bersyukur dengan kecukupan ini
Yang hidup di kampung berasa nak ke bandar, yang di bandar pula ingin pulang ke kampung…
Bila hujan, kita tanya bila laa nak kemarau… Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun..
Bila duduk di rumah, rasa nak keluar.. Bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah…
Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai, bila ramai orang pula jadi serabut perut, berasa nak kepada kesunyian…
Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki?
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukurlah atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukurlah atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukurlah atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukurlah atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukurlah dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki..
Kerana segala yang ada di duinia ini tidak berkekalan..