Memang syok bila tidur malam ditemani bunyi deruan air terjun. Cukup mendamaikan dan tenang. Itulah pengalaman yang biasanya camper dapat bila berkhemah di satu-satu campsite.
Yanie Haron berkongsi pengalaman camping di Takah Pengkoi campsite selama 2 hari 1 malam yang disifatkannya cukup menarik meskipun tapak campsite di sini agak terhad.
Bila dapat rehat sambil dengar deruan air cukup mendamaikan tambah pula lokasi yang berdekatan dengan sungai, anak-anak pun seronok dan mandi-manda.
Jom ikuti perkongsiannya:
Takah Pengkoi, Bekok, Segamat, Johor | 2-3 Julai 2022 | 2h 1m
Kawasan yang dijaga oleh orang asli dan dimajukan menjadi tempat rekreasi yang dapat dikunjungi oleh orang ramai. Tempat cantik, kawasan bersih, air bersih dan jernih.
Lama dah duk tengok tempat ni dari awal-awal camping dulu. Akhir nya sampai jugak kami ke sini. Dalam 2 jam je dari Melaka. Seawal jam 5 am dah gerak. Solat subuh di Tangkak. Teruskan perjalanan, dalam 7 am ++ dah sampai ke sini.
Ads
Masa sampai tu, campers yang masuk semalam dah ada la. Tapi orang awam yang picnic belum sampai lagi. So dapatlah kami pilih tapak bawah yang agak ok dan tenang jugak la sebab paling hujung kan. Jadi bukan laluan orang. Tapi perlu seberang sungai.
Tapak kat sini agak limit dan tak besar mana setiap satu tu. Khemah jenis dome memang sangat sesuai. Tapak ada sampai level 4 tapi jenuhla nak berangkut kalau camping kat atas-atas tu. Yang camping bawah pun jenuh dah. Biasa la air terjun kan, memang kene turun naik tangga.
Detail campsite;
Ads
Fee Camping rm40 (adult), Picnic rm15 (adult)
Toilet (cangkung) & bilik mandi
Surau
Sinki (mungkin di sesetengah kawasan. Yg pasti kat tpt kami level bawah, ada)
Ads
Parking (kawasan parking)
Stream (air terjun & sungai)
Laluan masuk boleh access semua kenderaan, bersimen lebih kurang 3km (rujuk video)
Coverage telco; kebanyakannya (Tapi maxis, hp sis yang Reno 2 tak ada line, yang Reno 6 ada jugak. Lepas la untuk wasap & calll . Tapi on off)
Overall Takah Pengkoi ni buat kami rasa nak repeat walaupun tapak agak limit, ramai orang picnic dan jenuh nak ngangkut sebab kene naik turun naik tangga. Tapi malam tido dengar deruan air, tempat redup dan tenang, air terjun best rasa nak berendam je, sejuk dan segar.
Ini salah satu resort kabin baru yang pertama di Port Dickson, Negeri Sembilan. Hujung minggu atau musim cuti, agak tak ada plan ke mana-mana, boleh terus hala ke sini bersama keluarga tersayang.
Cukup sesuai untuk anda yang nak lari dari kesibukan kota kerana tempatnya dekat sangat dengan pantai, siap depan kolam mandi lagi. Tenang sangat!
Nama tempat ini ialah Solesor Kampong Beach Resort, bilik atau unit-unit dekat sini daripada kabin yang estetik. Mempunyai landscape cantik.
Nak tengok pemandangan pada waktu malam, dihiasi dengan kampu-lampu. Yang minat bergambar, mesti suka.
Hah, kalau anda masih mencari tempat tenangkan emosi, mungkin resort kabin ini sesuai! Jangan lupa booking awal, nanti penuh!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia, Johor mempunyai banyak destinasi hijau dan semulajadi yang menarik. Kebanyakkan lokasi ini sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa kemudahan pelancongan yang lebih selesa untuk kunjungan ramai.
Lokasi hijau di Johor ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur dan pasti akan memberi pengalaman yang menakjubkan!
Taman Negara Endau- Rompin
Merupakan taman negara kedua terbesar di Malaysia meliputi kawasan seluas lebih 80,000 hektar. Taman Negara Endau – Rompin berusia 250 juta tahun menjadikannya antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Taman Negara ini kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna termasuk yang jarang-jarang ditemui. Alamat: Taman Negara Endau – Rompin, Mersing, Johor
Taman Negara Tanjung Piai
Di sini terletaknya destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor. Kalau ada yang belum tahu, ‘Tip of Asia’ ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara Tanjung Piai.
Port ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk merakam foto kenangan di arca globe bersaiz besar sebagai ‘saksi’ mereka pernah menjejakkan kaki di lokasi paling hujung Asia. Dari lokasi ini juga pengunjung boleh melihat dua negara yang berbeza iaitu negara Singapura dan Pulau Pisang, Indonesia.
T
aman Negara Tanjung Piai turut tersenarai dalam senarai Ramsar iaitu senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah mengelilingi hutan paya bakau, melihat sekeliling hutan dari menara tinjau, berkhemah dan memancing. Alamat: Mukim Serkat, 82030 Pontian, Johor
Taman Negara Pulau Kukup
Keindahan biodiversiti menjadi tarikan utama di Taman Negara Johor Pulau Kukup yang merupakan satu pulau paya bakau terbesar di dunia yang tidak didiami. Tarikannya biodiversitinya antara lain ialah 27 spesies bakau asli yang popular iaitu bakau kurap dan bakau minyak selain spesies mamalia, reptilia, dan spesies ikan yang terdapat di taman negara itu.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah mengelilingi hutan paya bakau, menyusuri Sungai Ular dengan menaiki bot, dan menyaksikan pemandangan pulau dari menara tinjau. Alamat: Lot 1319, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor
Taman Negara Gunung Ledang
Gunung Ledang sememangnya sinonim dengan masyarakat di negara ini. Baik yang muda apatah lagi yang tua pasti pernah mendengar kisah mengenainya. Tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara dan jambatan emas merupakan antara syarat yang dikenakan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah yang ingin meminangnya.
Biarpun terlalu banyak kisah mistik masih menyelubungi gunung itu, namun ia bukan penghalang kepada para pendaki baik dari dalam mahupun luar negara untuk menawan puncaknya.Lantaran itu Gunung Ledang setinggi 1,276 meter yang terletak di Tangkak, Johor dan bersempadan dengan Melaka merupakan antara lokasi wajib bagi mereka yang mengemari aktiviti mendaki.
Gunung Ledang memang diakui sebagai gunung yang unik kerana mempunyai flora tersendiri kerana terasing daripada Banjaran Titiwangsa.Selain itu kaki gunung Ledang juga merupakan titik pertemuan antara tiga negeri Johor (Tangkak), Negeri Sembilan (Gemas) dan Melaka (Jasin). Alamat: Ledang, Johor
Hutan Lipur Gunung Arong
Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berrekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi. Alamat: Hutan Simpan Gunung Arong, 86800 Mersing, Johor (17km dari Bandar Mersing melalui Jalan Mersing – endau dan 151km dari Bandaraya Johor Bahru)
Hutan Bandar MBJB
Hutan Bandar MBJB merupakan hutan di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru untuk riadah meliputi kawasan seluas 50 ekar. Sesuai dengan namanya, kawasan hijau yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru ini adalah pusat rekreasi yang mengekalkan fauna semulajadinya dengan modifikasi minimum bagi tujuan pembangunan kawasan ini.
Terdapatnya taman permainan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi khusus untuk kanak-kanak. Di lokasi ini juga disediakan untuk aktiviti perkhemahan dan BBQ. Pengunjung juga boleh menjamu selera di Medan Selera Atap Belian sambil menikmati pemandangan semulajadi. Alamat: Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor
Hutan Lipur Gunung Pulai
Walaupun ia dipanggil sebagai gunung, namun ketinggiannya hanyalah 654 meter sahaja. Hutan Lipur Gunung Pulai menang pada sisi hutan dan panorama indah di puncak. Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru, Hutan Lipur Gunung Arong sesuai sebagai lokasi menikmati keindahan alam hijau.
Ia antara lokasi pendakian cukup dikenali bagi penduduk setempat dan warga Singapura. Pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai yang menjadi pintu masuk ke hutan lipur berkenaan. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk berekreasi di gunung itu. Hasil pendakian anda sangat mengujakan dengan pemandangan yang sangat indah.
Jika pendakian bukan pilihan, anda boleh memilih untuk bersantai atau berkelah sahaja di kawasan air terjun berdekatan. Alamat: Pekan Nenas, Johor
All image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jogjakarta sememangnya menawarkan pengalaman percutian yang terbaik kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke tempat tersebut. Ramai pelancong dari Malaysia yang datang ke Jogjakarta saban tahun.
Ada yang datang solo, ada yang datang berkumpulan, malah ada yang datang berdua ataupun honeymoon bersama. Jadi di sini, Libur nak kongsikan kepada anda, itinerari dan tips untuk anda bercuti ke Jogjakarta.
Perkongsian ini adalah dari Arra Nasir yang mahu share rough budget & itinerary untuk siapa-siapa yang ada plan nak ke Jogjakarta, jadi feel free to comment kalau nak tanya apa-apa berkenaan tempat menarik di sana.
In summary, Jogja memang tempat yg best utk dilawati. Tapi bagi sy Jogja ni tak sesuai untuk kanak2, warga tua & ibu mengandung sbb agak jauh nak ke 1 tempat & boleh tahan dasyat la perjalanan tu.
Currency Exchange masa kitorang pergi 1juta rupiah = RM316 (+- September 2016) Tiket Flight RM530 utk dua org. (Tiket boleh dpt lg murah. Lagi2 kalau beli time Free Seat)
Day 1
Prambanan Temple (30k seorang utk local)
Ratu Boko (110k utk sunset view ticket, normal view 60k utk foreigner)
Tebing Breksi (20k utk dua org tapi boleh bayar seikhlas hati)
Candi Ijo (Free tp sbnrnya kena bayar 10k sorg)
Day 2
Blue Lagoon (5k sorg tapi sbb hujan & air keruh kitorang masuk free je takde org jaga)
Candi Borobudur (130k utk student card) – Yg ni pandai2 la bagi ada kan student card utk yg tak ada
Pantai Parantritis (Free)
Gumuk Pasir Sandboarding (Free tp sewa sandboarding 100k utk 1/2jam, 150k utk 1 jam, 190k utk sepuas hati)
Malioboro Street naik becak dalam 10-20k 1 trip
Day 3
Goa Pindul Cave Tubing & Sungai Oyo River Tubing (150k sorg utk dua aktiviti – yg ni mahal sbnrnya ada tmpt lain yg murah tp masa kitorg pergi tu tempat lain tutup)
Lobster! 1 kg = 450k & termasuk nasi/tempe goreng/ulam & sambal sedap
Pantai Timang (35k sewa 1 ojek (motor utk ke Pantai), 5k utk entrance tp boleh bayar sesuka hati, naik gondola 200k sorg)
Pantai Indrayanti (10k sorg tp boleh access utk 9 pantai yg lain)
Day 4
Kitorang naik 1 becak utk bawak kitorang pergi tempat2 kat bawah ni just 80k je dia charge
Kraton (12.5k sorg + 1k fees utk bawak camera phone) – 50k bagi tips kat guide sbnrnya guide tu free je tapi takde duit kecik so bagi je 50k
Tamansari Water Castle (15k sorg) – 20k tips utk guide
Pasar Beringharjo – best kalau suka shopping ada byk sgt kain batik rasa nak pengsan nak beli semua
Malioboro Street – shopping souvenir tp sbnrnya lagi murah beli kat Prambanan so tak sempat nk menyesal dah esok nak balik
Day 5
Taxi to airport 80k
Merapi Lava Tour: 1 jeep 450k utk sunrise view with max 4 person Kalau bukan sunrise 350k utk 1 jeep
Antara local food yg kitorang try:
1) Mie Ayam lebih kurg 7k 1 mangkuk 2) Nasi Padang (sedap & murah gila dalam 79k utk 3 org dgn macam2 jenis lauk) 3) Bakso 15k satu mangkuk termasuk air 4) Nasi goreng Pak Supri (menarik sbb masak guna kayu api) 15k termasuk air utk sorg 5) Bakpia ni kuih tradisional Jogja. Yg paling sedap is bakpia yg inti fresh & bukan dry (bagi saya) & brand paling sedap is Bakpia 25
Tips:
1) kitorang upah supir utk 3 hari je masa nak pergi tempat wisata (perlancongan) yg jauh & tempat yg dekat2 naik becak je sbb lg jimat & walaupun flight korg pagi dia tetap charge full day so rugi kat situ. 2) Supir – 1.3juta 1 kereta utk 3 hari termasuk driver, petrol & parking (Mas Heru – +62 853 85611063) 3) Accomodation – Adhisthana Hotel (RM372 utk 4 malam termasuk breakfast) 4) Berlatih la ckp indonesia byk2 supaya boleh dapat harga tiket local 5) Bulan 9 – 1 ni Jogja dah start musim hujan so byk tempat wisata jadi terbatas sikit nak travel. Plan wisely!
6) Makanan kat sana mmg murah2 sekali makan bajet dalam 30-40k utk 2 org termasuk air 7) Kalau pergi lama boleh la beli simcard simpati paling bagus signalnya dlm 65k utk 4GB tp pastikan korang check dulu data tu betul tak dpt mcm yg korg beli 8) Hati2 masa kat Borobudur sbb byk penjual yg suka memaksa so kalau rs taknak beli jgn pandang pun muka dorg. Nti diorang kejar korg smpai korg beli
9) Souvenir beli kat Prambanan! Please ingat ni nanti menyesal mcm sy. (Comparison: 1 keychain kat Prambanan 1k, kat Malioboro 5 keychain 10k) 10) Total ktorg bawak 5juta utk dua org (tak termasuk hotel & flight) & masih berbaki duit tu 11) Masa kat airport kalau rs bag nampak sgt besar & lebih 7kg baik check in sbb airport dia kecik so ms ktorg haritu dia letak weightscale tu betul2 kat pintu masuk kat boarding area 12) Mineral water beli kat Indo Maret or pape kedai. Kalau beli kt Malioboro tu 1 botol 500ml 5k harganya. Kalay beli kat Maret 5k boleh dapat yg 1.5L. #berbelanjadenganbijak hahaha
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...