Tidur Ditemani Kucing, Keunikan Hostel Neko Hatago Di Osaka Jadi Perhatian Pencinta Kucing

Share

Waktu ini nama negara Jepun meniti di bibir peminat sukan kerana menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2020.

Terkenal dengan jolokan Negara Matahari Terbit ini memang banyak keistimewaan dengan menawarkan pelbagai destinasi menarik buat pelancong.

Salah satunya adalah sebuah hostel di Osaka menyediakan perkhidmatan istimewa kepada tetamunya yang sukakan kucing!

Neko Hatago adalah sebuah hostel yang mempunyai sebuah kafe kucing iaitu Neko Yokujo membolehkan pelanggan bermain dengan kucing sambil menikmati secawan kopi.

Tidak hanya itu, hostel dan kafe yang dibuka sejak Disember 2019 ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung yang menginap di situ.

83979711_130966418403009_1569442192915750408_n

Berikut adalah beberapa perkara unik mengenai hostel ini.

1. Tidur Ditemani Kucing

Tetamu yang menginap di hostel ini bukan sahaja boleh bermain dengan kucing di Neko Yokujo malah menginap dalam bilik yang mempunyai tingkap ke ruang tempat kucing bermain.

Sebelum melelapkan mata, tetamu boleh melihat kucing menerusi tingkap malah mereka boleh mengambil kucing itu tidur bersama mereka di dalam bilik.

Neko Hatago dan Neko Yokujo diuruskan oleh Neko Republic iaitu sebuah badan kebajikan yang menyelamatkan haiwan jalanan.

2. Kafe Kucing

Neko Yokujo adalah sebuah tempat perlindungan kucing jalanan yang diselamatkan dan kafe ini tidak hanya terdapat di Osaka tetapi di Tokyo, Hiroshima, Aichi dan beberapa negeri lain di Jepun.

Pengunjung bukan sahaja boleh menikmati secawan kopi dan makanan kegemaran tetapi bermain dengan kucing yang ditempatkan di situ.

Malah semua hasil jualan di kafe itu akan digunakan untuk membantu aktiviti menyelamat dan merawat kucing yang diselamatkan.

3. Kucing Angkat

Tidak hanya bermain dengan kucing, pengunjung juga boleh membuat permohonan untuk membawa pulang kucing yang berada di situ dalam memberi mereka kehidupan lebih baik.

Bagaimanapun pihak pengurusan tidak sewenang-wenangnya meluluskan permohonan untuk mengambil kucing di situ sebaliknya beberapa prosedur perlu dilalui.

Ini bagi memastikan kebajikan kucing akan terjamin apabila tinggal bersama keluarga angkat.

4. Kemudahan Hostel

Menyediakan penginapan kecil yang dapat menampung hingga lapan orang di dalamnya. Ada dua jenis ruangan yang boleh disewa. Dua unit terdiri dari tempat tidur bertingkat untuk dua orang.

Manakala empat unit lainnya pula berada di tingkat pertama dengan tempat tidur terpisah. Tetamu yang menyewa bilik di Neko Hatago juga boleh menikmati ruang santai Stay Osaka Shinabi, sebuah penginapan besar yang ada di gedung tersebut.

Mereka juga diperbolehkan menggunakan dapur dan bilik mandi besar yang sudah disediakan. Pengunjung juga akan mendapat tiket percuma di Neko Yokujo selama dua jam. Setelah itu, mereka boleh melihat kucing dengan puas dari bilik masing-masing.

 

Artikel Berkaitan:

Menariknya Muzium Cup Noodles, Apresiasi Jepun Terhadap Mi Segera!

Marina Island, Lumut Perak Tawar Port Menarik Untuk OOTD, Yang Korang Patut Pergi Lepas PKP Nanti

5 Tempat Menarik Di Selangor Pernah Dijadikan Lokasi Pergambbaran Filem Popular

Oleh
Siti Zurina Mat Saman