
Isi Kandungan
ToggleHanya mempertaruhkan pembetung paip bersaiz gergasi yang diubah saiz menjadi sebuah kamar membuatkan sesiapa yang melihatnya akan terpesona.
Lebih-lebih lagi lokasinya yang berhadapan Gunung Santubong dan keindahan Pantai Puteri Santubong.
Tidur Dalam Pembetung Paip
Inilah idea The Culvert Hotel Resort di Santubong, Sarawak yang menggabungkan kedua-dua elemen iaitu mewah dan simple nampaknya dapat memenuhi keinginan dua kelompok.
Selain pakej alam semula jadi yang mendamaikan, pemilik menyediakan 43 unit bilik di tanah seluas lebih 0.68 hektar.
Di sini ada kolam renang, perpustakaan dan gimnasium yang berdepan dengan laut yang terbentang luas. Tambah menarik, trek mendaki terletak di hadapan bilik resort sahaja.
Buat pendaki, selepas meneroka alam flora dan fauna di Gunung Santubong, mereka dipelawa berehat di sebuah bilik khas yang lengkap dengan bilik air sambil menikmati angin pantai.
Nampaknya, idea yang luar biasa dan unik menjadi magnet orang ramai untuk singgah ke satu-satu destinasi.
Selain elemen itu menjadi pertaruhan, mereka juga mengambil berat soal hidangan termasuk kemudahan ekstra yang ditawarkan.
Harga bilik:
(Ini belum termasuk tax harga berbeza hari biasa dan hari minggu)
Nature View Deluxe ( RM 240 – RM 280 above )
Sea View Suite ( RM 330 – RM 370 above )
Sea View Deluxe (RM 280 – RM 290 above )
Beach Front Suite ( RM 560 -RM 650 above )
Pool Fling (Floating Lunch in the pool) RM 138
Lokasi:
The Culvert Hotel Resort Kuching
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Putou Village, Port OOTD Viral Di Kulai

Bagi orang Johor, tempat ini mungkin sudah biasa bagi mereka tapi bagi orang luar, Putuo Village antara port OOTD cantik lagi menenangkan kalau berkunjung ke selatan tanahair. Terletak di Felda Taib Andak, inilah port ootd viral di Kulai.
Apa yang menarik di sini dan kenapa dinamakan Putuo Village?
Untuk pengetahuan, Putuo Village diambil sempena nama sebuah pulau di Shanghai, China yang merupakan tempat keagamaan bagi masyarakat Buddha di sana. Jadi mengambil inspirasi bandar tersebut, Putou Village dibuka di Felda Taib Andak ini.
Bersebelahan dengan kuil Buddha inilah terletaknya port OOTD menarik kalau berkunjung di sini. Dipenuhi pokok-pokok buluh dengan lanskap dijaga rapi, dicat dengan penuh warna-warna, lokasi ini tidak pernah sunyi dengan kunjungan orang ramai yang ingin mengambil peluang bergambar kenangan.
Untuk masuk ke sini, bayaran RM5 dikenakan untuk orang dewasa dan harga kanak-kanak hanyalah RM2 sahaja. Dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang, bolehlah bergambar sakan di sini.
Ada banyak spot gambar menarik saat berkunjung ke sini tapi kena sabar menunggu sebab memang ramai yang datang ke sini. Sumber gambar : FB/ Internet
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trail Bersejarah Bukit Fraser. Cuak Diburu Pacat!

Isi Kandungan
ToggleArtikel ini adalah perkongsian oleh Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Bukit Fraser adalah kawasan pelancongan tanah tinggi yang terletak di Banjaran Titiwangsa negeri Pahang. Bukit Fraser dinamakan sempena nama seorang pengembara British pada zaman dahulu, iaitu Sir Scotsman Louis James Fraser yang berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1890-an. Dikhabarkan beliau berminat untuk membuka lombong bijih timah pada ketika itu.
Terletak pada ketinggian 1500m atas paras laut, Bukit Fraser kaya dengan kepelbagaian biodiversiti seperti alga, kulat, tumbuhan herba, keluarga paku pakis, pelbagai spesis burung dan serangga. Oleh itu, ianya terkenal dengan aktiviti merentas denai hutan dan “bird watching”. Dengan cuaca sejuk dan lembap sepanjang tahun dan suhu persekitaran di antara 17°C hingga 25°C sahaja, telah menarik ramai golongan pecinta alam dari dalam dan luar Malaysia untuk berkunjung ke Bukit Fraser.
Terdapat lapan trail utama di Bukit Fraser yang boleh dijelajahi, iaitu Abu Suradi, Bishop, Hemmant, Mager, Maxwell, Kindersley, Rompin dan Pine Tree. Trail Pine Tree adalah trail yang terpanjang yang mana trail ini sering menjadi pilihan golongan pendaki yang gemarkan cabaran. Walau bagaimanapun, untuk ekspedisi kali ini, kami memilih untuk merentasi 5 trail yang kurang popular, iaitu yang bermula di Trail Mager dan berakhir di Trail Maxwell. Sebelum memasuki kesemua trail ini, makluman haruslah dibuat di balai polis yang terdekat untuk tujuan keselamatan.
Trail Mager
Trail Mager terletak berhampiran dengan Balai Polis Bukit Fraser. Terdapat kawasan lapang untuk meletakkan kenderaan berhampiran laluan naik ke trail. Trail ini dinamakan sempena nama jurutera F.W. Mager, yang bertanggungjawab memulakan kerja-kerja di Jalan Gap pada tahun 1918. Laluan trail ini adalah sepanjang 1000m dan kaya dengan tumbuhan herba. Tidak banyak kulat yang boleh ditemui di sini.
Trail Abu Suradi
Trail Abu Suradi sepanjang 500m sahaja, terletak di antara jalan utama iaitu Jalan Genting dan Maybank Lodge. Trail ini dinamakan sempena nama Abu Suradi, insan pertama yang dibenarkan untuk menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di Bukit Fraser. Terdapat beberapa kesan tapak kaki yang menunjukkan kehadiran babi hutan di trail ini.
Trail Bishop
Trail Bishop terletak di Jalan Lady Maxwell, dinamakan sebagai penghargaan kepada Bishop Singapura, Sir Reverend C.J. Ferguson-Davie pada tahun 1900. Trail sepanjang 1500m ini kebiasaannya menjadi laluan kegemaran bagi pemerhati burung. Terdapat juga beberapa pondok kecil yang dibina untuk tujuan “bird watching” tersebut.
Trail Hemmant
Sir Frank Hemmant merupakan seorang arkitek yang berperanan dalam merangka pembinaan awal padang golf di Bukit Fraser pada tahun 1920 dan trail ini dinamakan sempena nama beliau. Trail ini sepanjang 1000m dan terdapat beberapa jenis kulat yang boleh ditemui di sini, daripada yang bersaiz besar yang biasanya tumbuh pada batang-batang kayu yang telah tumbang, serta kulat yang bersaiz mini yang tumbuh pada dedaunan kering yang berguguran di lantai hutan.
Trail Maxwell
Trail Maxwell adalah trail kedua terpanjang (1800m) selepas trail Pine Tree. Dinamakan sempena Sir William George Maxwell, Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Trail ini boleh dikatakan agak mencabar dan pemakaian yang sesuai adalah amat perlu. Terdapat beberapa batang pokok besar yang tumbang merentangi laluan dan memerlukan aksi memanjat. Juga adanya adegan seakan-akan merangkak di bawah rimbunan pohon buluh.
Namun, apa yang perlu diketahui adalah trail ini sangat kaya dengan populasi pacat. Jika di trail lain, kami masih boleh berjalan santai sambil mencari kulat, tetapi tidak di Trail Maxwell. Sebaik sahaja kaki melepasi pintu gerbang Trail Maxwell, terus sahaja kelihatan pacat-pacat yang bersaiz besar dan kecil, menunggu mangsa di lantai hutan. Sepanjang laluan trail dipenuhi dengan pacat! Pada akhirnya, kami memutuskan untuk terus berlari sehingga ke penghujung trail yang berhampiran dengan sebuah sekolah rendah. Di situ, masing-masing segera membuka kasut dan memulakan siri ‘audit pacat’. Memang meriah hasilnya!
Glasshouse Café
Dalam perjalanan pulang dari Trail Maxwell, kami singgah di Glasshouse Café. Café ini beroperasi pada jam 10 pagi hingga 6 petang. Konsep café ini sangat unik yang mana ianya adalah sebuah rumah kaca yang menempatkan pelbagai jenis kaktus mini. Para pengunjung boleh memilih untuk duduk di dalam rumah kaca ataupun duduk di bahagian luar. Kami memilih untuk duduk di luar sahaja sambil menikmati suasana petang yang mulai dingin. Terdapat pelbagai hidangan kopi dan teh beserta kek yang boleh dinikmati di sini pada harga yang berpatutan. Oh ya, mocha di sini sangat sedap! Tak perlu tambah gula untuk menikmatinya.
Kesimpulannya, Bukit Fraser ini sangat sesuai sebagai tempat untuk lari seketika daripada kesesakan hidup di kota pada hujung minggu. Suasananya sangat tenang dan tidak sibuk. Selain aktiviti berkaitan alam semulajadi, para pengunjung boleh juga mencuba aktiviti menunggang kuda, memanah dan menyumpit di The Paddocks.
Bagi yang sukakan air terjun, di sini juga terdapat Sg Jeriau yang terletak 4km daripada Bukit Fraser. Kawasannya terjaga dan bersih. Para pengunjung perlu berjalan hampir 1km untuk sampai ke kawasan sebenar air terjun.
Penulis:
Wan Nordini Hasnor Wan Ismail,
Pensyarah Kanan, Fakulti Farmasi,
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BERANI TAK BERMALAM DI AMBER COURT GENTING HIGHLANDS?


Amber Court masih terima tempahan kalau-kalau hotel lain penuh. Ada lobi dibawah yang nampak OK. Dengan harga sewa murah, mungkin sukar nak ditolak. Luar usang, tapi bahagian dalam bilik selesa. Ada kedai runcit dan kedai dobi dibawah kalau-kalau anda nak bermalam di sini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI