Travel

Tidur Dalam Bas Di Pangkor Bus Resort, Lokasi Menarik Sebelah Pantai

Share

Kalau ada yang membayangkan suasana nak tidur dalam bas dalam keadaaan selesa, anda patut cuba sebuat hotel bertaraf mewah di Jalan Pantai Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Perak.

Tempat yang diusakan oleh usahawan muda, Syafiq Rozman ini cukup memuaskan hati sesiapa sahaja yang menginap dengan dekorasi yang indah di dalam bas.

Keistimewaan Pangkor Bus Resort

Dikenali sebagai Pangkor Bus Resort, pandangan mata anda pasti terpesona melihat dekorasi yang dihias indah di dalam setiap bas.

Idea penubuhan destinasi percutian itu tercetus selepas Syafiq tertarik dengan trend Bustel yang pernah terkenal satu ketika dahulu di Pantai Klebang, Melaka.

Ceritanya, dia lihat konsep tidur dalam bas memang menarik. Jadi, dia bekerjasama dengan Koperasi Telekom Malaysia Berhad untuk membangunkan tanah seluas 1 hektar demi mencipta kelainan.

Sebanyak 16 buah bas terpakai dibeli dari pusat hub bas lama di Rawang, Selangor. Nak bawa semua bas ke pulau bukan satu kerja mudah. Enjin terpaksa dikeluarkan terlebih dulu supaya bas lebih ringan sebelum dibawa menggunakan roro (tongkang) ke Pulau Pangkor.

Selepas itu, pemilik Besla Sdn Bhd itu membelanjakan kos hingga RM80,000 untuk mengubah suai kenderaan terbabit.

Bukan sahaja dilengkapi dengan infrastruktur seperti katil, sofa dan meja makan, malah terdapat televisyen, peti ais dan tab mandi.

Kemudahan dewan juga disediakan bagi membolehkan seminar atau mesyuarat diadakan. Menariknya, premis tersebut terletak bersebelahan dengan pantai sahaja!

Ada Banyak Jenis Bilik

Setakat ini, terdapat 16 unit yang dibuka kepada pengunjung untuk menginap. Antaranya jenis Dorm Coach, Honeymoon Coach, Family Coach, Family Plus Coach dan Executive Coach.

Pantai berdekatan dengan resortnya juga lebih damai dan tidak sesak dengan orang ramai berbanding kawasan rekreasi lain.

Jika pengunjung mahukan aktiviti pantai seperti bermain ski, bot laju, berkayak dan pelbagai lagi, owner boleh sediakan tanpa sebarang masalah.

Haaa.. mungkin selepas ini dia akan tambah kafe berkonsepkan kapal terpakai sebagai tarikan pengunjung yang datang untuk melihat persembahan api dan kumpulan buskers di tepi pantai.

Nak merasa ke tidak? Kalau rasa sesekali nak tukar kelainan bercuti, boleh lah cuba tempat ini!

Lokasi:

Pangkor Bus Resort di Jalan Pantai Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Perak.

 

Oleh
Nadia