Tidur Bawah Hamparan Bintang & View Gunung Kinabalu Di Polumpong Melangkap View Camp Site. Memang Layan!

Share

Teringin nak layan percutian luar bertemankan bintang di langit dan berlatar belakangkan pemandangan indah yang nyaman umpama di Switzerland?

Korang boleh tunaikan kehendak naluri percutian sebegitu dengan memilih berlibur ke negeri Sabah.

Polumpong Melangkap View Camp Site adalah lokasi yang dicadangkan. Percayalah, berada di sekitar ini umpama sedang bercuti di luar negara. Selain menyajikan suhu serendah 20 darjah Celsius, pengunjung di Polumpong Melangkap View Camp Site juga boleh menghirup udara segar sambil bersiar-siar di kawasan perkampungan sekitar.

Polumpong Melangkap View Camp Site menyediakan pakej tertentu khususnya pengunjung yang memilih untuk menginap dengan menyediakan kira-kira 100 buah khemah, termasuk kemudahan barbeku , dapur arang dan moden. Pakej perkhidmatan sewa khemah serendah RM10 sahaja. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mandi manda di Sungai Melangkap sambil berlatar belakangkan panorama puncak Gunung Kinabalu. Keindahan puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat secara jelas antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi atau 3 petang hingga 4 petang.

Kawasan yang pada asalnya merupakan tanah kebun tanaman milik seorang penduduk di Sungai Melangkap, Kota Belud, Sabah musnah sekelip mata akibat bencana banjir yang berpunca daripada gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Ritcher di Gunung Kinabalu pada tahun 2015. Meskipun sukar untuk dilupakan, perubahan tersebut seperti memberi 1,001 hikmah kepada penduduk yang menganggapnya sebagai pembawa rezeki baharu menerusi produk pelancongan desa. Beberapa tahun kemudian tular di sosial media kawasan pelancongan baru yang mempunyai pemandangan sangat indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Foto: Google Image

Oleh
Admin