Teringin nak layan percutian luar bertemankan bintang di langit dan berlatar belakangkan pemandangan indah yang nyaman umpama di Switzerland?
Korang boleh tunaikan kehendak naluri percutian sebegitu dengan memilih berlibur ke negeri Sabah.
Ads
Polumpong Melangkap View Camp Site adalah lokasi yang dicadangkan. Percayalah, berada di sekitar ini umpama sedang bercuti di luar negara. Selain menyajikan suhu serendah 20 darjah Celsius, pengunjung di Polumpong Melangkap View Camp Site juga boleh menghirup udara segar sambil bersiar-siar di kawasan perkampungan sekitar.
Polumpong Melangkap View Camp Site menyediakan pakej tertentu khususnya pengunjung yang memilih untuk menginap dengan menyediakan kira-kira 100 buah khemah, termasuk kemudahan barbeku , dapur arang dan moden. Pakej perkhidmatan sewa khemah serendah RM10 sahaja. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mandi manda di Sungai Melangkap sambil berlatar belakangkan panorama puncak Gunung Kinabalu. Keindahan puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat secara jelas antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi atau 3 petang hingga 4 petang.
Ads
Kawasan yang pada asalnya merupakan tanah kebun tanaman milik seorang penduduk di Sungai Melangkap, Kota Belud, Sabah musnah sekelip mata akibat bencana banjir yang berpunca daripada gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Ritcher di Gunung Kinabalu pada tahun 2015. Meskipun sukar untuk dilupakan, perubahan tersebut seperti memberi 1,001 hikmah kepada penduduk yang menganggapnya sebagai pembawa rezeki baharu menerusi produk pelancongan desa. Beberapa tahun kemudian tular di sosial media kawasan pelancongan baru yang mempunyai pemandangan sangat indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Ads
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Memang seronok kalau dapat camping di tapak perkhemahan yang cantik, tenang dan damai. Bonus juga kalau kemudahan yang ada di campsite itu lengkap dan cukup untuk buat pengunjung selesa.
Merupakan trip camping kali yang ke-21, Mohd Taufiq Ismail atau menggunakan nama Travelog TAD Family kali ini menjelajah ke Johor untuk percutian bersama beberapa lagi ahli keluarga.
Tetap memilih tinggal di dalam khemah sementara ibu dan ayah ditempatkan di chalet dalam kawasan yang sama untuk keselesaan mereka, menurut Mohd Taufiq, lokasi yang dipilih untuk percutian keluarganya kali ini sangat cantik dan mendamaikan.
Melihat keindahan ciptaan tuhan di depan mata sebaik sahaja mata dibuka, satu nikmat dan ketenangan yang sesekali dirasa setelah sibuk dengan urusan di kota. Turut berkongsi kemudahan yang ada di sini, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah itu memang berbaloi.
Ikuti perkongsian lelaki ini mengenai trip camping family mereka di Nelayan Beach Resort, Pengerang Johor.
Camping Trip ke Nelayan Beach Resort Pengerang Johor
First time camping tak hujan langsung untuk trip ke 21 ni. ya Allah .. best betul. Selamat 2 khemah kami tak payah hantar cuci. . Dah la tapak dia tak ramai orang. Walau pun cuti sekolah dan hujung minggu. Camping kali ni dengan parents, mak cik & adik beradik.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit . Mula dari Tol Sg Besi ke JB Johor. Kemudian masuk highway Desaru. Jumpa pekan Bandar Penawar , jumpa Arked D’Pungai Beach Resort & Bayu Impian Pungai Johor. Baru jumpa Nelayan Beach Resort
Semua jenis kenderaan boleh sampai. Nampak papan tanda Warong Lobster. Belok ke kiri. Dah dekat sangat la tu.
Tempat ni memang sangat cantik dan damai. Sesuai untuk bawa parents bercuti juga. Sebab ada chalet sekali. Warong dan kedai runcit pun berdekatan. Nak beli air batu, air, starter pun ada.
Korang baca sampai habis dan tengok gambar2 kami shoot nie… ada keterangan juga
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Chef selebriti dari Turki, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Chef Salt Bae menjadi trending di Internet selepas caranya menabur garam ke atas daging stik menjadi viral.
Chef Salt Bae yang kini berusia 36 tahun membuka restoran pertamanya pada tahun 2010 dan kini memiliki lima buah restoran hidangan stik di Turki dan Dubai, juga dua buah restoran burger. Kini Nusret bakal membuka satu lagi cawangan restorannya di London dan Midtown bernama Nusr-et.
Terbaru, sebuah restorannya di Dubai telah menawarkan satu hidangan baru iaitu stik yang disadur daun emas 24 karat pada harga 1,250 dirham (RM1,430). Namun, pelanggan masih boleh memilih pilihan menu stik yang biasa tanpa saduran emas dengan harga paling rendah 340 dirham (RM390).
Seorang pelanggan yang telah memesan stik emas tersebut menyatakan ia adalah stik terbaik yang pernah dirasainya, namun tidak pasti sama ada saduran emas itu memberi kesan terhadap rasa hidangan berkenaan.
Sebuah video yang tular ada menunjukkan aksi Chef Salt Bae sedang menghidangkan daging stik bersadur emas kepada pelanggannya. Daging dipotong dan dimasak di meja pelanggan dan dia seakan-akan melakukan pertunjukan pantomim secara langsung. Ia bermula dengan satu ketulan emas dibawa ke meja dan pertunjukan itu tamat apabila cef menabur garam daripada tangannya sebelum dia menikam pisau di atas meja.
Menurut Chef Salt Bae, Emas 24 karat boleh dimakan manusia kerana emas tulen tidak menimbulkan tindak balas kimia dan material berharga yang dimakan itu akan dicerna oleh sistem pencernaan tanpa diserap ke dalam badan.
Ramai beranggapan Chef Salt Bae sangat genius dan mempunyai ‘kimia’ yang baik dengan kerjayanya sebagai seorang yang sangat sukakan menu daging.
Chef Salt Bae membesar di pinggir kota di Darica, Istanbul. Bapanya adalah penggali terowong dan dia bekerja sebagai pemotong daging dan tukang masak di sektor buruh dan pembinaan sejak berumur 14 tahun. Dilahirkan dalam keluarga susah, Chef Salt Bae tidak berpeluang ke sekolah namun dia berazam untuk mengangkat dirinya menjadi seorang yang berjaya. Dia telah mengembara ke Argentina dan New York sambil belajar kraf termasuk ukiran peralatan muzik sehingga menjadi terkenal dan kaya-raya.
Lupakan pulau mahupun pantai yang menjanjikan anda pasir putih dan pelbagai aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Lokasi-lokasi seperti itu sudah terlalu biasa. Jadi buat anda yang tercari-cari lokasi lain dari yang lain, Libur mengajak anda menikmati suasana baru yang pastinya meninggalkan sejuta kenangan dan membuatkan kita berkata ‘ada berani?’
Yunessun Spa Resort, Jepun
Bersedialah untuk basah dan ‘gila-gila’ di taman air Yunessun Spa Resort ini. Menariknya, basah yang dialami bukan sekadar mandi biasa tetapi anda boleh mandi bersama air minuman kegemaran. Ya, air minuman. Anda boleh mandi dengan air teh hijau, kopi, anggur atau apa saja. Apabila berada di sana, ingatkan pada bukan ‘dont drink and drive’ tapi ‘please drink and dive!”
Bubblegum Alley, California
Meskipun sejarah dinding ini tidak diketahui, namun gula-gula getah tersebut mula ada sejak tahun 70an. Ramai penduduk mahu pihak berkuasa membersihkan dinding tersebut kerana memberi bau yang kurang selesa dan kelihatan kotor. Namun pelancong seluruh dunia tetap tertarik akan dinding yang melekit dan berwarna-warni gula getah ini. Jadi tunggu apa lagi? Kita juga berpeluang menampal gula-gula getah di dinding sepanjang 21 meter ini.
Inveraray Jail, Scotland
Mahu meluangkan masa di penjara tanpa melakukan kesalahan? Inilah tempatnya. Dengan bantuan pakaian berkarakter, anda boleh merasai sendiri realiti kehidupan banduan di dalam penjara. Anda juga berpeluang melihat peralatan-peralatan dan teknik-teknik yang pernah digunakan oleh pengawal dan banduan ketika itu.
Isla de Las Munecas, Mexico
Lokasi yang menyeramkan ini mungkin akan membuatkan anda berjalan sambil menundukkan kepala. Las Munecas atau lebih dikenali sebagai pulau yang penuh dengan patung putus anggota badan ini digantung di atas pokok dengan rupa yang menakutkan. Menurut cerita 50 tahun yang lepas, penghuni pulau tersebut menemui seorang budak kecil lemas di dalam sungai. Terganggu dengan tragedi ini, mereka mula menggantung patung-patung kononnya untuk menggembirakan kanak-kanak tersebut.
Karni Mata Temple, India
Mana-mana tempat seluruh dunia sekalipun, tikus dianggap binatang yang kotor dan boleh mendatangkan penyakit. Tetapi tidak di India. Jika anda mempunyai tahap keyakinan tinggi dan mahu ‘bermanja’ dengan tikus, lokasi ini mungkin boleh memberi pengalaman berharga. Jangan terkejut kerana hampir 200,000 tikus hidup jinak, dipelihara, dihormati dan dianggap suci di sini.
Battle of The Orange, Italy
Tidak mungkin anda berani lakukan pertarungan makanan di negara sendiri melainkan di Italy. Jika selama ini anda merasakan membaling buah oren terhadap orang yang tidak dikenali adalah menyeronokkan, tempahlah tiket setiap hujung bulan Februari ke Carnevale. Inilah masanya anda bermandi dengan kesegaran sitrus!
Bran Castle, Romania
Populariti filem ‘Vampire Diaries’ dan ‘Twilight,’ menjadikan destinasi vampire sangat popular terutamanya tatkala sambutan Halloween. Castle Bran di Romania, atau dikenali sebagai ‘Castle Dracula’ adalah istana Eropah kuno yang telah dibina sekian lamanya. Menurut laman web Muzium Istana Bran, Dracula merupakan hasil gabungan daripada legenda dan sejarah pemerintahan ‘Vlad the Impaler’s’ bersama watak fiksyen Bram Stoker iaitu Dracula pada tahun 1897. Kisah sebenar di antara legenda Dracula dan Vlad masih tidak jelas, tetapi pelancong dan penduduk tempatan terus menghidupkan cerita itu sehingga kini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...