Percutian yang paling menyeronokkan adalah bersama keluarga. Namun kebanyakan ibu bapa tidak membuat persediaan terperinci jika berlibur bersama anak-anak.
Kerenah si anak kecil akan mengganggu perjalanan cuti anda. sudahnya, semua orang hilang ‘mood’. Jangan jadikan hal ini masalah besar.
Bila bercuti dengan anak-anak kecil, anda harus ada perancangan. Bagi menjamin kualiti percutian anda sekeluarga, buatlah jadual percutian anda, rancang dengan teliti mana destinasi yang mahu dikunjungi serta apa aktiviti yang boleh dibuat. Ambil tahu keadaan cuaca, politik semasa negara yang ingin dikunjungi atau apa sahaja langkah keselamatan yang perlu diambil agar percutian anda selamat dan sempurna.
Siapkan Bekalan Makan & Minum
Bawa bekal makanan dan minuman. Ketika bercuti, anak-anak biasanya mudah berasa lapar. Bagi mengelakkan mereka meragam, eloklah anda bawa bekal. Buah-buahan, biskut, kerepek, dan roti adalah antara makanan paling mudah untuk dibawa. Jika perjalanan jauh, anda boleh bawa bekal sendiri kerana dikhuatiri anak-anak berasa lapar di dalam kereta.
Label Setiap Beg
Kalau dahulu mungkin anda bercuti hanya dengan sebuah beg kecil sahaja. Tetapi setelah mempunyai anak, pasti terdapat perbezaan. Beg travel anda yang dulunya sekecil-kecil, kini berubah sebesar-besarnya. Dah jadi ibu dan ayah ini, boleh dikatakan semua barang anak teruja untuk bawa. Disebabkan jumlah beg semakin banyak, maka apa yang boleh anda buat adalah melabel ‘back pack’ anak anda. Anda perlu tahu membezakan mana beg pakaian, mana beg makanan dan sebagainya. Tidak lah kelam kabut. Jangan lupa juga untuk melebel nama anda, nama anak serta nombor telefon untuk dihubungi. Pentingnya label ini adalah sekiranya anak-anak terlepas daripada pengawasan anda.
Buat Persiapan Awal
Jangan lupa untuk bawa kelengkapan lain seperti tuala kecil, barang mandian, dan baju gantian untuk anak anda. Anak-anak banyak ragamnya, ada masanya baju kotor. Jadi bawalah baju ganti supaya anak anda dalam keadaan selesa setiap masa. Jangan lupa untuk membawa baju renang dan krim pelindung matahari sekiranya anda bercuti di pantai. Sudah menjadi adatnya, anak-anak akan tertarik untuk mandi laut atau berenang di kolam. Jadi anda harus bersedia dari awal.
Bawa Ubat-Ubatan Penting
Bawalah ubat-ubatan asas seperti minyak angin, paracetamol, ubat sakit perut, dam apa sahaja ubat yang mungkin diperlukan ketika bercuti. Cara ini memudahkan anda jika terjadinya kecemasan. Tidaklah anda kelam kabut mencari ubat bila diperlukan.
Barang-Barang Kegemaran
Jangan lupa bawa buku atau permainan anak-anak anda. Terutamanya jika mereka masih kecil. Cara begini dapat mengelakkan mereka daripada merasa bosan terutamanya ketika di dalam perjalanan untuk ke sesuatu tempat. Selain itu, membawa buku dan permainan mereka boleh menjadi ktiviti alternatif sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak diingini seperti hujan dan sebagainya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI