Islam mengajar cara menjaga kebersihan kepada umatnya. Baik dari bab kebersihan diri, sebelum berwuduk, ketika ingin solat serta lain lagi, aspek kebersihan ada di titik beratkan. Namun adakalanya, bila menyentuh bab menjaga kebersihan, kita hanya mahu rumah kita saja bersih tapi kalau di luar rumah, kita sering berfikir ada orang lain tukang bersihkan.
Dan hasilnya, tempat-tempat peranginan kita dipenuhi dengan sampah sarap kerana adanya pemikiran sebegitu. Dikongsi dari catatan fb oleh Zunita Ramli yang menetap di Jepun, owner dan founder Tokyo Organik HQ ini berkongsi kenapa tiada sampah di Jepun. Baca catatan darinya.
Masa saya panjat Gunung Fuji bulan lepas, saya memang tak nampak satu pun sampah, walaupun tong sampah tak disediakan di sepanjang pendakian Gunung Fuji tersebut. Nak kata tak ramai orang daki, tak juga, sebab Gunung Fuji ni antara gunung yang ramai orang daki iaitu kira-kira 20,000 orang setiap tahun.
Pelik? Sebenarnya tak lah pelik pun.
Orang Jepun ni sebenarnya dah dididik untuk jaga kebersihan sejak kecil lagi. Mereka anggap jaga kebersihan ni adalah satu tanggungjawab bersama yang wajib setiap orang buat. Jadi tak hairanlah kalau dekat sekolah-sekolah rendah di Jepun ni, memang tak ada janitor (tukang sapu sampah) pun.
Semua kerja pembersihan, murid sendiri yang buat. Dari basuh tandas, mop lantai kayu (biasanya lantai jenis parquet), lap tingkap, sampai lah ke susun rak dalam kelas, semua dilakukan oleh murid sendiri.
Betapa seriusnya mereka ambil berat pasal didikan kebersihan ni, sampaikan sekolah sediakan satu masa khas dalam jadual kelas untuk tujuan pembersihan setiap hari. Bagi mereka, sahsiah kanak-kanak perlu dibentuk sejak di bangku sekolah, termasuk jaga kebersihan.
Selain tu, budaya dan expectation masyarakat Jepun tu sendiri saya kira membentuk situasi macam ni.
Bila semua orang jaga kebersihan, tiber pulak kita sorang yang suka buang sampah merata, benda ni akan jadi isu besar dalam masyarakat mereka. Orang Jepun secara amnya adalah bangsa homogeneous (satu bangsa) jadi mereka mempunyai fikiran yang sealiran. Mereka tak suka jadi ganjil dalam masyarakat, jadi benda ni jadikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk disiplin dan jaga kebersihan.
Tapi saya kira ibu bapa pun memainkan peranan sangat penting juga. Ibu bapa Jepun yang dah terbiasa dengan amalan jaga kebersihan ni secara tak lansung ajar anak-anak mereka juga untuk jaga kebersihan dan tak buang sampah merata-rata. Orang Jepun kebiasaannya akan simpan sampah dan buang bila jumpa tong sampah. Kalau tak ada, mereka akan buang di rumah mereka sendiri.
Saya kira gabungan tiga faktor ni penyebab penting kenapa Jepun berjaya didik rakyat dia untuk jaga kebersihan dan jadi antara negara yang bersih di dunia. Dan tak hairanlah kalau Lapangan Terbang Haneda di Tokyo juga dianugerahkan sebagai lapangan terbang paling bersih di dunia pada tahun 2020 dan 2021.