Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan rambang akibat amukan seorang anggota tentera yang mengorbankan 26 orang dan mencederakan 57 lagi di Nakhon Ratchasima, Thailand (juga dikenali sebagai Korat).
Pasukan keselamatan Thailand telah menembak mati anggota tentera terbabit yang dikenali sebagai Jakrapanth Thomma berusia 32 tahun. Dia maut di sebuah pusat membeli-belah di Nakhon Ratchasima lokasi dia bersembunyi selama kira-kira 17 jam.
Sejumlah 57 orang cedera, 25 daripada mereka telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan manakala 32 lagi masih berada di hospital termasuk 12 yang perlu menjalani pembedahan.
Kedutaan Malaysia di Bangkok melaporkan kepada Bernama, setakat ini tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa. Mereka turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat insiden tembakan yang begitu mengejutkan itu.
Pemeriksaan di beberapa hospital di Nakhon Ratchasima menyaksikan bahawa terdapat rakyat asing yang cedera dalam insiden itu. Sementara itu, kedutaan dan duta lain yang berada di Thailand turut mengucapkan takziah kepada keluarga serta mangsa insiden tembakan rambang tersebut melalui akaun twitter masing-masing.
Foto:Newsforze
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peruntukan RM1Juta Untuk Wujudkan Kawasan Khas Untuk Perokok
Baru sahaja beberapa hari yang lepas, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye mengeluarkan kenyataan, tidak membenarkan kawasan khas untuk merokok di premis makanan wujud.
Klik di sini: 'Tiada Ruang Khas Merokok Di Premis Makanan Dibenarkan'
Kelmarin, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula memaklumkkan memperuntukkan RM1 juta bagi pembinaan kawasan merokok di tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera milik 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.
Menerusi sumber Malaysia Kini , Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin memaklumkan bagi pemilik restoran atau kedai makan (persendirian), mereka mempunyai garis panduan yang akan dikeluarkan KPKT berhubung perkara terbabit di mana mereka perlu memohon kebenaran daripada PBT untuk membina kawasan khas merokok dalam skala kecil termasuk premis yang berada dalam lot kedai.
- Kawasan khas merokok itu perlu mempunyai bumbung
- Tempat duduk
- Tempat membuang puntung rokok
- Boleh dibina secara berkongsi (jika dalam satu lot bangunan itu terdapat lebih daripada sebuah restoran) dengan kos ditanggung mereka sendiri.
Namun bagi kawasan awam pula, PBT diminta membuat permohonan peruntukan kepada KPKT untuk menyediakan kawasan khas merokok dengan KPKT memperuntukkan setiap sebuah pembinaan kawasan merokok itu kira-kira RM5,000. KPKT sudah mempunyai satu model kawasan khas merokok dibina di Ampang yang mempunyai dua pondok kawasan merokok dengan kelengkapan bumbung, tempat duduk dan tempat membuang puntung rokok.
KPKT juga membenarkan pemilik restoran atau kedai makan, sama ada milik persendirian atau PBT, menyediakan kawasan khas merokok di luar premis, pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat. Bagaimanapun kawasan khas merokok terbabit, yang disediakan tempat membuang puntung rokok itu, tidak boleh dijadikan ruang makan dan minum oleh perokok.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkhidmatan Kad Kredit Di KLIA Terganggu, Sila Sediakan Wang Tunai Untuk Sebarang Urusan
Sekitar tengah hari tadi KLIA dikejutkan dengan gangguan sementara sistem operasi mereka yang menjejaskan beberasa sistem seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan maklumat Penerbangan, kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi.
Namun demikian, keseluruhan sistem yang mengalami gangguan tersebut telah kembali beroperasi seperti biasa kecuali sistem perkhidmatan kad kredit di kedai-kedai dan restoran yang terdapat di sekitar KLIA.
Melalui laman Facebook rasmi Malaysia Airports, anda dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan kad kredit buat sementara waktu sementara sistem yang terganggu sedang dibaiki.
Sekiranya anda memerlukan wang tunai, ada beberapa mesin ATM di sekitar KLIA yang beroperasi seperti biasa dan juga penggurup wang berlesen untuk urusan penukaran wang ringgit.
Ganggunan ini hanya berlaku di KLIA, manakala KLIA2 masih beroperasi seperti biasa untuk semua penumpang.
Buat anda yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara di terminal KLIA buat masa ini, dapatkan kemaskini mengenai keadaan semasa di laman Facebook rasmi Malaysia Airports. Semoga perjalanan anda selamat pergi dan balik.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sunway Lagoon Rai Tahun Tikus Sempena Tahun Baru Cina. Pelbagai Aktiviti Menarik Tersedia
Bertemakan Tahun Tikus, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini akan disertai oleh barisan maskot terbaharu Sunway Lagoon iaitu Captain Quack & Friends. Mereka akan bersama-sama dengan pengunjung untuk memeriahkan perayaan ini dari 23 Januari sehingga 6 Febuari 2020.
Pada 25 dan 26 Januari 2020, para pengunjung akan disambut oleh God of Prosperity bersama Captain Quack & Friends. Maskot ini akan menghadiahkan pengujung sampul ang pau edisi terhad dan limau mandarin pada musim perayaan ini. Pertunjukan yang memukau menanti anda seperti Tarian Singa, persembahan gendang cina dan persembahan istimewa sketsa A Mouse’s Tale oleh Captain Quack & Friends dan kemunculan Sifu Lao Shu.
Muncul sebagai haiwan pertama dalam bulatan 12 tahun takwin cina, tahun tikus diramal membawa kesejahteraan dan peluang yang luas. Membawa tradisi perayaan kepada anda dengan sentuhan unik, anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sejajar dengan tahun yang penuh dengan kebaikan.
Alami keseronokkan!
Perjalanan bertuah akan bermula tatkala anda berada di Sunway Lagoon. Anda perlu mencari dan menyentuh Rat Zodiac Statue yang terletak di pintu masuk utama Sunway Lagoon sebagai simbolik tuah agar sentiasa berada di tangga #1 pada tahun 2020 (sama seperti kedudukan Sang Tikus dalam Perlumbaan Heavenly Gates mengikut cerita mitos kaum cina).
Maju ke hentian seterusnya, anda boleh berkunjung ke Huat Cheese Mountain. Bayangkan impian anda untuk tahun baru, pegang hajat tersebut dan lempar duit syiling ke dalam lubang gunung keju. Sebagai ganjaran simbolik kepada tuah, anda bakal menerima sekeping syiling emas.
Tidak ketinggalan, khas untuk si bujang, harapan untuk berpasangan mungkin akan wujud jika mengunjungi Wishing Love Pond dengan melemparkan limau mandarin ke kolam ini. Semoga impian anda menjadi realiti.
Bagi mereka yang suka meramal nasib, anda dijemput ke Fortune Chest! Langkahnya cukup mudah. Pilih nombor dari mangkuk nasib dan anda perlu membuka laci almari bernombor yang tertera di kertas dari mangkuk nasib. Tilikan nasib tertera di helaian dari laci almari tersebut.
Melengkapi perjalanan bertuah anda, singgah sejenak di Lucky Tree. Untuk tahun baru yang makmur, petik salah satu ang pau yang tergantung di pokok tersebut dan saksikan isi sampul tersebut. Pelbagai hadiah menarik menanti anda seperti barangan eksklusif Huawei dan pelbagai lagi.
Gamatnya sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon tidak terhenti disitu. Beralih ke Zamberi River, tarikan di sini diberi nafas baru dan dipertingkatkan dengan bunyi gendang Afrika, dekorasi bercahaya ultra-ungu, semburan air dan bakul air. Dinginkan diri anda dengan berendam dan belayar menerusi sungai berwajah baru dengan menaiki pelampung yang boleh disewa pada harga yang berpatutan.
Nikmati pelbagai promosi yang ditawarkan seperti Chinese New Year Fortune Wheel! Gandakan tuah anda dengan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila anda membeli cenderahati dengan pembelian minimum RM188 dalam satu resit tunggal.
Bersesuaian dengan cuaca tropikal, anda boleh hilangkan rasa haus dengan pelbagai jenis minuman yang berasaskan tebu dengan tawaran harga yang berpatutan seperti Delight Cane, Karimbu Juice atau Sugar Cane Mojito. Jika perut berasa Lapar, dapatkan tawaran istimewa Sunway Lagoon Caterer’s Prosperity Combo Meal di mana-mana kiosk makanan Sunway Lagoon Caterer. Anda mencari lokasi sesuai untuk sesi pertemuan semula? Usah risau. Restoran Beach Bistro menawarkan menu istimewa sempena Tahun Baru Cina bermula dari RM388*
Semasa perayaan Tahun Baru Cina, Surf Beach akan dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan untuk para pengunjung terutamanya kanak–kanak, seperti Rat Race Animal Kingdom, CNY Chapteh dan CNY Sand Art.
“Sambutan perayaan merupakan aktiviti rutin bagi kami di Sunway Lagoon. Sambutan Tahun Baru Cina untuk edisi Tahun Tikus ini akan kami lakukan secara gilang gemilang untuk memastikan ianya tahun yang bertuah dan meriah demi pengalaman hari terbaik untuk seluruh keluarga dan sahabat handai,” kata En Sean SL Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon.
Nak dapatkan 4 tiket masuk PERCUMA ke Sunway Lagoon sempena Tahun Baru Cina ini? Klik link ini: LIBUR REWARDS
Jangan lupa abadikan dan muat naik momen istimewa anda dengan yang tersayang di Sunway Lagoon ke laman sosial media Facebook ataupun Instagram dengan tanda pagar #CNYMouseTale #BestDayEver dan #SunwayLagoonMY.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000, atau layari laman sesawang www.sunwaylagoon.com atau kunjungi facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI