Setiap tahun pada bulan Ramadhan, ramai yang ambil kesempatan untuk melancong ke pelbagai destinasi pelancongan samada dalam negeri atau ke luar negara. Ada yang memang seronok untuk berjalan ketika bulan puasa kerana faktor kewangan untuk makan dapat dikurangkan.
Ada juga yang memang mengambil peluang untuk ke negara luar untuk melihat bagaimana cara masyarakat destinasi tersebut menyambut Ramadhan terutama negara Islam. Selain itu, untuk penerbangan domestik atau sesetengah negara, ketika bulan puasa harga tiket dikatakan agak rendah dan berbaloi untuk dibeli. Tidak kisahlah apa jua tujuan anda melancong ketika bulan puasa, namun pastikan anda mengikuti segala tip ini agar trip travel dan amalan berpuasa anda dapat dilakukan dengan lancar serta sempurna.
Aplikasi ini penting untuk anda mengetahui waktu solat, waktu berbuka, imsak dan arah kiblat. Lagi bagus jika aplikasi yang anda muat turun turut dilengkapi dengan bacaan dan penterjemah Al-Quran. Selain itu, anda juga boleh dapatkan aplikasi mudah alih untuk memudahkan urusan anda mencari makanan halal, tempat solat dan jenis perkhidmatan pengangkutan.
Anda boleh merancang dan memilih destinasi yang sesuai untuk di lawati ketika sedang berpuasa. Tidak semestinya lokasi yang mesra muslim sahaja tetapi lokasi yang membantu anda secara tidak langsung berpuasa dengan baik. Contohnya bukan waktu malam yang sangat singkat, negara yang mempunyai suhu terlampau panas atau negara yang memerlukan anda melakukan banyak aktiviti yang memenatkan.
Selepas membuat keputusan memilih destinasi yang paling sesuai untuk anda melancong, sebaiknya buat perancangan terlebih dahulu. Anda perlu merancang perjalanan anda supaya anda tidak membazirkan masa dan tenaga semasa dalam perjalanan. Sebaiknya, sediakanlah itinerari yang tidak terlalu padat supaya tidak terkejar-kejar dan tidak penat. Pastikan anda mengambil makanan tambahan untuk dapatkan lebih tenaga dan tidak lupa untuk bersahur. Bawa juga bekalan makanan yang tahan lama ketika berjalan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya anda tidak jumpa restoran atau kedai makan halal apabila sudah hampir waktu untuk berbuka nanti.
Jika boleh cari kenalan yang ingin melancong bersama anda ketika bulan puasa. Jika seorang diri anda akan rasa masa bergerak terlalu perlahan. Mempunyai teman ketika melancong sewaktu bulan puasa sangat membantu untuk mengalihkan fikiran daripada berasa penat dan lapar. Selain itu,kos pengangkutan dan penginapan juga akan menjadi lebih murah kerana berkongsi.
Sekiranya, anda ke negara yang majoriti bukan Islam, masukan lawatan ke masjid tempatan di situ (sekiranya ada) atau kawasan komuniti muslim apabila hampir tiba waktu berbuka. Selalunya kawasan ini akan menghidangkan makanan percuma untuk orang Islam berbuka.
Selamat melancong!
Sumber: muslimtravelbug.com