Warga asing menggunakan perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor bakal dikenakan caj tidak lama lagi. 

Banyak aduan diterima kebanyakan perkhidmatan bas percuma dipenuhi dengan warga asing. Susulan itu, kerajaan Selangor membuat kajian mengenal pasti mekanisme terbaik untuk mengenakan caj kepada warga asing.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, langkah ini selaras dengan dasar subsidi bersasar diamalkan Kerajaan Negeri untuk dinikmati pembayar utama cukai kerajaan iaitu rakyat tempatan.

Ads

“Bagi memastikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, kita juga merangka kaedah baru sama ada pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan, bas percuma ini akan mula mengenakan caj kepada warga asing. Ini juga adalah salah satu kaedah meningkatkan rakyat tempatan menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor,” katanya.

Tiada Lagi Tambang Percuma Buat Warga Asing Guna Bas Smart Selangor. Caj Bakal Dikenakan!

Ads

Walau bagaimanapun menurut beliau, caj yang dikenakan kepada warga asing itu nanti adalah pada kadar berpatutan. Warga tempatan dan asing yang menggunakan perkhidmatan bas Smart Selangor akan dikenal pasti melalui kad pengenalan atau pasport bagi membolehkan caj dikenakan kepada pihak terlibat. Langkah yang masih dikaji mekanismenya itu diambil berikutan maklum balas pengguna Bas Smart Selangor sejak program itu dilancarkan.

Ads

Amirudin juga percaya langkah ini membantu Kerajaan Negeri mencapai sasaran 60 peratus pengguna jalan raya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berbanding 40 peratus menggunakan kenderaan persendirian menjelang 2025 hingga 2030.

Sumber: Selangorkini.my

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI