Kejadian kepala air dan tanah runtuh yang berlaku di Yan, Kedah dua hari lalu sangat mengejutkan kita rakyat Malaysia.
Peristiwa bencana alam ini menyebabkan keindahan kawasan terbabit seperti Pusat Rekreasi Titi Hayun musnah dalam sekelip mata.
Sebelum kejadian yang dahsyat ini, Pusat Rekreasi Titi Hayun yang terletak kira-kira 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar Kedah sering menjadi pilihan pengunjung untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
Antara kemudahan rekreasi yang disediakan untuk pengunjung ialah chalet, gerai makanan, tempat letak kenderaan, wakaf, surau, dewan terbuka, chalet, asrama dan tandas.
Paling menarik apabila pengunjung yang datang ke sini dan sebelum balik akan mengabadikan kenangan bergambar di Jambatan Gantung dikenali dengan nama Titi Hayun sebagai tanda kenang-kenangan.
Tetapi kini tiada lagi Titi Hayun yang menjadi tarikan utama di Pusat Rekreasi Terjun Titi Hayun ini.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial facebook, Akhmal Haffies Ahmad yang acap kali datang ke sini setiap kali balik ke kampung.
Menurutnya sebelum ini walau sibuk sekalipun dia akan cuba luangkan masa untuk balik sambil membawa anak-anak menikmati keindahan alam semulajadi.
Setiap bulan, walau sesibuk mana pun. Aku akan ambil masa untuk pulang ke kampung. Dan setiap kali pulang, wajib untuk bawa anak-anak melihat keindahan. Supaya mereka kenal asal usul. Ayah mereka asalnya di sini.
Warga Yan beruntung, dikelilingi keindahan alam. Ada laut dan pantai. Ada juga hutan, gunung dan sungai.
Hari ini, warga Yan diuji. Kuasa alam menunjukkan kuasa. Air bah keruh bersama selut datang merenggut segala.
Betapa kerdilnya kita di mata Allah. Dalam keadaan pandemik ini, musibah sebegini sangat menekan jiwa. Ada yang kehilangan nyawa.
Tiada lagi Titi Hayun yang menggamit memori. Tapi aku pasti, warga Yan akan bangkit kembali.
Mereka yang ada bukan calang-calang manusia. Orang Yan ni Urat Dawai Tulang Besi. Aminnn
Artikel Berkaitan:
Niagara Falls Of Malaysia, Indahnya Air Terjun Lusong Laku Di Kapit, Sarawak
Air Terjun Sungai Pandan Yang Cantik, Tertarik & Memang Best!
Beringat Sebelum Kena, Kenali Petanda Kemunculan ‘Kepala Air’ Ketika Beriadah Di Air Terjun