Saban hari, ribuan rakyat Malaysia yang menantikan dan mengikuti ciapan-ciapan istimewa yang dihantar oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajja Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter namun perkara itu mungkin tidak lagi akan berlaku setelah baginda akaun Twitter milik baginda.
Penutupan tersebut dipercayai berlaku ekoran beberapa wargamaya rakyat Malaysia yang melampaui batas dan melontarkan kata-kata seolah-olah merendah-rendahkan sifat keterbukaan, ramah mesra dan kasih sayang baginda terhadap rakyat sehingga menyinggung perasaan.
Penutupan akaun baginda atas nama @cheminahsayang ini jelas memberikan satu perasaan kehilangan dalam hati sanubari masyarakat Malaysia apabila melihat raja yang disayangi dan disanjung tinggi tidak lagi berinteraksi dengan rakyat jelata.
Satu hantaran di laman sosial Facebook bernama Afil Jefri berkata secara peribadi beliau setiap hari menantikan ciapan Twitter daripada baginda kerana perbuatan bersahaja baginda itu dapat merapatkan jurang institusi raja dan rakyat melalui laman sosial.
Kebanyakkan perkongsian baginda kata Afil adalah mengenai masakan, aktiviti harian, keluarga dan sekurang-kurangnya mengenai haiwan peliharaan keluarga baginda.
Dek kerena sifat keterbukaan baginda Tuanku untuk berkongsi aktiviti seharian di laman sosial inilah membuatkan rakyat dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana kehidupan raja kita yang mana tidak semua orang berpeluang untuk menyaksikan perkara itu setiap masa.
Tambah Afil, beliau hairan mengapa ada yang tidak senang kepada ciapan baginda tersebut kerana baginda tidak pernah membuat apa-apa ciapan yang menyinggung perasaan mana-mana pihak malahan, sebagai pengguna laman sosial, wargamaya sepatutnya tahu bahawa mereka mempunyai pilihan untuk tidak mengikuti akaun Twitter milik baginda sehingga membuat hantaran yang menyinggung perasaan.
"Kalau dah 'Block', tak perlu nak berkicau di sana sini dan keluarkan kenyataan yang mungkin boleh memudaratkan diri sendiri. Jejak digital yang kita tinggalkan memudahkan maklumat peribadi kita dicari dan diselidiki,
"Suka atau tak suka, itu hak peribadi masing-masing. Tapi, bila dikongsikan di media sosial dan mempengaruhi orang lain untuk turut serta, itu jadi tanggungjawab sosial dan bila dah tulis, kenalah bertanggungjawab dengan tindakan itu," tambah Afil.
Maka benarlah pepatah Melayu pernah berkata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Maka sebagai wargamaya yang menggunakan platfom laman sosial seharian, berhati-hatilah dan fikirlah sewajarnya dalam membuat apa-apa kenyataan agar tidak menyinggung perasaan sesiapa, apatah lagi Raja Permaisuri Agong kesayangan semua!
Sumber: Afil Jefri