Selepas beberapa destinasi pelancongan popular mengumumkan promosi hebat pembukaan semula operasi mereka, tidak terkecuali Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar turut membuat kejutan kepada pengunjung domestik merancak kembali idustri pelancongan yang suram sejak PKP.
Pengunjung tempatan dan segelintir warga asing yang berada di negara diberi kesempatan melawat Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar sempena kempen ‘We Are Free! – ‘masuk Percuma’ bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2020.
Di Menara Kuala Lumpur menerusi kempen itu, pengunjung tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk ke pelantar pemandangan tertutup (observatory deck), serta potongan 50 peratus ke pelantar pemandangan terbuka (sky deck). Sebelum kempen ini, pada hari biasa pengunjung perlu membayar RM30 untuk pergi ke yang pelantar pemandangan tertutup, dan RM71 untuk pelantar pemandangan terbuka. Manakala harga tiket bagi Menara Alor Setar yang dikenakan sebelum ini RM12 untuk dewasa dan RM8 kanak-kanak.
Ads
Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan kerajaan, pihak pengurusan menetapkan hanya 20 minit bagi satu slot, dengan setiap slot dihadkan antara 15 hingga 20 orang, bergantung kepada peraturan terkini daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Selain itu, katanya, semua pengunjung diwajibkan memakai pelitup separuh muka, manakala pihak Menara Kuala Lumpur akan memeriksa suhu badan, menyediakan cecair nyah kuman, merekodkan kehadiran menerusi aplikasi MySejahtera serta menyediakan garisan untuk memastikan penjarakan sosial ketika beratur.
Ads
Berikut adalah waktu lawatan baharu:
Ads
Menara Kuala Lumpur 10.00 pagi – 7.00 malam (Dibuka setiap hari)
Menara Alor Setar – 10.00 pagi – 10.00 malam (Dibuka setiap hari)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 layari www.menarakl.com.my manakala Menara Alor Setar ditalian 04-720 2901 layari www.menaraalorsetar.com.my
Aset tentera yang banyak tidak menjadikan kuasa tentera itu lebih kuat.
Kekuatan ketenteraan juga berpandukan kepada keupayaan tentera di bahagi dengan jumlah penduduk sesebuah negara, bajet tahunan ketenteraan, jumlah tentera yang aktif, jumlah tentera simpanan, sejarah penglibatan dalam perang, bantuan ketenteraan dalam situasi perang negara lain, penglibatan tentera pengaman, negara sekutu, strategi, keupayaan senjata nuklear dan banyak lagi faktor lain.
Ada negara tidak memiliki kereta kebal atau kapal perang ; bergantung kepada geografi sesebuah negara. Namun kesemua negara miliki pesawat tentera.
Permulaan dari senarai bawah tak bermaksud ketenteraan negara itu lemah. Austria, Denmark, Norway, Sweden, Swtizerland, dan Kanada merupakan negara lebih diplomasi, aman dan kurang terlibat dalam peperangan era moden. Berikut adalah senarai 41 negara yang memiliki kuasa tentera yang kuat di dunia dengan perincian kekuatan bagi tahun 2017.
*Kedudukan ini tidak menentukan kemenangan sesebuah negara dalam perang sebenar
41 | Austria
Jumlah askar aktif: 30 000
Jumlah askar simpanan: 27 000 Pesawat: 125 Kereta kebal: 56
Kapal perang: Tiada
40 | Denmark
Jumlah askar aktif: 25 000
Jumlah askar simpanan: 63 000 Pesawat: 74 Kereta kebal: 57
Kapal perang: 90
39 | Norway
Jumlah askar aktif: 26 500
Jumlah askar simpanan: 42 250 Pesawat: 104 Kereta kebal: 52
Kapal perang: 62
38 | Sweden
Jumlah askar aktif: 14 000
Jumlah askar simpanan: 26 000 Pesawat: 228 Kereta kebal: 120
Kapal perang: 313
37 | Switzerland
Jumlah askar aktif: 140 000 Jumlah askar simpanan: 77 000 Pesawat: 185 Kereta kebal: 224 Kapal perang: Tiada
36 | Kanada
Jumlah askar aktif: 95 000
Jumlah askar simpanan: 51 000
Pesawat: 426
Kereta kebal: 181
Kapal perang: 63
35 | Australia
Jumlah askar aktif: 60 000
Jumlah askar simpanan: 44 240
Pesawat: 417
Kereta kebal: 59
Kapal perang: 52
34 | Malaysia
Jumlah askar aktif: 110 000
Jumlah askar simpanan: 296 500 Pesawat: 227 Kereta kebal: 74
Kapal perang: 61
33 | Filipina
Jumlah askar aktif: 220 000
Jumlah askar simpanan: 430 000
Pesawat: 135
Kereta kebal: 45
Kapal perang: 135
32 | Singapura
Jumlah askar aktif: 512 000
Jumlah askar simpanan: 950 000 Pesawat: 262 Kereta kebal: 212
Kapal perang: 40
31 | Thailand
Jumlah askar aktif: 310 000
Jumlah askar simpanan: 245 000
Pesawat: 551
Kereta kebal: 722
Kapal perang: 81
30 | Indonesia
Jumlah askar aktif: 476 000
Jumlah askar simpanan: 400 000
Pesawat: 420
Kereta kebal: 468
Kapal perang: 171
29 | Vietnam
Jumlah askar aktif: 415 000
Jumlah askar simpanan: 5 040 000
Pesawat: 289
Kereta kebal: 1470
Kapal perang: 65
28 | Taiwan
Jumlah askar aktif: 300 000
Jumlah askar simpanan: 1 675 000
Pesawat: 815
Kereta kebal: 2005
Kapal perang: 102
27 | Afrika Selatan
Jumlah askar aktif: 89 000
Jumlah askar simpanan: 17 100 Pesawat: 212 Kereta kebal: 195
Kapal perang: 30
26 | Republik Czech
Jumlah askar aktif: 21 100 Jumlah askar simpanan: 11 000 Pesawat: 114 Kereta kebal: 123
Kapal perang: Tiada
25 | Belanda
Jumlah askar aktif: 50 000
Jumlah askar simpanan: 32 200 Pesawat: 164
Kereta kebal: Tiada Kapal perang: 56
24 | Mexico
Jumlah askar aktif: 270 000 Jumlah askar simpanan: 76 500 Pesawat: 400 Kereta kebal: Tiada Kapal perang: 143
23 | Colombia
Jumlah askar aktif: 445 000 Jumlah askar simpanan: 62 000 Pesawat: 447 Kereta kebal: Tiada Kapal perang: 234
22 | Sepanyol
Jumlah askar aktif: 125 000
Jumlah askar simpanan: 16 200 Pesawat: 540 Kereta kebal: 327
Kapal perang: 46
21 | Algeria
Jumlah askar aktif: 512 000
Jumlah askar simpanan: 400 000 Pesawat: 451 Kereta kebal: 975
Kapal perang: 60
20 | Arab Saudi
Jumlah askar aktif: 235 000
Jumlah askar simpanan: 25 000 Pesawat: 722 Kereta kebal: 1210
Kapal perang: 55
19 | Ukraine
Jumlah askar aktif: 160 000
Jumlah askar simpanan: 1 000 000 Pesawat: 234 Kereta kebal: 2809
Kapal perang: 25
18 | Brazil
Jumlah askar aktif: 330 000
Jumlah askar simpanan: 1 800 000 Pesawat: 735 Kereta kebal: 486
Kapal perang: 113
17 | Jerman
Jumlah askar aktif: 180 000
Jumlah askar simpanan: 145 000
Pesawat: 676
Kereta kebal: 408
Kapal perang: 81
16 | Poland
Jumlah askar aktif: 120 000
Jumlah askar simpanan: 515 000
Pesawat: 461
Kereta kebal: 1009
Kapal perang: 83
15 | United Kingdom
Jumlah askar aktif: 150 000
Jumlah askar simpanan: 182 000
Pesawat: 879
Kereta kebal: 407
Kapal perang: 66 Keupayaan nuklear: Ya
14 | Itali
Jumlah askar aktif: 320 000
Jumlah askar simpanan: 42 000
Pesawat: 785
Kereta kebal: 586
Kapal perang: 174
13 | Israel
Jumlah askar aktif: 160 000
Jumlah askar simpanan: 630 000
Pesawat: 691
Kereta kebal: 4170
Kapal perang: 66 Keupayaan nuklear: Ya
12 | Pakistan
Jumlah askar aktif: 620 000
Jumlah askar simpanan: 515 000
Pesawat: 923
Kereta kebal: 2924
Kapal perang: 74 Keupayaan nuklear: Ya
11 | Perancis
Jumlah askar aktif: 205 000
Jumlah askar simpanan: 195 770
Pesawat: 1282
Kereta kebal: 423
Kapal perang: 113 Keupayaan nuklear: Ya
10 | Jepun
Jumlah askar aktif: 250 000
Jumlah askar simpanan: 57 900
Pesawat: 1590
Kereta kebal: 678
Kapal perang: 131
9 | Iran
Jumlah askar aktif: 545 000
Jumlah askar simpanan: 1 800 000 Pesawat: 479 Kereta kebal: 1658
Kapal perang: 397 Keupayaan nuklear: Ya
8 | Korea Selatan
Jumlah askar aktif: 625 000
Jumlah askar simpanan: 2 900 000
Pesawat: 1451
Kereta kebal: 2381
Kapal perang: 166
7 | Turki
Jumlah askar aktif: 410 500
Jumlah askar simpanan: 185 630
Pesawat: 1007
Kereta kebal: 3778
Kapal perang: 115
6 | Mesir
Jumlah askar aktif: 470 000
Jumlah askar simpanan: 800 000
Pesawat: 1133
Kereta kebal: 4624
Kapal perang: 245
5 | Korea Utara
Jumlah askar aktif: 700 000
Jumlah askar simpanan: 4 500 000 (kebanyakan rakyat Korea Utara juga tentera simpanan) Pesawat: 944 Kereta kebal: 4200
Kapal perang: 1061 Keupayaan nuklear: Ya
4 | India
Jumlah askar aktif: 1 325 000
Jumlah askar simpanan: 2 143 000
Pesawat: 2086
Kereta kebal: 6464
Kapal perang: 202 Keupayaan nuklear: Ya
3 | China
Jumlah askar aktif: 2 335 000
Jumlah askar simpanan: 2 300 000
Pesawat: 2942
Kereta kebal: 9150
Kapal perang: 673 Keupayaan nuklear: Ya
2 | Russia
Jumlah askar aktif: 766 055
Jumlah askar simpanan: 2 485 000
Pesawat: 3547
Kereta kebal: 15 398
Kapal perang: 352 Keupayaan nuklear: Ya
1 | Amerika Syarikat
Jumlah askar aktif: 1 400 000
Jumlah askar simpanan: 1 100 000
Pesawat: 13 444
Kereta kebal: 8848
Kapal perang: 473 Keupayaan nuklear: Ya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Untuk pemilik haiwan comel seperti kucing, sila ambil perhatian ya!
Kucing didapati boleh menjangkiti kucing lain dengan COVID-19 walaupun mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom.
Kajian terbaharu itu diterbitkan dalam New England Journal of Medicine itu dijalankan oleh Yoshihiro Kawaoka, pakar virus terkemuka dari Universiti Tokyo serta saintis lain dari Universiti Wisconsin. Mereka, bagaimanapun, mendapati masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan kucing boleh menyumbang kepada penularan COVID-19, lapor AP.
Dalam kajian itu, pengkaji menjangkiti tiga kucing dengan virus tersebut. Selepas ketiga-tiga kucing itu bergaul dengan kucing lain yang sihat selama beberapa hari, kucing lain dikesan turut dijangkiti virus berkenaan. Namun, tiada seekor kucing yang terlibat menunjukkan simptom lazim seperti perbezaan suhu badan atau kehilangan berat badan.
“Melihat kepada keperluan untuk menghentikan pandemik koronavirus ini melalui pelbagai mekanisme, pemahaman lebih mendalam tentang bagaimana kucing boleh menyebarkan SARS-CoV-2 kepada manusia adalah perlu,” kata kumpulan pengkaji itu kepada New England Journal of Medicine.
Dalam pada itu, belum ada bukti yang menunjukkan COVID-19 boleh dijangkiti dari haiwan ke manusia. Sebelum ini, dua kucing pertama di New York yang disahkan positif wabak itu menunjukkan sedikit simptom respiratori, namun dijangka akan pulih sepenuhnya. Selain itu, tiga singa dan harimau di Zoo Bronx, New York turut didapati positif virus berkenaan.
Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menyarankan agar pemilik memastikan haiwan peliharaan mereka kekal di dalam rumah serta mengamalkan penjarakan sosial sekiranya perlu dibawa keluar.
Pusat peranginan Desaru Coast yakin dan sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong pasca-COVID-19 dengan menawarkan pelbagai pakej percutian dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.
Dua pakej istimewa ditawarkan kepada pengunjung sempena kempen ‘Don’t Join The Crowd’ iaitu Sun-tastic Getaway dan Golf Galore @ Desaru Coast. Promosi ini menawarkan penjimatan sehingga 60 peratus. Tawaran pakej Sun-tastic Getaway yang berharga dari RM689 untuk percutian selama dua hari satu malam bagi dua orang dewasa dan dua kanak-kanak, menawarkan pelbagai aktiviti menarik di sekitar Desaru dan ia boleh digunakan di tiga hotel berstatus premium iaitu Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Anantara Desaru Coast Resort & Villas.
Sementara itu, pakej Golf Galore @ Desaru Coast yang berharga dari RM799 pula menawarkan percutian selama dua hari satu malam. Pakej itu termasuk penginapan di hotel dan akses tanpa had untuk bermain golf di The Els Club Desaru Coast – Ocean Course. Tempoh pembelian untuk kedua-dua pakej ini adalah sah sehingga 30 September 2020 dan tempoh percutian adalah sehingga 23 Disember 2020.
Di pusat peranginan Desaru Coast ini juga menyediakan aktiviti sukan tidak membabitkan sentuhan dan program pendidikan berbentuk hiburan. Antaranya ialah program pendidikan mengenai alam semulajadi melibatkan lawatan ke kebun buah, pengalaman memandu kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) dan meneroka kawasan paya bakau di Hutan Simpan Panti.
Pengunjung tidak perlu risau untuk bercuti ke destinasi ini kerana pengurusan Desaru Coast telah melaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aspek kesihatan, keselamatan, kawalan dan persekitaran ketat yang dilakukan oleh pihak pengurusan, selaras dengan arahan kerajaan. Antara SOP itu ialah mengawal kemasukan tetamu dengan melakukan pemeriksaan suhu badan, mewajibkan pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair pembasmi kuman serta mengamalkan penjarakan sosial. Pihak pengurusan Desaru Coast mengutamakan kesihatan, keselamatan tetamu, pekerja dan pelbagai perkara lain. Justeru, jika wujud kes COVID-19, kami akan melaporkan kes tersebut kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...