The Trails of Kampar di Perak Ni Tarikan Paling Cun Kalau Korang Nak Amik Gambar Instagram!

Share

Tempat ni sumpah cun, lagi-lagi kalau korang jenis yang suka ambil gambar. Hari ini sudah menjadi ‘trend’, ramai yang berminat untuk ke sesuatu lokasi itu, jika mempunyai kelainan terutama untuk merakam gambar dan dikongsikan ke laman sosial peribadi.

Anda tercari-cari lokasi ideal untuk ber ‘OOTD’, pra graduan atau abadikan gambar perkahwinan di sekitar Kampar Perak? Boleh singgah ke Bandar Agacia atau dikenali sebagai The Trails of Kampar untuk melihat kelainan daerah ini dari sisi yang lain.

Terletak tidak jauh dari bandar Kampar, deretan bangunan kedai tiga tingkat yang dicat dengan kombinasi pelbagai warnal-warna ceria menyerupai bangunan  deretan kedai di bandar zaman kolonial. Rekaan bangunan di Bandar Agacia ini tampil dengan konsep yang unik dan ceria berdasarkan idea kartun animasi serta fantasi terutama di University Square Kampar. Pembinaannya mengambil inspirasi daripada ‘The Trails of Redmond’ iaitu satu bandar di Washington, Amerika Syarikat.

Dapat abadikan foto berlatar belakangkan kawasan ini memang menarik kan? Anda kena pandai menggunakan sudut yang pelbagai untuk mendapatkan gambar terbaik.

Setiap unit bangunan mempunyai ciri dan rekabentuk tersendiri serta berbeza antara satu sama lain. Sambil bergambar dan bersiar-siar, jika terasa lapar dan dahaga, lokasi itu turut menempatkan beberapa kemudahan kedai makan seperti kafe yang dihiasi indah mengikut tema di bandar itu. Lebih menarik jika anda memilih untuk duduk di kawasan terbuka bersantai sebentar sambil berborak dengan yang tersayang.

Nama setiap lorong di Bandar Agacia ini juga dinamakan dengan nama yang kreatif berdasarkan konsep bangunan yang terdapat di lorong tersebut antaranya seperti Disney Avenue, Castle Avenue

 dan Pavilion Avenue.

Bandar Agacia ini dikatakan lebih popular dalam kalangan orang luar berbanding penduduk tempatan yang mungkin tidak menyedari kewujudan port menarik ini. Jom lah orang Perak datang bersiar-siar ke sini sambil merakam gambar best untuk dijadikan kenang-kenangan.

 

Trivia
Sejarah lokasi Bandar Agacia ini dahulunya merupakan bekas daripada tapak tasik terbentuk hasil tinggalan aktiviti perlombongan biji timah yang pesat membangun pada satu ketika dulu.

 

Sumber Foto: FB Bandar / Agacia says / instahu

Oleh
Epul