The Habitat Bukit Bendera, Hutan Simpanan Kekal Berusia 130 Juta Tahun

Share

Tidak lengkap percutian ke Pulau Pinang tidak ke Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit. Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia.

Bukit Bendera terletak di seberang pulau dan boleh dikunjungi dengan menggunakan keretapi Bukit Bendera. Dari puncak Bukit Bendera, anda akan dapat melihat seluruh negeri ini serta bangunan tertinggi di Pulau Pinang iaitu Komtar. Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit.

Selami keajaiban alam semulajadi di Bukit Bendera dengan bangunan-bangunan bergaya arkitektur kolonial lama. Setiap pengunjung dapat merasai aktiviti dan pengalaman menarik dengan daya tarikan unik di Bukit Bendera.

Antara lokasi menarik untuk dikunjungi di Bukit Bendera adalah The Habitat iaitu merupakan sebahagian daripada Hutan Simpanan Kekal Bukit Bendera di Pulau Pinang. The Habitat yang terletak di puncak Bukit Bendera berada dalam Hutan Simpanan Kekal Bukit Kerajaan di mana pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi secara dekat. Ia turut menempatkan beberapa bangunan bersejarah seperti Bel Retiro, Convalescent dan Fern Hill.

Laluan hutan yang merentasi The Habitat diberi nama Denai Alam Semula Jadi. Denai sepanjang 1.6 kilometer itu ibarat sempadan kepada Hutan Simpanan Kekal Bukit Kerajaan itu. Hutan simpanan kekal yang berusia 130 juta tahun itu telah diwartakan pada tahun 1911 dan antara hutan simpanan yang tertua di negara ini. Jika mahukan pemandangan lebih menarik, pengunjung disarankan datang ketika matahari terbenam dan sesuai untuk pasangan yang inginkan suasana romantis.

Ini perkongsian foto di The Habitat sumber daripada Fir Daus & Jid San

Tempat ini membolehkan anda berada lebih dekat dengan flora dan fauna serta tawarkan view Bukit Bendera daripada sudut berbeza. Ia mempunyai canopy walk untuk anda berjalan di hutan hujan tertua di Penang – dikatakan berusia 130 juta tahun. Korang juga dapat melayan sunset cantik di sini

Bayaran:

  • Self Guided Walk (Dewasa RM65 seorang & kanak-kanak/ warga emas / pelajar RM45 seorang)
  • Guided Walk (Dewasa RM95 seorang & kanak-kanak/ warga emas / pelajar RM65 seorang)

Waktu operasi: 9 pagi hingga -7 petang.

Oleh
Husna