Tidak lengkap percutian ke Pulau Pinang tidak ke Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit. Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia.
Bukit Bendera terletak di seberang pulau dan boleh dikunjungi dengan menggunakan keretapi Bukit Bendera. Dari puncak Bukit Bendera, anda akan dapat melihat seluruh negeri ini serta bangunan tertinggi di Pulau Pinang iaitu Komtar. Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit.
Selami keajaiban alam semulajadi di Bukit Bendera dengan bangunan-bangunan bergaya arkitektur kolonial lama. Setiap pengunjung dapat merasai aktiviti dan pengalaman menarik dengan daya tarikan unik di Bukit Bendera.
Ads
Antara lokasi menarik untuk dikunjungi di Bukit Bendera adalah The Habitat iaitu merupakan sebahagian daripada Hutan Simpanan Kekal Bukit Bendera di Pulau Pinang. The Habitat yang terletak di puncak Bukit Bendera berada dalam Hutan Simpanan Kekal Bukit Kerajaan di mana pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi secara dekat. Ia turut menempatkan beberapa bangunan bersejarah seperti Bel Retiro, Convalescent dan Fern Hill.
Laluan hutan yang merentasi The Habitat diberi nama Denai Alam Semula Jadi. Denai sepanjang 1.6 kilometer itu ibarat sempadan kepada Hutan Simpanan Kekal Bukit Kerajaan itu. Hutan simpanan kekal yang berusia 130 juta tahun itu telah diwartakan pada tahun 1911 dan antara hutan simpanan yang tertua di negara ini. Jika mahukan pemandangan lebih menarik, pengunjung disarankan datang ketika matahari terbenam dan sesuai untuk pasangan yang inginkan suasana romantis.
Tempat ini membolehkan anda berada lebih dekat dengan flora dan fauna serta tawarkan view Bukit Bendera daripada sudut berbeza. Ia mempunyai canopy walk untuk anda berjalan di hutan hujan tertua di Penang – dikatakan berusia 130 juta tahun. Korang juga dapat melayan sunset cantik di sini
Bayaran:
Self Guided Walk (Dewasa RM65 seorang & kanak-kanak/ warga emas / pelajar RM45 seorang)
Guided Walk (Dewasa RM95 seorang & kanak-kanak/ warga emas / pelajar RM65 seorang)
Waktu operasi: 9 pagi hingga -7 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai dah mula rindu untuk berlibur dan bersantai di taman-taman tema yang ada diseluruh Malaysia setelah hampir tiga bulan operasi di destinasi tersebut ditutup buat sementara waktu.
Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia menjangka taman tema di Malaysia akan kembali meriah apabila dibuka semula setelah terdapat permintaan tinggi daripada orang ramai untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut.
Sebagai contoh, pembukaan semula Taman Tema Disneyland Shanghai berjaya menarik sehingga 5,000 pengunjung setiap hari, serta pembukaan taman tema berkenaan di Hong Kong pada 18 Jun. Tarikan lain di Malaysia pula, seperti Bukit Bendera, telah berjaya menarik ramai pengunjung sejak dibuka semula.
Presiden Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia Tan Sri Richard Koh berkata rakyat Malaysia pastinya ingin keluar dan menikmati alam sekitar, terutama setelah tinggal di rumah selama berbulan-bulan mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang wabak COVID-19.
Beliau berharap kerajaan Persekutuan akan membenarkan pembukaan semula semua taman tema dan tarikan di seluruh negara tidak lama lagi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sewajarnya.
Di Pulau Pinang sebuah taman tema di Teluk Bahang dibenarkan beroperasi semula. Hanya tarikan bertema alam di taman itu, "AdventurePlay" yang dibuka manakala "Waterplay", tarikan berasaskan air yang merangkumi gelongsor air terpanjang di dunia, masih ditutup untuk umum. Pembukaan semula taman tema itu dengan syarat mematuhi SOP, termasuk memberi sarung tangan kepada pengunjung, melakukan penjarakan sosial dan menyah kuman semua kemudahan taman tema. Jumlah pengunjung juga dihadkan kepada hanya 1,000 sehari (berbanding kira-kira 3,000 setiap hari sebelum PKP.
Sunway Lagoon juga telah mula beroperasi tetapi hanya tarikan 'Zoo' taman haiwannya sahaja yang dibuka kepada pengunjung. Taman tema air yang lain masih ditutup hingga kerajaan kembali memberi kebenaran untuk beroperasi.
Kunjungan ke Taiwan pastinya tidak mengecewakan kerana ia memiliki banyak destinasi menarik untuk dikunjungi antaranya Shangrila Leisure Farm.
Terletak berhampiran gunung Doyuan berkedudukan pada ketinggian 250 meter dari paras laut, suhu di lokasi ini agak sejuk dan nyaman. Pelancong luar yang datang ke Taiwan pasti dicadangkan untuk singgah ke sini untuk lawatan satu hari atau tidur beberapa malam.
Di Shangrila Leisure Farm pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis buah segar ditanam, seperti buah naga, buah kundur, limau dan banyak lagi. Shangrila Leisure Farm turut mempunyai resort penginapan yang berkonsep ala kawasan pergunungan Eropah, dan paling penting ia mesra muslim.
Suasana di sini cukup ‘berangin’ dan sesuai untuk percutian keluarga atau berbulan madu. Spot lokasi yang menjadi tarikan pengunjung untuk merakan gambar kenang-kenangan di sini ialah di sebuah kawasan buaian kayu gergasi yang menghadap pemandangan indah.
Makan malam yang disajikan buat tetamu juga dijamin halal berupa menu sayur, taufu, udang dan ikan. Menu makanan semuanya segar hasil ladang-ladang ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada di sini. Paling menarik, pada malam hari pengunjung diberi kesempatan menerbangkan tanglung kertas yang dibakar. Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah bermain gasing, atau membuat manisan tradisional.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa cakap kat Muar tak ada tempat best? Jom singgah Taman Tanjung Ketapang, lokasi yang terletak di Johor ini memang sangat cantik dan tenang.
Biasanya ramai yang datang di Taman Ketapang ini untuk beriadah waktu pagi atau petang. Menurut perkongsian saudari Adda, tempat ini cantik dan tenang bila datang awal pagi.
Taman Tanjung Ketapang
Untuk masuk menikmati alam semula jadi di sini, percuma. Jadi anda boleh lah tenangkan fikiran sejenak dengan pemandangan yang indah sekitar ini.
Selain daripada jogging, anda boleh tengok sunset di kawasan bakau ini. Tetapi kalau pergi terawal, anda tak dapat nak tengok sunset kat sini.
Korang kalau nak datang sini waze je Taman Tanjung Ketapang. Jangan pelik tak nampak pun bakau dari kawasan parking itu nanti.
Memang tak salah tempat, anda kena lah exercise sikit dalam 10 minit macam itu. Nampak signboard tg ketapang pergi arah kanan, baru lah jumpa kawasan paya bakau ini.
Lokasi:
Taman Tanjung Ketapang, 84000 Muar Johor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!