The Florescence Batang Kali, ‘Port’ Lepak Untuk Korang Yang Suka Orkid. Dessert Dia Menarik!!

Share

Orkid antara tumbuhan paling popular di dunia kerana mempunyai karakter menarik dan pelbagai warna seperti ungu, merah, kuning, biru, hijau dan coklat. Ada pelbagai jenis orkid ada dijual di pasaran dan tahukah anda hutan di negara ini antara yang mempunyai ribuan jenis dan spesies orkid.

Bagi anda peminat orkid, wajib untuk datang bersantai di The Florescence by World of Phalaenopsis, Batang Kali. Selain menjamu selera dengan santapan pemanis mulut yang lazat, anda juga boleh membeli dan membawa pulang bunga orkid yang ada di dalam kafe indah ini. Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan di setiap sudut di sini.

Ini perkongsian daripada saudara Fariz Ali yang berpeluang bersantai di ‘kafe orkid’ ini.

Kafe Dibanjiri Orkid

Bertempat di The Florescence by World of Phalaenopsis Batang Kali. Tempat ini bukanlah untuk kaki bunga sahaja, malah sesuai untuk kaki makan juga!

  • Kafe ini sememangnya mempunyai identiti yang tersendiri. Tatkala anda memasuki pintu cafe ini, anda pasti terpukau dengan kemasan dalamannya yang bertemakan bunga orkid. Bunganya sungguh banyak. Boleh dikatakan di setiap sudut cafe.
  • Suasana kafe yang seperti taman, ditemani pula keluarga tersayang sememangnya pengalaman yang sangat berharga.
  • Menunya pula boleh tahan sedap. Jangan lupa untuk memesan hidangan waffle bercampur aiskrim mereka. Terdapat 3 perisa kesemuanya iaitu strawberry, pisang dan kiwi. Saiz wafflenya agak besar juga. Boleh dikongsi-kongsi dalam satu hidangan. Untuk hidangan yang lain pula, saya kongsikan senarai menu beserta harganya sekali untuk rujukan anda di dalam gambar.

Jemputlah ke cafe ini. Pasti anda tidak menyesal, silap-silap, datang berkali-kali pula!

Oleh
Husna