The Everly Putrajaya Dinobatkan ‘ Best 4-Star Hotel’

Ads

The Everly Putrajaya dinobatkan sebagai ‘Best 4 –Star Hotel untuk Anugerah Going Places Readers Choice 2016. Pengurus External and Media Relations Malaysia Airlines Berhad ( MAB) , Cik Adlina Mohamed Azharuddin  menyampaikan anugerah tersebut kepada The Everly Group Managing Director , Encik Dennis Tan, mewakili pihak The Everly Putrajaya.

Dianjurkan oleh Malaysia Airlines Going Places, anugerah ini dicetuskan untuk menobatkan jenama pelancongan dan gaya hidup yang terbahagi kepada 14 kategori termasuk Best 5-Star Hotel, Best 3-Star Hotel, Best Travel Agent, Best Restaurant, Best Spa, Best Shopping Mall dan Best Beach Resort.

Ads

The Everly Putrajaya tampil sebagai pemenang bagi kategori 4-star hotel sebaik mendapat undian tertinggi daripada pembaca Going Places untuk kategori hotel dalam rangkaiannya.

Ads

Lokasinya  strategik,  terletak di tengah pusat perniagaan , hiburan , tempat makan dan membeli-belah di Putrajaya.  The Everly Putrajaya dilengkapi 380 bilik untuk kemudahan pengunjung, kapasiti muatan 1,500 dalam dewan bankuet,  lapan bilik mesyuarat, restoran , café lounge, kolam renang serta gimnasium.Semuanya dikendalikan oleh The Everly Group.

Buat masa ini The Everly Group mengendalikan enam hotel termasuk ParkCity Everly Hotel Bintulu, ParkCity Everly Hotel Miri, Prescott Hotel Kuala Lumpur-Medan Tuanku, Prescott Hotel Kuala Lumpur-Sentral dan Prescott Hotel Kajang.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI