Thailand Akan Buka Semula Phuket Untuk Pelancong Tanpa Kuarantin, Syaratnya Dah Divaksin

Share

Thailand sedang membuat persediaan untuk membuka semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin, bermula 1 Julai.

Di bawah skim “Phuket Sandbox”, pelancong asing yang telah divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin.

Namun, perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain.

“Pembukaan semula bergantung pada situasi COVID-19 di Thailand dan luar negara serta persetujuan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA),” kata Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun pada satu taklimat harian COVID-19 baru-baru ini.

Beliau berkata, setakat ini sekitar 50 peratus penduduk Phuket telah divaksin.

Skim yang dicadangkan itu akan dibincang semasa mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha Isnin depan, sebelum mendapatkan kelulusan Kabinet pada Selasa.

Kredit: Pexel Photo

Terdahulu, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata, Phuket akan menjadi destinasi pertama di Thailand yang akan dibuka semula kepada pelancong asing yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.

“Kita semua di TAT gembira dan semua orang di Phuket sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong asing tidak lama lagi.

“Mulai 1 Julai 2021, pelancong asing yang sudah divaksin akan dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin, jadi nantikan pembukaan Phuket,” katanya dalam satu kenyataan.

TAT menjangkakan kira-kira 129,000 pengunjung akan ke pulau itu antara Julai dan September tahun ini.

SUMBER: BERNAMA VIA ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan:

Jadi Rebutan Banyak Negara, Ini Keistimewaan & Keindahan Pulau Layang-Layang Yang Terletak Di Sabah

Jangan Tunggu Usia Tua Baru Nak Mengembara, Lakukan Segera Ketika Usia Masih Muda!

Uniknya Turtle Cave Di Pulau Sipadan, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia

Oleh
Siti Zurina Mat Saman