Keterujaan untuk bercuti setelah lama tidak melakukan aktiviti beriadah bersama keluarga menjadikan percutian kali ini sangat menyeronokkan.
Apatah lagi kerajaan juga telah memberi kebenaran untuk merentas negeri dan boleh bercuti di mana-mana saja lokasi yang lebih selamat.
Bagi sahabat Family Camping Malaysia, Fieza Khairi dia sangat teruja untuk memulakan ‘adventure camping’ yang baru pertama kali mencubanya.
Ternyata tanpa talian telefon, keseronokan melalui pengalaman percutian bertemakan nature ini memberi makna tersendiri.
We are so excited to start this ‘adventure camping’ by the river. No phone coverage, and yes we survived.
Percubaan pertama untuk camping.Banyak dapat ilmu dari group family camping ni.
GG Retreat.BTS di Seremban pilihan kami untuk permulaan.
Kami pilih campervan area. Belakang khemah ada surau dan toilet. Untuk sampah kena bayar RM40. Kami 4 couple kutip RM10/couple.
Depan khemah kami sungai. Dari minat hiking terus ke camping. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Pengalaman manis buat kami.
Panas , memang panas. Mana2 aktiviti outdoor pun panas kan. Kena belajar untuk terima segalanya.
Share toilet dan masalah air. Kalau nak sempurna dan selesa check in glamping style.semua dah tersedia.
Masa kejadian memasing cakap penat dan panas , tapi lepas tu tanya eh lepas ni nak camping mana pulak ,
Yes more to come !!
Artikel Berkaitan:
Saksikan Keindahan Sunset Dari Atas Pokok, Jom Staycation Rumah Hutan Di Rainforest Tree House
Percutian Camping Balik Hari Di Casa De Lui, Hulu Langat. Kejap Tapi Berbaloi Keseronokannya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI