Bila sebut tentang pulau yang cantik terutamanya di Semenanjung Malaysia, pastinya ramai yang tertumpu ke negeri Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang.
Namun tahukah anda negeri Johor juga mempunyai pulau-pulau yang sangat menarik!
Mersing pekan kecil yang terletak 136km dari Johor Bahru. Namun, Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di Johor. Pulau ini mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Ia hanya boleh diakses menggunakan bot. Jeti Mersing terkenal sebagai pusat pelepasan bot bagi 9 pulau termasuk Pulau Tioman, kecuali Pulau Sibu.
Terdapat 9 pulau di Johor
Pulau Aur
Pulau Besar
Pulau Pemanggil
Pulau Rawa
Pulau Tinggi
Pulau Sibu
Pulau Harimau
Pulau Dayang
Pulau Tengah
Pulau Aur
Terletak 80km dari Mersing, Pulau Aur adalah sebahagian dari Taman laut Johor. Ia semakin popular dikalangan pelancong kerana kolam semulajadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna -warni dan pantai yang cantik.
Dari Pulau Aur, anda boleh ke pulau kecil Pulau Dayang. Kedua-dua pulau ini terbaik bagi kaki selam skuba memandangkan Pulau ini jauh dari Pantai, air disini sangat jernih dan banyak spesis hidupan marin termasuk baracuda dan pari besar boleh dijumpai. Ramai pelancong Singapura datang ke sini.
Monsun timur laut membawa hujan lebat ke pulau sekitar November dan Mac, manjadikan pulau sukar diakses dan tidak selamat untuk aktiviti. Monsun tenggara juga hadir sekitar Mei dan September, menjadikan bulan-bulan lain waktu ideal untuk dilawati.
Pulau Besar
Dulu dikenali Pulau Babi Besar. Dipercayai banyak babi hutan liar di sini, namun kini menghilang. Pulau Besar boleh diakses selepas menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Jika anda pernah menonton rancangan realiti TV Expedition Robinson, maka anda tahu anda bakal ke syurga dunia.Pantai yang bersih cantik dan putih serta resort cantik menanti anda, bersama hidupan marin dan kepelbagaian batu karang yang cantik.
Menyelam skuba juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini. Anda juga boleh akses Pulau Harimau yang berhampiran.
Ads
Walaupun pulau ini agak kecil (4 km panjang , lebar 1km) terdapat 4 resort untuk dipilih. D’Coconut yang paling selesa sementara yang lain menawarkan penginapan asas. Banyak aktiviti dan sukan air di sini. Bola tampar pantai berada di resort Aseana; anda boleh bermain dengan pengunjung lain. Serta padang golf 18 lubang juga ada disini.
Meskipun bahagian tengah pulau berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Anda juga boleh menghabiskan masa dengan penduduk tempatan di kelong mereka dan mempelajari cara menangkap ikan.
Pulau Pemanggil
Pulau ini terletak 45km dari Mersing. Perjalanan mengambil masa sekitar 4-5 jam. Air disini amat jernih dan pasirnya keemasan bersih. Pulau ini menawarkan cerita rakyat tradisi orang kampung, pengalaman memancing dan merasa durian dan mangga dari dusun.
Hikayat pulau ini dipercayai lelaki Indonesia dan keluarganya belayar berhampiran Pulau. Kemudian malamnya bermimpi suara memanggil untuk menghuni pulau ini. Dari sinilah dapatnya nama Pulau Pemanggil. Kemudian semakin ramai orang dari Indonesia dan Pulau Aur datang menghuni disini.
Pulau ini memiliki batu karang cantik, hidupan laut yang banyak dan syurga bagi kaki pancing. Ramai mengatakan Pulau Pemanggil antara spot terbaik memancing laut dalam. Ikan marlin, ikan yu, ikan pari dan tuna antara yang selalu berada disini. Hanya terdapat Lanting Beach Resort di sini jadi pastikan anda menempah awal agar tidak kecewa.
Pulau Rawa
Pulau kecil ini mendapat jolokan Maldives Malaysia. Ia terletak 16km dari Mersing. Tarikan utama ialah pantai bersih putih, hidupan marin dan batu karang cantik. Pulau ini dilitupi hutan yang tebal dan sukar untuk ditembusi. Kerana pulau ini kecil, tidak ada kemudahan pengangkutan di Rawa. Hanya 15 minit perjalanan untuk ke bahagian lain pulau.
Ads
Bahagian timur pulau, yang penuh dengan batuan besar tidak boleh diakses. Hanya ketika laut tenang, anda berpeluang berkanu sekitar pulau. Ini cara terbaik untuk melihat keindahan sekeliling pulau yang penuh dengan batuan serta sedikit gua. Anda dilarang melakukan aktiviti air ketika cuaca buruk kerana tidak ada jeti dan angin serta ombak akan menolak anda ke laut terbuka.
Mereka yang menggemari trekking, anda boleh mendaki 270 tangga ke puncak di bahagian timur pulau, memberi pemandangan persisir pantai Johor dan pulau berhampiran serta spot terbaik untuk sunrise dan sunset. Pulau ini juga boleh disinggah selepas melancong Pulau Tioman.
Pulau Tinggi
Juga dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral oleh pelayar China beratus tahun dahulu. Ia terletak 32km dan 45 minit perjalanan dari jeti Mersing. Kaya dengan sejarah, dahulunya menjadi tempat singgah pedagang dan nelayan. Pulau ini memiliki pantai berish, bukit yang tinggi dan hutan yang tebal, pusat hidupan marin, kampung nelayan dan resort moden.
Pusat hidupan marin disini memberi pengetahuan yang baik terhadap pulau ini dan terlibat dalam program penetasan penyu dan penternakan kerang gergasi. Seperti biasa, aktivit-aktiviti seperti di pulau lain terdapat disini. Perjalanan 35-40 minit dan anda akan sampai ke air terjun dan kolam kecil yang cantik. Anda perlu mendapat pemandu arah kerana denai yang tidak mempunyai arah yang baik. Dari sini juga , anda boleh akses ke Pulau Sibu.
Ads
Pulau Sibu
Pulau SIbu adalah gugusan pulau lain iaitu Pulau Sibu Hujung, Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Tengah. Sebahagian pulau ini juga dirakam dalam rancangan TV Expedition Robinson.
Di sebelah timur pulau terdapat 4 lagi pantai utama, yang menawarkan anda pantai putih bersih, air yang sangat jernih dan ketenangan. Pulau ini hanya kurang dari 1km luas dan keseluruhannya rata. Anda mudah akses dari satu tempat ke tempat lain. Tiada jalanraya di sini.
Di selatan pantai, pulau ini terlindung dari angin, menjadikan air seperti di tasik dan spot yang best untuk mandi. Terdapat juga pokok bakau di sekitar. Pulau Sibu hanya boleh diakses dari jeti Tanjong Leman. Bagi kaki skuba, ada pusat skuba, Sea Gypsy Village Resort, dimana kursus PADI boleh ditempah. Kampung Duku disini dikuasa sepenuhnya menggunakan solar.
Pulau Harimau
Pulau ini tidak berpenghuni. Rupa muka bumi pulau ini seolah anda berada di luar negara. Terdapat rumah api di puncak bukit dan dibuka kepada pelawat. Ia juga boleh diakses dari jeti Mersing. Ramai datang ke sini untuk selam skuba dan snorkeling. Pulau ini mempunyai gua ringkas dan mempunyai kolam lagun yang cantik. Menurut penduduk tempatan, dahulu pulau ini dipercayai menjadi lokasi singgah berteduh bagi lanun. Namun, tidak dapat dipastikan kebenaran cerita tersebut.
Pulau Dayang
Pulau Dayang teletak sebelah Pulau Aur. Ia juga antara spot terbaik untuk melihat hidupan marin. Pulau ini juga sempuna untuk anda relaks bercuti sambil melakukan aktiviti air.
Ia juga terkenal dikalangan penyelam skuba kerana lokasi ini mudah dijumpai ikan yu, paus dan ikan pari. Disini disediakan kursus menyelam untuk mereka yang baru dan berpengalaman. Sesi menyelam ini biasanya dijalankan pada Februari – November. Terdapat beberapa hotel dan resort disini.
Pulau Tengah
Pulau Tengah adalah milik peribadi dan terletak 15km dari jeti Mersing. Pulau ini terkenal kerana dahulunya menjadi tempat berlindung pelarian Vietnam pada tahun 70an dan telah ditutup pada tahun 80an.
Ini memberi perspektif sejarah terhadap pulau ini selain ia juga antara lokasi bagi rancangan TV Expedition Robinson. Pulau Tengah antar pulau yang digazet di Johor sebagai Taman Laut kerana hidupan marin yang pelbagai dan kecantikan terumbu karang. Pulau ini lebih popular berbanding pulau lain di Johor. Seperti biasa, anda boleh melakukan aktiviti air seperti di pulau lain.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah kampung yang terletak di Semarang, Selatan Indonesia dahulunya langsung tiada tarikan dan menjadi pemandangan biasa seperti sebahagian daripada kampung lain. Kini Kampung yang dikenali sebagai Kampung Pelangi menjadi lokasi kegemaran untuk dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong di serata dunia selepas menjalani transformasi.
Kampung Pelangi di Randusari, Jawa Tengah kini meriah dilawati pelancong hampir saban hari sejak beberapa tahun yang lepas selepas kerajaan tempatan memberi dana untuk membentuk semula penempatan itu menjadikannya seindah nama kampung tersebut iaitu sang pelangi.
Majlis jawatankuasa kawasan itu memperuntukkan dana 300 juta rupiah (RM95,200) untuk mengubah suai penempatan sederhana itu menjadi tarikan pelancong bermula tahun 2017. Persatuan Pembina Indonesia Semarang turut menyediakan bahan dan pekerja untuk projek itu. Penduduk di Kampung Pelangi sendiri tidak ketinggalan menyumbang tenaga apabila bersama-sama mengecat dinding hampuir 232 rumah yang ada di situ dengan tangan.
Sejak itu, Kampung Pelangi menjadi popular di media sosial. Ramai engunjung berkongsi imej pemandangan fotogenik kampung berkenaan di Instagram, seterusnya menjadikan kediaman pelbagai warna itu semakin popular di peringkat global. Setiap rumah di kawasan yang sebelum ini kawasan setinggan, kini dihiasi lebih daripada tiga warna untuk setiap rumah dengan pelbagai warna ceria seperti kuning, ungu, hijau dan biru.
Lelaki di sebalik visi mencantikkan kawasan ini merupakan seorang guru bernama Slamet Widodo, berkata dia mendapat ilham untuk mencantikkan kampung berkenaan dari beberapa kampung lain di negara itu yang melalui perubahan. Idea untuk mencipta Kampung Pelangi muncul selepas dia melihat kecantikan Kampung Warna-Warni dan Kampung Tridi di Malang, dan selepas itu, Kampung Kali Code di Yogyakarta.
Kini Kampung Pelangi menjadi semakin terkenal di Indonesia dan menawarkan tarikan pelancongan baru di Semarang. Penduduk tempatan turut mendapat kelebihan dengan mengambil kesempatan menjana sumber ekonomi dengan menjual makanan, minuman, cenderahati dan kraftangan buatan mereka kepada pelancong.
Ini antara gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial oleh pengujung yang melawat Kampung Pelangi
Selain Langkawi yang jadi pilihan pengunjung untuk bercuti, Pulau Pinang juga antara destinasi pilihan.
Pulau Mutiara ini bukan saja terkenal dengan lokasi bersejarah kawasan pantai menarik tetapi juga menjadi port syurga makanan paling awesome.
Jadi bagi mereka yang merancang untuk bercuti di sini bersama keluarga, bolehlah memilih beberapa resort dan hotel di tepi pantai sambil melayan deruan ombak.
Antara beerapa hotel di tepi pantai paling populat adalah sekitar Tanjung Bunga, Georgetown, Teluk Kumbar dan juga Batu Feringgi.
1. Flamingo Hotel
Bagi yang mahu menginap di tepi pantai dengan harca sederhana. Biliknya juga bersaiz besar dan mempunyai pesisir pantai yang cantik. Bagi yang minat aktiviti pantai, bolehlah melayan menaiki jet ski.
2. Mercure Penang Beach
Terletak di kawasan patati Tanjung Bungah. Hotel Mercure ada kawasan pantai yang landai dan lebih terjaga. Jika mahu menempah cari yang menghadap laut menyaksikan pemandangan indah.
3. Lost Paradise Resort
Jika berangan mahu berada seperti di Bali, boleh datang ke Lost Paradise. Pemandangan dari resort kecil di tepi pantai Memang besi dan mempunyai bilik luas. Lagi satu dekorasi menarik sesuai untuk mereka yang instagramble. Walau bagaimanapun Said pantainya Cecil dan hanya sesuai untuk berjalan santai saja.
4. Hotel Sentral Seaview
Hotel bajet pesisir pantai bawah RM100. Pantainya kecil dan airnya kurang sesuai untuk aktiviti mandi-manda. Tetapi bagi yang ada anaj kecil, disediakan kolam kecil untuk mereka mandi.
5. Hotel Rainbow Paradise
Paling best kebanyakan bilik di sini mempunyai balkoni. Jadi anda boleh melaryn sunset dari bilik saja. Hotel ini sebenarnya sudah lama dan facility kebanyakan sudah berusia. Untuk ke pantai, ada di tepi saja. Kecil dan serhad pasir putihnya.
6. Lexis Suite
Mempunyai private pool sendiri dalam bilik dan boleh mandia bila-bila masa sahaja. Terletak di pesisir Teluk Kumbar dan paling seronok dapat saksikan pemandangan senja cukup indah. Berdekatan dengan air port tetapi lautnya juga tidak sesuai untuk acara mandi manda.
7. Lone Pine Resort
Terletak di tepi pantai Batu Feringgi. Hotel butik ini tak besar tetapi oantainya ada di tepi. Turut disediakan bilik yang ada tub mandi menghadap laut tetapi ada provasi kerana diabasi poco rho di tepi laut.
8. Hard Rock Hotel
Antara hotel mewah dn classy untuk yang mahu tinggal di tepi pantai. JIka mahu mandi bersama keluarga, pool di sini antara terbaik dalam Seluruh Pulau ini. Untuk mandi laut, cuma beberapa tapak jalan kaki dari pool saja.
9. Shangri-La Golen Sands
Hotel di tepi pantai paling best untuk kanak-kanak. JIka tidak bokeh mandi laut yang terletak di belakang hotel. Kawasan resort hijau dan lapang serta mempunyai taman tema indoor menarik.
10. Shangri-La Rasa Sayang
Untuk yang nak berehat di tepi pantai, ini adalah hotel pilihan terbaik. Kewasan pesisir hotel yang luas dan dibuat untuk anda melayan bayu laut dan pemandangan pantai Batu Feringgi.
Bukit Malawati terletak di Kuala Selangor menjadi destinasi sempurna untuk menyaksikan pemandangan indah dari kawasan puncak bukit setinggi kira-kira 100 meter. Bukit Malawati terkenal dengan kisah sejarah panjang berusia ratusan tahun ketika era pemerintahan Kesultanan Selangor. Kawasan itu pernah menjadi pusat pentadbiran bagi kerajaan Kesultanan Selangor sebelum berpindah ke Jugra, Banting dan Bandar Diraja Klang.
Bukit Malawati pernah ditakluki Belanda daripada tangan Sultan Ibrahim pada Julai 1784. Setahun kemudian iaitu pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Datuk Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abd Majid dari Pahang, menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan bermula selepas waktu Isyak itu berjaya menawan bukit ini ketika fajar Subuh.
Dibuka dari awal pagi hingga 7 petang, Bukit Malawati memiliki pelbagai tarikan menarik antaranya Muzium Permainan Tradisional, Perigi Beracun, Laman Budaya, Muzium Sejarah Kuala Selangor, Makam Diraja, Telaga Tujuh, Meriam Penggawa, Tangga Seratus,Batu Hampar, Busut Malawati, Kota Malawati, Baitulhilal dan Rumah Api.
Meriam Penggawa di Makam Tiga Sultan dikatakan pernah meletup sendiri pada 1961 dan 1978. Malah, terdapat cerita mengatakan meriam yang sentiasa dibalut dengan kain kuning itu sering meletup sendiri setiap kali pertabalan Sultan Selangor yang baharu. Itu antara kisah misteri yang terdapat di Bukit Malawati. Ada juga yang mengatakan terdapat batu delima di dalam meriam ini. Mengikut ceritanya, meriam ini ditemui dalam keadaan tenggelam timbul seolah-olah orang sedang berenang di Sungai Buluh.
Makam Tiga Sultan pula adalah tempat bersemadinya tiga sultan Selangor terawal iaitu Sultan Salahuddin (1756-1778), Sultan Ibrahim (1788-1826) dan Sultan Muhammad (1826-1857).
Di bukit ini juga terdapat Busut Malawati yang dipercayai menjadi tempat istirahat sultan. Nama Malawati juga dipercayai diambil daripada busut ini. Mengikut bahasa Sanskrit, ‘mala’ bermaksud kotor manakala ‘wati’ pula bersih dengan flora dan fauna.
Tidak jauh dari situ, terletak Batu Hampar yang asalnya batu tambatan bahtera di Pengkalan Batu Buruk. Ia dibawa ke pintu masuk Kota Malawati sebagai tempat bermain dam dan congkak oleh Nakhoda Omar atas arahan Sultan Ibrahim.
Bukit Malawati juga menempatkan Perigi Beracun yang pernah dijadikan tempat penyeksaan kepada penderhaka. Difahamkan, air perigi berkenaan terkandung pelbagai jenis racun dan miang rebung. Penderhaka dikatakan direndam dalam air separas bahu dalam perigi itu sehingga mati. Bagaimanapun, perigi yang ada sekarang dibina semula pada 1985 selepas perigi asal yang dipercayai terletak di hadapan pokok besar berdekatan tempat letak kereta Muzium Permainan, dikambus pada pertengahan 1977.
Tinggalkan sebentar segala sejarah yang ada di situ. Kini ada tarikan lain yang menyebabkan Bukit Malawati dikunjungi ramai iaitu kewujudan habitat beberapa spesies monyet mendiami Bukit Malawati. Haiwan itu umpama duta dan menjadi satu tarikan utama kepada pengunjung yang mahu melihat gelagat monyet itu.
Turut tersedia ruang parkir percuma untuk pengunjung yang datang menaiki kenderaan sendiri. Tiket dikenakan jika anda memilih untuk menaiki trem keretapi untuk ke atas Bukit Malawati, iaitu RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Perkhidmatan trem ini hanya berjalan pada hujung minggu dan cuti umum sahaja. Namun jika anda mempunyai stamina yang tinggi dan tidak kisah berjalan kaki naik ke atas, tiada sebarang caj dikenakan. Sementara pada hari bekerja biasa, pengunjung boleh berjalan kaki atau naik dengan kenderaan sendiri sehingga ke puncak bukit.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...