Teroka Bandar Seri Begawan Dengan Itinerari Percutian Solo 3H2M Ke Brunei Darussalam!

Share

Brunei Darussalam sememangnya satu negara yang sangat menarik untuk dilawati. Selain daripada faktor kedudukannya yang berdekatan dan berjiran dengan Malaysia, faktor budaya,, kesenian dan tempat makan makanan tempatan yang terdapat di sana juga antara sebab menarik mengapa anda perlu berkunjung ke Brunei.

Tapi berkunjung ke sana tanpa tahu tempat-tempat yang menarik untuk dilawati pun tak berbaloi juga. Jadi di sini saya kongsikan satu perkongsian itinerari dan info oleh Romi Zunaidi berkenaan tempat-tempat pelancongan menarik yang terdapat di Brunei untuk anda lawati.

Tempat-tempat yang beliau senaraikan cukup menarik, rugi kalau anda tak ambil sedikit input daripada apa yang dikongsikan di sini. Nah, tanpa buang masa, jom kita baca apa yang disampaikan oleh saudara Romi Zunaidi ini.


Oleh: Romi Zunaidi

Jame’Asr Hassanil Bolkiah Mosque.
Jame’Asr Hassanil Bolkiah Mosque.
Omar Ali Saifuddien Mosque.
Omar Ali Saifuddien Mosque.

Solo Travel to Brunei

(Salah satu negara yang wajib anda lawati jika dalam misi travel ke semua negara-negara Asean. Inilah misi saya)

  • Tiket Flight
    KLIA2 – Brunei – KLIA2 = RM72
    (Dibeli semasa promosi freeseats AirAsia)
  • Matawang Brunei Dollar (BND)
    1 Dollar lebih kurang RM3. Kadang-kadang bila anda membayar sesuatu penjual ada menyebut 1ringgit sahaja tetapi maksudnya 1 Dollar Brunei. Jangan salah faham. Hanya sebutan sahaja tapi nilainya tetap Brunei Dollar. Jangan pula bayar dalam ringgit Malaysia pula.
  • Penginapan
    LeGallery Suites Hotel, Bandar Seri Begawan
    34 BND
    (Recommended sebab lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan restaurant dan pasaraya. Ada 3 tempat lawatan yang saya berjalan kaki dari sini. Pickup dari airport free bagi sesiapa yang menginap di sini)
LeGallery Suites Hotel.
1 Night 34BND for 2 person.
LeGallery Suites Hotel. Tingkat dua. On the way ke bilik.
  • Pengangkutan
    Ada traveller yang menyewa kereta tetapi bergantung kepada kemampuan dan itinerari anda. Seperti saya hanya download apps ‘DART’. Di Brunei tiada grab. Hanya satu perkhidmatan e-hailing beroperasi di sana iaitu DART. Harganya semasa saya cuba jika lingkungan jarak dalam 3km adalah 5 Dollar Brunei. Ada yang jarak dalam 7km dalam 7 Dollar. Tidaklah murah tetapi berbanding taxi lebih baik anda menggunakan Dart.
  • Tempat-tempat lawatan yang sempat dikunjungi.
    1) Masjid Omar Ali Saifuddien
    2) Royal Regalia Museum
    3) Maritime Museum
    4) Malay Technology Museum
    5) Jame’Asr Hassanik Bolkiah Mosque
    6) Jolibee Restaurant
    7) Istana Nurul Iman (Luar Gate)
    8) Gadong Night Market
    9) Kampung Ayer
Istana Nurul Iman.
Istana Nurul Iman.

Catatan

– Tiada bayaran dikenakan untuk mengunjungi muzium. Pengunjung yang mengunjungi Royal Regalia Museum dan Maritime Museum dikehendaki meletakkan barang peribadi di dalam locker yang disediakan. Tidak boleh mengambil gambar didalamnya kecuali di main lobby entrance manakala di Malay Technology Museum juga harus meletakkan barang peribadi di dalam locker yang disediakan tetapi anda boleh mengambil gambar di dalam muzium.

Maritime Museum.
Lobby Maritime Museum.
Royal Regalia Museum.
Lobby Royal Regalia Museum.
Malay Technology Museum.
Malay Technology Museum.
Malay Technology Museum.

– Jika anda ingin merasa fast food terkenal dari Filipina boleh berkunjung ke Jolibee Restaurant. Ada banyak cawangan di Brunei dan semestinya halal. Di Malaysia yang saya tahu sudah ada di Kota Kinabalu.

Jolibee Restaurant.
Jolibee Restaurant.
Jolibee Restaurant.

– Pasar Gadong harus dimasukkan dalam perjalanan anda.Dengan harga makanan dan minimun serendah 1 Dollar anda dapat merasa pelbagai makanan dan minuman dari sini. Namanya dipanggil Gadong Night Market tetapi kalau anda berkunjung ke sini pada waktu petang pun sudah dibuka untuk pengunjung. Saya berkesempatan merasa Nasi Katok dengan hanya 1 Dollar. Antara menu favourite saya sewaktu di sini.

Pasar Gadong.
Pasar Gadong.
Pasar Gadong.
Pasar Gadong.

Nasi Katok. 1 BND.

– Jangan lupa ke Kampung Ayer. Anda boleh menaiki bot return ke Kampung Ayer dengan 2 Dollar Brunei. Anda juga boleh mengambil pakej boat ride mengelilingi Kampung Ayer ataupun pakej mengelilingi Kampung Ayer + Mangroove Tour. Banyak pilihan disediakan.
Menariknya disini terdapat rumah, sekolah, klinik dan pelbagai kemudahan di Kampung Ayer yang terletak di atas sungai.

Kampung Ayer.
Kampung Ayer.

– Sebelum ke Brunei saya telah membaca perkongsian traveller lain tentang kurangnya motosikal disini ataupun ada yang tidak menjumpai langsung. Pengalaman saya pula sepanjang saya di Brunei saya tidak menjumpai satu motosikal pun disini. Ketika berbual dengan salah seorang DART driver, beliau mengatakan memang di Brunei agak sukar menjumpai motosikal. Beliau sendiri memiliki motosikal tetapi jarang dibawa keluar.

Buat pertama kali ini travel paling cepat saya habiskan selama 2Hari/1Malam kerana ada komitmen lain. Disarankan untuk lebih santai saya cadangkan anda boleh travel 3hari/2malam malah anda boleh masukkan sekali Jerudong Park ke dalam itinerary.

Sekian perkongsian serba sedikit dari saya. Harap bermanfaat untuk semua. ?

Oleh
Epul