Baru-baru ini viral dengan gambar sebuah rumah berwarna putih yang didirikan sendirian di sebuah bukit.
Ramai tertanya-tanya siapakah pemilik rumah berkenaan. Malah rumah berkenaan sebenarnya telah mencetus minat di kalangaan warganet sehinggakan digelar sebagai rumah paling sunyi di dunia.
Artikel Berkaitan: Tapak Istana, Terowong Misteri & Perkhidmatan Kereta Kabel, Rahsia Hutan Dara Di Tengah Kuala Lumpur
Terletak di kepulauan Ellidaey atau Ellirey di pantai selatan Iceland dikatakan sebagai rumah paling sunyi di dunia.
Oddity Central melaporkan, ia berikutan kedudukannya yang terletak di tengah bukit dikelilingi lautan dan menjadi satu-satunya rumah yang berada di situ.
Rumah itu dikatakan tidak berpenghuni sejak tahun 1930-an dan pelbagai khabar angin, teori serta spekulasi dikaitkan dengannya selepas tersebarnya gambar kediaman berkenaan di Internet.
Antara dakwaan itu termasuklah kisah kononnya rumah itu dibina oleh seorang peniaga eksentrik sebagai tempat perlindungan zombie selain desas desus mengatakan ia milik seorang fanatik agama.
Artikel Berkaitan: Bali Diserang Wabak Khinzir Afrika. Takutnya, Macam-Macam Virus Muncul!
Malah penyanyi Iceland, Bjork pada satu ketika dulu pernah dikhabarkan memiliki tempat percutian itu dan berunding dengan pihak berkuasa untuk membeli pulau berkenaan.
Hakikatnya, bangunan itu hanya pondok berburu yang dibina pada tahun 1950 oleh Persatuan Pemburuan Ellidaey, yang menjadi tempat persinggahan ahlinya ketika datang memburu puffin iaitu sejenis burung laut di pulau berkenaan.
Jika anda hanya ingin mengagumi keindahan semulajadi tempat ini, syarikat pelancongan yang beroperasi di kepulauan Vestmannaejar meawarkan lawata harian ke Pulau sepi ini.
Namun tidak ada apa-apa yang istimewa sekadar hanya boeh merakamkan gambar kenangan saja.
Artikel Berkaitan: Gunung Everest Boleh Tenggelam Jika Diletakkan Di Jurang Mariana Terdalam Di Dunia
SUMBER: HARIAN METRO
KREDIT FOTO: AGENSI & INSTAGRAM FIEBREVIAJERA