Terlalu Gembira Nak Bercuti Sampai Tak Tidur Malam, Punca Ramai ‘Microsleep’ Ketika Pemanduan Jauh

Share

Kes kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandu mengantuk seringkali dilaporkan media tempatan. Ia bukan sahaja meragut nyawa pemandu serta penumpang terbabit, namun membahayakan pemandu lain jika kenderaan terbabas memasuki laluan bertentangan.


Tertidur ketika memandu dinamakan 'microsleep' merujuk kepada tempoh tidur yang berlaku sehingga beberapa saat. Tempoh 'microsleep' adalah di antara 1 dan 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka.Lebih menakutkan, individu yang mengalaminya boleh terlelap tanpa disedari.


Tidak cukup tidur dan tidak mendapat tidur yang berkualiti merupakan antara punca utama berlakunya kejadian microsleep. Selalunya jika bercadang untuk bercuti dan akan membuat pemanduan jarak jauh keesokkan hari, si pemandu akan berasa teruja sehingga tidak dapat tidur. Mereka yang berisiko tinggi ini adalah mereka yang tidak cukup tidur, kerja shift malam dan golongan insomnia. Itu merupakan penyebab microsleep kerap berlaku dalam kalangan pengguna jalanraya di Malaysia.

Apakah gejala atau tanda-tanda jika seseorang pemandu mengalami 'microsleep'?

  • Sekiranya anda mula tersasar dari lorong anda, itu bermakna anda mula mengalami microslee’ dan perlu berhenti dan rehat serta-merta.
  • Menguap berulang kali, terlepas susur keluar dan kelopak mata berasa layu dan berat antara simptom kepada keadaan itu.



Justeru, cara paling berkesan untuk mengelakkan terjadinya microsleep adalah menjaga waktu tidur dengan baik.

  • Cara-cara untuk elak microsleep, pertama pastikan cukup tidur sehari iaitu, 6 jam.
  • Kedua, cukup tidur pada waktu malam. Tidur pada waktu malam itu penting. Ia berbeza antara tidur 6 jam pada waktu malam dan 6 jam pada waktu siang.
  • Selain itu, sekiranya terasa mengantuk ketika memandu, dapatkan power nap selama 20 minit. Lambat sampai ke destinasi tidak mengapa, asalkan anda tiba dengan selamat.



image via google| astroawani

Oleh
Husna